29/09/2011

Hijrah


InsyaAllah...aku dah bertekad & berniat TIDAK AKAN approve lagi mana-mana lelaki yg add aku di facebook demi menjaga pergaulan kerana aku merasa terlalu 'bebas' sejak akhir-akhir ni..aduhai itulah iman manusia...ada naik turunnya...aku merasa terlalu bnyak 'berubah'...bagai aku tidak mengenal diriku sendiri...ya Allah,kembalikanlah Nur Shuhada yg dulu...agar aku mampu beristiqamah menjadi wanita yg solehah & mulia di sisiMU..

InsyaAllah,aku akn limitkan segala pergaulan dgn lelaki even di social networking...'social' networking bukan bermakna aku perlu menjadi 'social'...walaupun aku akan d'cop sombong + belagak cm selalu..tapi tak apa..asal aku tak sombong & tak belagak dengan Allah...aku nak jadi WANITA YANG MAHAL,satu dalam seribu!!!ya Allah teguhkan hati ini agar tidak terpedaya dengan semua tipu daya dunia...

ya Allah,istiqamahkan aku dalam hijrah ini...ya Allah,kuatkan hati ini...teguhkanlah iman ini...berikanlah hidayah kepadaku...luruskanlah jalan hidupku...berilah aku kekuatan agar iman yg ku dakap ini tidak akan ku lepas lagi...amin...



thanks for visiting my site

28/09/2011

Warkah Untukmu


Kehadapan Athirah Wahidah Yusof...

Akak..

Dah lama shu nak smpaikan apa yg terbuka d'hati ni...tapi bnyak sgt halangan sejak akhir-akhir ini...
Mungkin akak rasa apa yg shu smpaikan ni, tak ada makna untuk akak..tapi, pada shu ia sgt-sgt dan terlalu bermakna...

Dulu,masa shu kecik-kecik..shu selalu tanya mama..kenapa orang lain ada kakak??kenapa shu tak ada?kenapa orang lain boleh main anak patung sama-sama dengan kakak diowg,tapi shu? :( main anak patung sorang-sorang..kadang-kadang shu cemburu sgt-sgt dgn kawan-kawan masa tadika dulu...diowg selalu cerita main dgn kakak diowg sama-sama,tido sama-sama..mandi sama-sama..masa tu,shu jz tngu mama jemput shu  balek  dari tadika jer..tak sabar nak balek umah...nak tnya mama mcm-mcm soklan...sian mama,kadang-kadang dia letih nak melayan smua pertanyaan shu..last-last mama jz boleh cakap bukan rezeki shu nak ada kakak..dia ckp insyaAllah satu hari nanti shu akan ada kakak jugak..bnyakkan berdoa dan jngan salahkan takdir..Allah tak pernah tak adil dgn kita...

Alhamdulillah...Allah dengar semua doa-doa shu...shu dah jumpa seseorang yg layak 'mendapat' gelaran kakak d' hati shu...bg shu status 'kakak' d'hati ni,terlalu bermakna...sebab benda ni dah menjadi impian shu sejak shu berumur 6 tahun lagi...shu bersyukur sgt-sgt sebab Allah pertemukan kita, akak...

Akak terlalu istimewa d'hati shu...shu terlalu sygkan akak mcm darah daging shu sendiri..tapi shu bukan cm owg lain yg mudah nak luahkan syg tu dengan kata-kata..sebab tu, kat ruang ni saja shu mampu nak luahkannya walaupun ia sekadar barisan perkataan yg bisu..namun, shu nak akan tahu yg shu tersangat sygkan akak..

Banyak benda sebenarnya shu belajar dari akak..akak bnyak ajar shu erti sebuah persahabatan...pengorbanan dan keikhlasan...mmg benar semua kata-kata akak..jangan terlalu tunjuk perasaan kasih dan sayang tu pada mereka yg kita sayang..lambat laun apa yg kita sayang 'pasti' akan jadi kebencian kita..dan apa yg akak cakapkan tu telah terbukti sekarang...d' hati ni sgt-sgt sedih dgn apa yg jadi...tapi, shu tahu walau sesedih mana pun shu..shu tetap ada akak...akak yg tak pernah tinggalkan shu setiap saat dan ketika...walau shu dalam kesulitan, kesusahan mahupun ketika shu sakit...shu sangat-sangat hargai pengorbanan akak selama ni...d' hati,kadang-kadang kebimbangan tu tak dapat shu nak sembunyi...shu takot shu akan kehilangan orang sebaik akak...akak terlalu baik...

Kehidupan kadangkala tak seperti yang kita harapkan..kita harap hari kita d'sinari cahaya mentari hingga ke petang..tapi kita tak sedar gerimis yang akan mengundang dan bertandang sebelum fajar senja berlabuh...mcm tu la hubungan kita sesama manusia...apa yg kita harapkan tak semestinya bertepatan dengan semua mimpi indah kita..kadang-kadang kita merasa terluka,sedih,kecewa,marah,tak puas hati dan sebagainya...mmg lumrah semua tu dalam persahabatan..kita mungkin rasa orang yg paling dekat dan hampir dengan kita adalah mereka yg benar-benar faham tentang kita...tapi kita silap akak..kita sebagai manusia gemar menilai dari kaca mata luaran tanpa kita pernah selami hati dan perasaan seseorang...shu tak nafikan shu bukanlah seorang 'adik' yg baik untuk seorang kakak sebaik akak..tapi bila bersama akak,shu terasa kekurangan yg shu ada telah d'tampung oleh akak..akak bnyak nasihatkan shu tentang lumrah 'sebuah kehidupan'...tak mungkin tangan yg sebelah mampu menyucikan kotoran jika tak ada tangan yang sebelah lagi untuk sama-sama menyucikan kotoran tu...kita hidup saling memerlukan..sama mcm shu perlukan akak...

