29/10/2011

Nilailah Dengan Kaca Mata Iman



Just nak share some pictures..eventhough pictures nie bukanlah real pun tapi ia sekadar menjadi pedoman dan pengajaran buat kita..nilailah dengan kaca mata iman..lihat dan fahami apa yang cuba disampaikan melalui setiap tindakan yang dilakukan oleh seorang wanita muda (still memakai gaun prom night*) yang melahirkan anak luar nikah dengan begitu mudah..seriously sebagai wanita, terasa ngilu tak terkata once saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana satu kelahiran itu berlaku (walaupun bukan kat labour room yg betol*)...lihatlah sendiri bagaimana jika seseorang wanita melahirkan anak tanpa seorang doktor, jururawat dan segala kelengkapan..tambahan pula tanpa sokongan dan semangat dari suami tercinta di sisi..aduhai terlalu seksa dan azab..azab di dunia sudah cukup untuk menjelaskan betapa pedihnya azab yang bakal menanti di 'sana' kelak..dosa yang dilakukan bagaikan menjadi double..1.berzina dan melahirkan anak luar nikah..2.membuang + membunuh anak yang telah dilahirkan..masyaAllah..sedangkan haiwan masih ada rasa sayang pada anaknya, inikan pula manusia yang diberi kelebihan akal fikiran yang terlalu 'buta akal' hingga sanggup 'menghapuskan' zuriat keturunan sendiri..masyaAllah..nauzubillah himinzalik..semoga Allah memelihara kita semua dan juga keturunan yang akan datang dari  melakukannya..amin~



gambar 1


gambar 2


gambar 3


gambar 4


gambar 5




p/s:~ terlalu mudah bagi wanita di atas 'menguruskan'  satu kelahiran, hinggakan seperti bagai tiada apa yang telah berlaku..kasihan si anak yang tidak berdosa..menjadi mangsa atas kelakuan si ibu dan si ayah yang tidak bertanggungjawab..bayangkan betapa ramai di luar sana yang terlalu inginkan zuriat dalam perkahwinan mereka..apa rasa mereka andai dihidangkan dengan gambar-gambar seperti ini??apa rasa mereka???




thanks for visiting my site

28/10/2011

Bila Lidah Kelu Untuk Berbicara





Andai ada INGKAR di hati, menepis wujudnya di sisi..




andai bibir kelu untuk hujani BICARA INDAH pada hati..




andai RINDU masih tersimpan kukuh di sanubari..




aku RELA jemari menjadi PENGGANTI, 




menyulam RAHSIA hati yang tersembunyi..




biar PENA yang terus BERBICARA..

thanks for visiting my site

27/10/2011

Ada Apa Dengan Takdir?




TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita
dengan SESUATU yang tidak diundang,
MEMBERI apa yang tidak dirancang,
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...


Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan...


Subahanallah...Subahanallah..Subahanallah...

thanks for visiting my site

26/10/2011

Bila Manusia Hilang 'Kemanusiaan'


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..nun di hujung sana, mereka sedang bergembira..bergelak ketawa..bersuka ria..kerana apa?kerana mereka sedang meraikan kejayaan dan kemenangan mereka di bumi Allah ini..hati mengeluh..kesal..kerana saudara seakidah..seagama..sanggup menzalimi saudara mereka yang lain atas satu kemenangan yang begitu mengaibkan..masyaAllah..masyaAllah..hak saudara seakidah diragut dan disentap tanpa perikemanusiaan..tiada rasa simpati..tiada rasa ihsan..malah kebencian yang bersarang terus dihamburkan pada jasad-jasad yang tiada kuasa..kaku..lemah..dan tidak berdaya..

Nun di atas sana, roh yang telah kembali di sisi Rabbnya menyaksikan satu episod cerita penuh duka..kisah si jasad yang diperlakukan tanpa belas ihsan..jasad yang kaku itu terus dizalimi dan dianiaya tanpa sekelumit rasa bersalah..kepada roh yang sudah lama mengucapkan salam perpisahan buat seisi dunia, ia tak mampu lagi berbuat apa-apa..ia hanya mampu 'menangis' dan terus berduka tatkala mengenangkan betapa malangnya nasib sahabat akrabnya itu..betapa berdukacitanya roh yang pulang itu..hatinya remuk bila mana ia tak mampu lagi memandang ke bawah untuk terus berharap atau menyaksikan segala macam tindakan manusia yang sudah hilang harga 'kemanusiaan'..

