31/03/2011

Tika Allah Mengajarkan Cinta





Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka kerana yakin ia milikmu
Kamu menangis kala bahagia bersama kerana yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai 'mencintai', itulah dalamnya cinta



Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia 
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu
Itulah cinta kerana manusia yang dibutakan nafsunya



Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu
satu jam bersama terasa satu minit sahaja



Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran



Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudera kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki



Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan pada kehidupan alam semesta
Seperti tawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada orbitnya
Tak sedetik pun bergeser dari paksinya keharmonian pada keabadian
Keharmoniaan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Kerana Allah adalah kekasih Zat yang abadi....




Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu
Kerana Allah mengajarkan cinta tulus dan agung
Cinta yang mengalahkan amarah menebarkan keharmonian
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdikan diri pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki....


Credit to Hamba Allah :)

thanks for visiting my site

22/03/2011

Tangisan







Menangislah....

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyayingi segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

thanks for visiting my site

20/03/2011

'SBE'


Ya Allah...tiada kuasa yang mampu menandingi kehebatan dan keagunganMu...Engkau berikanlah ketabahan hati dan kemudahan kepadaku dan rakan-rakanku untuk menempuh hari pertama SBE esok dan juga hari-hari seterusnya...sesungguhnya,kami hanyalah makhluk yang kerdil dan mampu berserah dan berharap kepadaMu sahaja,Ya Allah...Engkau bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai dan janganlah Engkau pesongkan hati kami dari menerima hidayah dariMu...semoga dengan keberkatan dariMU jualah, kami semua dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan penuh rasa amanah dan ikhlas demi melahirkan umat manusia yang berakhlak mulia dan terpuji...selamatkanlah kami di dunia dan juga akhirat...amin...

thanks for visiting my site

19/03/2011

Lelaki Idaman Saya




lelaki idaman saya adalah seorg lelaki yg b'iman
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang di jln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tutur katanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua & keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri & anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran & m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian

lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
& dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya...


petikan dr majalah al-islam

thanks for visiting my site

17/03/2011

If I Let You Go




Day after day
Time passed away 
And I just can't get you off my mind 
Nobody knows, I hide it inside 
I keep on searching but I can't find.. 

The courage to show to letting you know
I've never felt so much love before.. 

And once again I'm thinking about 
Taking the easy way out.. 

But if I let you go I will never know 
What my life would be holding you close to me 
Will I ever see you smiling back at me? 
How will I know
if I let you go? 

Night after night I hear myself say 
Why can't this feeling just fade away 
There's no one like you  
You speak to my heart 
It's such a shame we're worlds apart.. 

I'm too shy to ask, I'm too proud to lose 
But sooner or later I gotta choose 
And once again I'm thinking about 
Taking the easy way out..

IF I LET YOU GO....... 

thanks for visiting my site

16/03/2011

10 Sebab wanita diseksa di akhirat


Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah mengapa engkau menangis?"

Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu za'qum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan alu dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :

· Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

· Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 hasta dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya dan para malaikat juga melaknatinya."

Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

· Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

· Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

· Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

· Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

· Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

· Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

· Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".


Wallahualam.....



p/s :~ semoga kita sebagai wanita sama-sama memperbaiki diri & mengambil iktibar... semoga Allah menjauhkan kita dari memiliki 10 sifat di atas..nauzubillahhiminzalik
thanks for visiting my site

15/03/2011

Kau dan Aku~








Yaya yg nakal




awak...rasa begitu lama saya mengenali diri awak walaupun rasanya baru beberapa bulan kita bersama...
saya dapat rasakan ada chemistry antara kita...hidup awak yang sentiasa ceria n happy membuatkan orang2 di sekeliling berasa senang bersama awak...sejujurnya, watak n peribadi awak mengingatkan saya kepada seorang sahabat saya yang telah pergi menemuiNya....rasa syahdu apabila mengenangkan detik itu....pemergian dia buat selama-lamanya membuatkan saya bagai hilang tempat mengadu...pada dia lah tempat saya mencurahkan segala-galanya....masih terngiang-ngiang senda gurau n gelak ketawa ketika bersamanya....


awak, di saat diri ini mula mengenali diri awak...saya rasakan bagai menemui seorang pengganti yang bisa menggantikan tempat dia di hati saya....terlalu akrab hubungan itu hingga saya tidak bisa melupakannya sampai ke saat ini...walaupun telah 3 bulan dia pergi....tetapi saya masih merasakan kehadirannya...senyuman dan wajahnya saling tak tumpah seperti awak...jujur saya katakan...saya rindukan dia sangat2... :(






awak....awak sangat nakal taw...jujur,tak tipu!!!kenakalan awak selama inilah yang mampu membuatkan saya merasakan kembali kebahagiaan itu meski telah jauh di bawa  pergi ....dia sama macam awak...suka mengusik, buat lawak bukan2....tapi saya senang bersamanya..sama seperti saya bersama awak.... :)


awak...saya bahagia mengenali diri awak....saya yakin, dia juga mampu tersenyum andai mengetahui hal ini...awak,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya....semoga persahabatan yang terbina ini berkekalan sampai bila-bila....



