16/08/2011

Salam Nuzul Al Quran | Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum..

Salam Nuzul Al Quran 1432 Hijrah :)

Esok 17 Ogos 2011 bersamaan hari Rabu merupakan besday Sangkunang..bertuah tuan punya badan memandangkan besday beliau jatuh pada 17 Ramadhan iaitu bersamaan dengan hari Al-Quran diturunkan (hari Nuzul Al- Quran)..subhanallah....jarang-jarang orang dapat peluang sedemikian..ishaz zafsh sendiri pwn xpenah lagi dapat 'hadiah' yg sgt100 'istimewa' ni sepanjang 20 tahun menghitung usia..buat Sangkunang,semoga besday tahun ni membawa seribu satu makna dalam diri terutama dalam meningkatkan segala amalan kepadaNya...masuk ni dah 2 tahun berturut-turut besday anda dalam bulan yang penuh berkat ( "ramadhan") kan??sweetnya sambut besday dalam bulan ramadhan..dapat peluang bersama denganNya lebih dekat kan??alhamdulillah....di pihak ishaz zafsh,hanya doa yg diutuskan sbgai 'hadiah' 'sementara' buat Sangkunang.. semoga Sangkunang sentiasa dalam lindungan Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat...paling penting,menjadi hambaNya yang tebaik dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua...semoga segala cita-cita yang diimpikan,termakbul...amin...

p/s:~opss!lupa lak..jd ckgu yg baik jgk..xmo rotan2 student taw!! V(^^)*

Selamat hari lahir Sangkunang..opss!adiah later2 la ekk..xsmpat nk bli adiah ag.. hihi :)


Memandangkan esok juga merupakan Hari Nuzul Al- Quran...ishaz zafsh ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah Nuzul Al-Quran..mungkin ramai yang terlepas pandang,17 Ramadhan juga sebenarnya terjadi satu lagi peristiwa besar dalam takwim Islam iaitu Perang Badar Al-Kubra..justeru,marilah sama-sama kita menghayati maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam kedua-dua peristiwa yang ‘sangat istimewa’ ini…



i) 17 Ramadhan 2 hijrah (Perang Badar Al Kubra)


Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijrah di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.



ii) 17 Ramadhan Tahun 41-keputeraan Nabi Muhammad SAW(Nuzul Al-Quran)

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam adalah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Dituliskan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang berbunyi:

“Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain: Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.

Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Isra’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2).

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.

· Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.

· Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.

· Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.



SUMBER :-himpunan artikel islami.blogspot


p/s:- Al-Quran bukan hanya dijadikan perhiasan atau perisai menghalau jin,hantu mahupun syaitan semata-mata, tetapi ia adalah 'teman yang paling akrab' dalam jiwa yang sentiasa mengingati Allah…Salam Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah
























thanks for visiting my site

07/08/2011

Bila Dah Terbiasa Pasti Terlupa



sama2 lah ya menjaganya~ :)

Klo b'cakap bab aurat,sgt susah sebenarnya nak menjaga...sedar atau x kdg2 bnd simple pwn kita msih xmampu nak buat...blum lg nak d'tmbah dgn bnd yg lain ag...kdg2 bila kta da t'biasa,kta jd lupa...ya,mmg kta xmntk nk lupa bnd yg pnting...tp,tu lah hakikat manusia...sering t'lupa ngn lalai...jgn ingat kaum hawa ja diwajibkn menutup aurat ya..ingat sma,kaum ADAM pwn xterkecuali..tpi,mungkin sbb ramai yg t'lepas pndang sal aurat lelaki so ia x/ kurng d'tekankn sgt...

ha,kan molek tutup aurat cm 2 even klo kat padang skliepwn .. :) (credit to sangkunang)

aurat wanita...sejujurnya,hidup kta sehari2 terutama klo kt rumah,bnyak sgt halangan untuk m'nutup aurat selengkapnya....especially pd sesiapa yg ad sepupu lelaki yg tinggal dekat sgt dgn rumah...bkn nk bg bnyak alasan untuk xmau pakai tudung dlm rumah sendiri klo ad sepupu lelaki yg b'tandang,tp cm leceh sbb kna/WAJIB pakai tudung dlm lingkungan kwasan tertutup!leceh atau x,klo da WAJIB jgn nk bnyak songeh~ 2 blum kira sepupu yg nk b'salam time raya ag..peningnya kepala klo memikir time 2..bkn apa, yg dah msuk u (universiti) pwn kdg2 still xphm ag knapa xboley senang2 nk b'salam....mmg kta b'kongsi darah dri keturunan yg sama tp kalian tetap ajnabi dan kompem2 la boley kawen tp cumanya, Rasulullah x menggalakkan kwen antara sepupu d'sebabkn beberapa faktor.....mngkin ad yg cakap,cm mana dgn abg ipar yg tinggal sebumbung dgn kta??xkan nk b'tudung 24 jam?


biar betol2 sempurna ya!!! :)

aduhai...klo sesapa yg faham,mmg xad bnyak masalah..tp yg kurang faham,kdg2 kta terlalu ambik mudah bnd2 yg da 'terbiasa' cm nie...abg ipar 2,xley kwen ngn kta smentara ja..klo misalanya kakak kta meninggal or b'cerai,dia boleh d'kategorikan sbg org2 yg boley kawen ngn kta...mmg la kta rasa cm lawak,ada plak nk kwen nk abg ipar sndiri kan?ya,sesapa nk gelak boleh gelak..tapi bnd yg kta suka gelak 2 la bnyak jadi...nauzubillah~ dah tinggal sebumbung nie,mcm2 bnd ley jadi...kdg2 2,bnd yg sukar d'terima dgn k'warasan akal fikiran pwn boley b'laku...org pmpn kna ingat,kta bkn sja xboley nk b'seksi kt luar,tp kt umah pwn xboley!!BAHAYA!!ingat 2!!nak2 yg ad ayah, abg ngn adik lelaki..bkn kta nk judge family kta jahat tp tgok la apa yg tv ngn surat khabar selalu publish??ayah rogol anak!!abg rogol adik!!nauzubillah,mintak dijauhkan keturunanku dri bnd2 yg xbaik cm nie...agak2 la nk pakai pwn..ad setengah 2 bersinglet ngn short ja kt umah...mata2 yg ad bukan buta!nafsu bkn ley kta main2..orng pmpn tlng jgn jd penyebab lelaki ramai ke neraka...xcian k kt ayah?abg?adik??sbb kta, 'mereka' da tempah sebelah kaki ke neraka..hurm :( derhakanya rasa klo bt cm 2 kan?kta mst xnk jd anak derhaka kan??

so apa yg penting??JAGA PAKAIAN~klo da tutup molek2 tu insyaAllah, DIA akn pelihara kta...DIA xkn aniaya hambaNya sendri..kta ja yg ska buruk sngka ngn DIA...ALLAH MAHA PELINDUNG~


cuba perhatikan dua gambar di atas molek~banyak bezanya kan??

p/s:~ kaum Hawa,peliharalah 'hak suami' jgn publishkan ia bkn pada tempatnya... (pesanan untuk diriku yg serba daif ini jgk) ..YA ALLAH,TETAPKANLAH IMANKU DAN BERIKANLAH HIDAYAHMU BUATKU,PELIHARALAH DIRI INI SEBAIKNYA..JADIKANLAH AKU WANITA SOLEHAH DI SISIMU..AMIN...









thanks for visiting my site