Cukuplah..hentikan kezaliman ini..jika kalian merasakan si mati itu zalim suatu ketika dahulu..maka fikirkanlah tentang apa juga tindakan yang kalian lakukan ini..menganiaya jasad yang kaku dan tak bernyawa itu sama zalimnya dengan kezaliman yang kalian lontarkan buat si mati suatu masa dahulu..maka, jangan kalian kotorkan tangan kalian yang tak berdosa itu dengan 'kekotoran' yang dipandang hina dan keji oleh Allah..tiada haknya manusia menjatuhkan hukuman kerana hukuman itu selayaknya DIA yang menentukan..

Al- Fatihah buatmu Muammar Gaddafi..


~Walau sezalim manapun dirimu didakwa oleh sesetengah manusia..tapi tidak pantas jasadmu yang kaku itu terus 'dizalimi'~

Allahuakbar..terasa diri ini terpanggil untuk mengerakkan jari,melontarkan rasa yang telah lama terbuka..melihatkan pengakhiran kisah kehidupan seorang pemimpin yang gah suatu ketika dahulu cukup membuatkan hati ini tersentuh hingga menyapa mutiara jernih gugur menyentuh tanah gersang milik Allah..segala jasa dan kebaikan walau secebis yang pernah ditabur sepanjang kehidupan arwah ter'delete' dengan sekelip mata dek syaitan barat yang gemar memecah belahkan umat Islam..bukankah ketua mereka, Iblis laknatullah itu pernah berjanji bahawa dia dan konco-konconya tidak akan letih dan lelah untuk membinasakan anak cucu ADAM..ya, jawapannya telah lama kita saksikan..sejak dari peristiwa pembunuhan Habil si anak yang taat hinggalah kepada pembunuhan puluhan juta nyawa umat Islam yang tidak berdosa sejak zaman berzaman..hakikatnya, kita yang menyaksikan semua ini sudah mula lali dan terbiasa kerana sudah banyak dihidangkan dengan fenomena akhir zaman sebegini..

Dalang di balik semua cerita ini tidak lain dan tidak bukan adalah si syaitan yang bertopeng di balik kerakusan kuasa BARAT yang 'hebat' ini..mereka gemar memutarbelitkan fakta..mencanang sana-sini cerita karut mereka..ya..kita yang menerimanya terlalu yakin hingga kadangkala takut untuk bersuara bagi menyatakan kebenaran..yang tahu tentang kebenaran, terlalu takut untuk menegakkannya hingga sanggup bersembunyi di sebalik mereka yang gah mempertahankan kebatilan..andai Saidina Umar masih bersama kita hari ini, sudah pasti mereka yang berada di landasan yang benar ini berani untuk tampil bersuara bagi menyatakan segala kebenaran yang telah lama disembunyikan..

Ya Tuhanku..tidak pantas rasanya jasad yang sudah lama membusuk itu terus disimpan..di mana keadilan yang selalu diperjuangkan?di mana hak sebagai saudara seislam apabila mata sengaja dibutakan,telinga sengaja dipekakkan dek hati yang sudah lama berdendam..sempurnakanlah jasad itu segera..jangan kau zalimi sesuatu yang sudah tidak berdaya..jangan kau dilabelkan manusia kejam lagi zalim bahkan lagi zalim daripada jasad yang kaku itu..pernahkah kau terfikir andai dirimu,ibu bapamu,isteri/suamimu,saudara-maramu dan sahabat karibmu diperlakukan sedemikian?pasti kau juga merasakan hal yang sama..terfikirkah bagaimana kematiaanmu kelak dan di mana engkau akan mati?..insafilah diri yang lemah lagi hina ini..di mana hak kita untuk menghukum orang lain?sedangkan hanya DIA sahaja yang berhak memberi keputusan..serahkanlah segala keputusan dan hukuman pada yang lebih ADIL iaitu Allah S.W.T..