buatmu sahabatku...ku doakan dikau bahagia bersama-sama orang beriman di sana....semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat... AL-FATIHAH


buatmu sahabatku, Yaya...ku doakan semoga dikau bahagia n berjaya dalam apa jua bidang yang engkau ceburi...semoga Allah merahmati hubungan ini....amin...


saya sayang awak hingga ke akhir hayat saya.....










glitter-graphics.com
thanks for visiting my site

13/03/2011

cintaku tertinggal di PD~ :)


tajuk di atas tiada kaitan ngn ape2 sebenarnya..sekadar nk hotzkn entri kali nie!!! :)


alhamdulillah,akhirnya BIG untk sem nie berakhir dgn jayanya...ribuan terima kasih kpd sume yg tlibat sama ada secara lngsung @ x.. to Encik Tahir,time ksih kerana sudi memilih sy sbg partner untk aktiviti b'kayak kali nie..hehehe..bangga kjap dpt nek kayak ngn kj,bkn sng wo dpt pluang cm nie..segala ilmu yg d'ajar,insyaAllah akn sy aplikasikan..to Aizat (En.Tahir's son) thx u so much 4 sharing ur experience,story n also be my second partner last Wednesday.. hope we'll meet again,InsyaAllah..anda sgt cool n sporting!!!  :)



Gambar hiasan





To great chef, Syafeez..u done a good job...walaupun lintang pukang kt dapur,tp ur hard work mmg patot d'beri pujian...(ko main2 la chef) ayt hotz en.arus!!!tnpa anda sebagai owg kuat kt dapur 2,makan pasir la kteowg....anda snggup bersengkang mata sampai lewat mlm semata-mata nk make sure sume bahan makanan ada n cukup untuk hari esok...sy bangga bekerja di bawah anda selaku ketua tukang masak group A bersama kak sal,athirah n yg lain2...xingat sebenarnya nama yg lain..kahkahkah
Give him a big round applause!!!

Chef Syafeez yg kehilangan spec mata di lautan...kahkahkah


sakit 2 jgn cite la,sendi mana x kejang??urat mana x terpeleot???..walaupun sume owg ckp, "shu xpela nek ngn en. tahir xad la teruk sgt pwn"....(bce ngn nada xpuas hati ehh)..wey,spe ckp cm 2??owg pwn berkayak gak tw..ingat ley duk cangak saja k usha laut kiri kanan??adoi pkio le, klo sowg jer yg berkayak, x mahu nye kayak 2 sampei ke darat..kome nie,,marah teman tw!!! ( baca dlm dialek perak tw)


Tanjung biru, Port Dickson



Panorama di sekitar pantai




homaigod, my skin suddenly become really2 red n dark....ohhhhhhhhh nooooooo!!!it takes time 2 fully recover u know!!...haiya...da mcm lobster panggang dah...apo nk buek ha,tok dapet den nk nolong ekau!!

Nasib den lo ha,terbaring cm gini..kahkahkah

terpksa la jd ULTRAS MALAYA kjap cz nk sembunyi muka yg da gelap n merah pekat cm kopi cap kapal api  plus rebina strawberi nie (hyperbole)!!aiyooo....maap owg kuat ULTRAS en.sangkunang,sy telah pinjam style anda yg hotz 2 cz nk bg example ckit..ampun ya!!!





Pic sewaktu harimau malaya menentang thailand..hehehe (nak mencapub ckit) :)


 walau pe pwn yg dilalui n dihadapi sepanjang 4 hari 3 malam...BIG kali nie sgt2 best..mcm2 cite suka duka kita kongsi bersama especially tesl 1.4 ngn 1.5..korng mmg sgt2 terbaek!!!terima kasih sume atas komitmen n kerjasama yg diberi....insyaAllah,sy sgt2 berdoa supaya Allah masih memanjangkan umur sy supaya kita dpt menjalani BIG untuk sem yg akn dtg bersama-sama....semoga kenangan n memori yg tercipta itu terpahat n kekal segar di ingatan buat selama-lamanya......






Gambar Hiasan








thanks for visiting my site

08/03/2011

B.I.G~


esok...sy ngn kengkawan dah nk g B.I.G....
kalian doakn sy ekk....
semoga Allah permudahkan segala urusan ini....
amin....
thanks for visiting my site

06/03/2011

Sahabat~



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..


Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi,jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

thanks for visiting my site