Shu tak mampu nak tulis semua yg ada d'lubuk hati ni...selebihnya biarlah shu simpan d'dalam hati agar ia menjadi kenangan yg paling indah untuk d'kenang kelak...shu bersyukur d'pertemukan dengan insan sebaik akak...shu tak rela akak d'sakiti dan d'perlakukan sewenang-wenangnya..terasa seperti shu yg menanggung semua tu akak...tapi shu yakin..akak sangat kuat dan mampu bersabar dengan semua ni...shu harap apa saja yg shu dah buat sepanjang berkenalan dengan akak..shu mintak akak halalkan dunia sampai akhirat...mohon kemaafan andai ada tersilap bicara dan perbuatan yg mengguris hati akak tanpa shu sedar...shu bertuah ada seorang akak bernama Athirah Wahidah...akak terlalu istimewa di hati sama seperti mama abah dan si dia...akhir kalimah,shu doakan agar akak dan keluarga akak sentiasa d'rahmati dan d'berkati olehNya...ingatlah akak,kalau akak merasa akak tersisih dalam sebuah kembara persahabatan..akak masih ada insan yg sayangkan akak keranaNya...walau shu tak pernah tunjuk rasa sayang tu tapi DIA maha tahu akak...semoga ikatan kita d'redhai dan d'berkatiNya..amin

Salam sayang dari adikmu...


Shu


p/s :~ semoga akak mendapat pasangan yg baik sama macam akak... :)
thanks for visiting my site

25/09/2011

‘FRUST’ DALAM BERCINTA





Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,“we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”
sumber:~ genta rasa

thanks for visiting my site

20/09/2011

Gerbang CINTA | 24 |




20 September 1987...alhamdulillah dah 24 tahun usia perkahwinan abah ngn mama...ku panjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga buatMU Ya Allah kerana masih mengizinkan 'kami' mengecapi kebahagiaan ini..terlalu manis untuk menyingkap kembali peristiwa yg berlaku 24 tahun yg lalu..

'aku terima nikahnya'...aduhai terlalu indah ucapan tersebut hingga membuatkan air mata kesyukuran menitis di balik kegembiraan kedua-dua pihak menerima kehadiran insan baru dalam melengkapkan satu tuntutan agama yg terlalu mulia ini..

terlalu bnyak ujian dan cabaran untuk merasai kemanisan dalam sebuah ikatan perkahwinan..'lidah lagikan tergigit,inikan pula suami isteri"..begitulah bait-bait keramat yg sering meniti di bibir insan-insan yg telah dahulu merasai suka-duka dalam gerbang cinta yg indah ini.."mempertahankan sebuah ikatan lebih sukar dari memulakannya"...di mana indahnya sebuah ikatan tanpa adanya badai yg datang mengoncang..namun takdir Allah itu tidak dapat disangkal..memang benar, kita sekadar merancang hanya DIA yg berhak menentukan..namun, di pihak kita yg lemah lagi kerdil ini..hanya DOA dan pengharapan sepenuhnya disandarkan pada Pencipta Cinta Yang Agung iaitu Allah Azzawajalla agar setiap impian kasih yg diangan-angankan berkekalan hingga ke akhirnya ..

harapanku hanya satu..semoga abah dan mama sentiasa dalam lindunganNya dan semoga ikatan yg telah terbina ini berkekalan hingga ke syurga...semoga kita ditemukan semula dalam  mahligai cintaNya di akhirat kelak...amin..

p/s:~SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 24 BUAT ABAH & MAMA TERSAYANG...i love u all forever~



thanks for visiting my site

07/09/2011

Aku | Takdir Dan Gentar Sebuah Kembara




Credit to gebang-gebang penyokong  sang kenari


Semalam segalanya bagai menggamit kembali sebuah nostalgia
Saat kita gah di persada
Tiap jerit perih kita tumpahkan tak kira masa
Pada satu laungan semangat yang tercipta
Menghempas lautan kemaraan membara
Saat si tangkas beraksi di sudut
Sepak mula

Angin semilir membawa seribu tanda tanya
Jangan pernah menerka
Andai tersilap bicara
Takdir sebiji bola
Yang disepak kemana-mana
Hingga ke gawang jua akhirnya
Saat takdir tak lagi kita bicara
Pada keramat bulatnya sebiji bola

Jangan ditanya pada jiwa
Di mana pengakhiran epilog sebuah cerita
Yang pernah terlakar indah di gelenggang sepak mula
Andai di laman itu masih ku rasa
Hangatnya airmata seorang penyokong setia
Yang  menitis dalam simpuhan doa 
 Mengiringi wira-wira
Dalam misi gentar sebuah kembara

Hari ini,esok dan selamanya 
Semangat yang ada terus membara 

Setiaku bukan hanya bila dipersada 
Tapi kesetiaan ini akan terus dibaja
Dan tetap hidup
Hingga datang ajal dariNya yang menjemput.... 


Khas Buat Penyokong Setia Sang Kenari,
Ishaz Zafsh   (7 September 2011/4.22 p.m)





thanks for visiting my site