“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” [Luqman 31: 34]


Aku tidak tega lagi melihat jasad itu terus terbiar........ :(


sesuatu yang teramat menyedihkan apabila orang-orang Islam di negara Libya itu masih sanggup membiarkan jenazah sesama muslim itu terbiar begitu lama~



"Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan"
Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari..

Walau sezalim atau sekejam manapun seseorang itu, tetapi jangan pernah kita lupa tentang kebaikan yang telah ditabur meskipun ianya bukanlah sebesar isi alam..begitu juga dengan Gaddafi..sebanyak manapun kekejaman yang pernah dilakukannya ( sekiranya ada ), tetapi masih ada kebaikan yang ditabur kepada rakyat..


7 Kebaikan Gaddafi Semasa Pemerintahanya


1. Elektrik & Air Percuma untuk unit kediaman

2. 1 liter petrol bersama 0,08 EURO

3. TIADA CUKAI, PERCUMA

4. Pelajar yang belajar di luar negara menerima gaji 1627 Euro

5. Setiap pelajar yang tamat pengajian akan mendapat gaji sehingga dia mendapat kerja

6. Setiap keluarga Libya mendapat 300 Euro setiap bulan selagi mereka berdaftar

7. Pasangan yang baru berkahwin akan menerima tanah berkeluasan 150 meter persegi bagi tujuan pembinaan rumah kediaman


(sumber~ rakan facebook)

p/s:-terpulanglah pada individu untuk menilai sama ada pemimpin ini zalim mahupun dia sebenarnya seorang pejuang agama..hanya DIA yang Maha Mengetahui..huwallahhua'lam~
                                 


thanks for visiting my site

24/10/2011

La Tahzan Innallah Hamaa'na


aku pasrah dengan ujian dariMu,Ya Allah~


Masih tak bersyukur diri ini dengan segala kurniaan yang ada di depan mata..baru sedikit nikmat Allah dah tarik balik, diri ini mula mengeluh dan berkeluh-kesah..masyaAllah..apa yang hilang itu,mungkin bukanlah yang terbaik untuk diri ini..

Astagfirullah hala'zim, ku kira aku saja yang bernasib malang hingga aku terlupa bahawa ramai lagi diluar sana mengalami nasib yang sama bahkan ada juga yang mengalami kehilangan yang teramat dasyat dan lebih perit dariku..ya Allah, aku bukanlah sekuat hambaMu yang lain..namun aku sedar bahawa aku perlu redha dan pasrah andai ini yang telah Engkau tetapkan untukku..


terima kasih buat penulis blog ini


atas perkongsian ilmu yang terlalu bernilai dan berharga..



Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. InsyaAllah...




Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'




Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...


Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya


Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita


Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"


Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!


[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]


Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah


Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]


Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik


Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya


Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)


[Pengalaman sering mematangkan kita]


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya


[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


[Bersyukurlah wahai diri ini...]


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!


Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu


[Firman Allah yang bermaksud:]


"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)




[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]



~aku terlupa bersyukur padaMu,Ya Allah~ :(
thanks for visiting my site

23/10/2011

Kau Ku Pilih Sebagai Sahabat


sahabat yang baik umpama mentari yang menyinari


Selemah-lemah manusia ialah 
orang yang TIDAK BOLEH mencari sahabat
dan
orang yang lebih LEMAH daripada itu ialah
ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT
yang telah dicari...

(Saidina Ali r.a)



thanks for visiting my site

13/10/2011

Aku Seorang Hamba


Assalamualaikum...

tinggal 10 hari lagi segalanya bakal terjawab...23 Oktober 2011...tarikh yg ku tunggu-tunggu..demi Allah, bercampur baur perasaan ini...semoga keputusan diagnosis yg bakal ku terima tidak seburuk mimpi yg selalu menjelma..



Ya Allah,kuatkanlah aku dalam menempuh dugaan ini...gagahkanlah kaki ini untuk melangkah walaupun sukar..sesungguhnya kesakitan yg Engkau berikan ini sebagai penghapus dosa-dosa yg telah aku lakukan..aku terima dengan berlapang dada..aku bersyukur Ya Allah...
thanks for visiting my site

11/10/2011

Junko Furuta


Surely all praise is for Allah..we praise HIM and seek HIS help..we seek HIS forgiveness and we seek refuge in HIM from evil of our own souls and from the wickedness of our deed..whomever HE guides shall never go astray, and whomever HE allows to stray shall never  find guidance..i bear witness that none has the right to be worshipped but ALLAH, alone, who has no partner, and i bear witness that MUHAMMAD is HIS slave and HIS messenger..may the peace and blessings of ALLAH be upon him and upon his family and his companions and upon those who follow them in piety until the Day of Judgement...

i don't know how to describe my feeling after read about Junko Furuta..she was a girl who went through 44 days of TORTURE after being kidnapped...Only ALLAH knows the best how to punish the kidnappers.. but i still not satisfied if the kidnappers didn't died like this poor woman died... :( its was lot of suffer, it was amazing that she can stand it for 44 days...masyaALLAH..how can people be so cruel??? are they animals??? its impossible!!! it just breaks my heart...seriously, it breaks my heart into pieces..however, this is already not in our hand...although it is not in my place but let ALLAH punish them for what they had done...amin.. :(



A STORY ABOUT POOR JUNKO FURUTA  :(



DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped
Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988:Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn’t accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December10, 1989: Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: Hot wax dripped onto face
Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

DAY 40: Begged her torturers to “kill her and get it over with”
January 1, 1989: Junko greets the New Years Day alone
Body mutilated
Unable to move from the ground

DAY 44: January 4, 1989: The four boys beat her mutilated body with an iron barbell, using a loss at the game of Mah-jongg as a pretext. She is profusely bleeding from her mouth and nose. They put a candle’s flame to her face and eyes.

Then, lighter fluid was poured onto her legs, arms, face and stomach, and then lit on fire. This final torture lasted for a time of two hours...

Junko Furuta died later that day, in pain and alone..nothing could compare 44 days of suffering she had to go through...when her mother heard the news and details of what had happened to her daughter, she fainted...she had to undergo a psychiatric outpatient treatment..imagine her endless pain...

Her killers are now free men...justice was never served, not even after 20 years...they deserve a punishment much greater than they had put upon Furuta, for putting an innocent girl through the most unbearable suffering..

p/s:-this story from 1989 is true...please spread her story around...everyone should know about the existence of Junko Furuta’s unimaginable and incomprehensible suffering..

Rest In Eternal Peace,
Junko Furuta
1989-Eternity

source:~reliable source

thanks for visiting my site

10/10/2011

5 Jenis Mangsa Huraisy




BINATANG Huraisy memburu LIMA jenis mangsanya :

Pada hari akhirat akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy..saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur..apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s. berkata,” Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?” lalu kata Huraisy, ”aku mencari lima jenis orang iaitu:

••► orang yang tidak mengerjakan SOLAT

••► orang yang tidak mahu mengeluarkan ZAKAT

••► orang yang menderhakai IBU BAPAnya

••► orang yang suka minum ARAK

••► orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal DUNIA di dalam masjid

sumber~: buku soal jawab remeh temeh tentang solat
thanks for visiting my site

08/10/2011

♥ Buat Kamu Yang Pernah Kehilangan



♥ Kita sangka kita dah sayang seseorang itu sehabis sayang..tapi, Allah lebih kasihkan hamba-hambaNya yang beriman lebih dari kasih kita kepada seseorang itu...♥ 

♥ Pepatah arab ada menyebutkan, "Segala sesuatu yang pasti akan terjadi, bererti ianya dekat." Kematian itu pula sesuatu yang pasti, maka mati adalah dekat...malah lebih dekat dari kita mencapai sesuatu sijil, diploma, sarjana, master, PhD...lebih dekat dari kita berjaya dalam hidup, dapat kerja, dapat beli rumah dapat kumpul kekayaan...malah lebih dekat dari dapat kahwin... ♥

- buat kamu yg pernah kehilangan -

al-fatihah 

♥ 



~ 302 hari ~

thanks for visiting my site

Kecantikan Lelaki & Kekuatan Wanita ✿







Nak tahu di mana Kecantikan Lelaki?


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…






Dan di mana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” 
Surah Al-Ahzab : Ayat 71


thanks for visiting my site