25/12/2011

Pengubat Duka


terapi al-quran  :)


Dalam kehidupan yang singkat ini, manusia akan menghadapi pelbagai warna-warna kehidupan, ada warna yang ceria, ada warna yang suram dan pastinya setiap dari kita akan menghadapi warna-warna kelam dalam kehidupan.

Realiti kehidupan tidak selalunya indah, kadang-kadang mentari bersinar indah, kadang-kadang awan mendung datang menyelimuti cahaya membuat hati menjadi duka.

Kita berduka atas 1001 sebab, ada yang berduka kerana diuji dengan ujian kesakitan dan kehilangan kawan dan keluarga, ada yang berduka kerana kekurangan wang, ada yang berduka kerana masih belum dikurniakan jodoh, ada yang berduka kerana gagal dalam peperiksaan, ada juga kerana gagal dalam kerjaya, ada yang kerana putus cinta bahkan mungkin ada yang berduka hanya kerana keretanya tercalar atau kucing kesayangannya hilang.

Ketika kita sedang berduka, mungkin ada yang memujuk, mungkin juga tiada dan selalunya tiada, kadang-kadang kedukaan itu disimpan di dalam hati menjadi luka yang bernanah, membusuk dan akhirnya pecah dengan rupa yang sangat hodoh dipandang mata.

Ada yang mengubat dukanya dengan tidur seharian, ada yang makan dengan banyaknya, ada yang melepaskan geram di gelanggang sukan, ada yang meluahkan perasaan pada steering kereta, kerap juga yang menulis di dalam blog, ada yang menyanyi, menari, memaki hamun dan pelbagai tindakan yang kadang-kadang diluar kewarasan bahkan lebih malang lagi, mungkin ada yang memilih untuk mengakhiri kehidupan.

Namun ubat duka pastinya bukan dengan melampiaskan nafsu, mengamarahkan dendam dan menurut apa sahaja bisikan perasaan.

Ubat duka yang paling mujarab adalah dengan terapi solat dan Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak-banyaknya, solat dan mengadulah pada tuhan.

Allah itu sangat sayang pada hambaNya, ketika DIA melihat hambaNya terbabas dan tidak mengingatiNya, didatangkan ujian moga-moga kita kembali ingat kepadaNya.

Kerap kali kita mendengar, mereka yang mengalami kecelaruan perasaan akhirnya menemui kedamaian pada hidangan Al-Quran, pada indahnya mengamalkan Islam sebagai sistem kehidupan.

Pada Islam ada kedamaian, keselamatan dan keindahan buat mereka yang bersepadu dengannya. Pada Islam ada redha dan sabar, ada kasih sayang dan ada kegembiraan perasaan.

Kenalilah islam, nescaya kamu akan ketemu di dalamnya sejahtera.

Hisham Sharif ( pensyarah Universiti Utara Malaysia ) 

thanks for visiting my site

23/12/2011

Penghujung Disember 2011


Alhamdulillah. Secara officalnya, hari ini telah tamat segala program detik jam 10 pagi. Program motivasi khas sempena cuti telah berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa kesulitan sepanjang penganjurannya.

Alhamdulillah, segala penat dan jerit perih yang ditumpahkan telah sampai ke penghujungnya. Meskipun  penat yang teramat hingga sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata,namun aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk beramal walaupun bukan dengan wang ringgit. Andai diikutkan hati, aku ingin menarik diri pada minggu kedua disebabkan keletihan yang terlampau. Makan minum pun entah ke mana hingga berat menurun secara mendadak. Namun, aku tetap berpuas hati kerana diberikan kesihatan yg baik sepanjang program.

Jutaan terima kasih kepada akak-akak dan abg-abg (akak ira, akak diyah, akak shaz, abg anip, abg eykal, abg ijat & abg thaqif ) khasnya seluruh tenaga kerja di bawah seliaan unit Amal Bakti  Siswa atas segala ilmu dan keprihatinan yang ditumpahkan buat diri ini. Kalian sangat baik. Semoga ukhwah kita tak akan terhenti hanya di sini. Terima kasih sangat-sangat.

Khas buat insan-insan tersayang yg banyak menyokong dari belakang, segala nasihat dan dorongan yg diberi menjadi penguat semangat. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang yg utuh hingga aku mampu berdiri dan berlari hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah. :)

InsyaAllah,andai umur panjang kita berjumpa lagi.

*tak tahu nak cakap apa dah..tacing pulak rasa~



lokasi kem (KEDA RESORT,Bendang Man,Sik, Kedah) ihsan google~


p/s :~pics yg real xad sbb memory camera full :) /skema pulak rasa cm dah format laporan :p
thanks for visiting my site

22/12/2011

Aku Nak Clash Dengan (Kau)


Aku tamaw update sal kawan aku bertunang. So, yang dah bertunang biar bertunang. Aku? Ok, aku nak clash dengan kau! Apa tengok-tengok? Kau tak puas hati? Kau tak suka? Fine. Sila angkat kaki dan blah dari sini. Eh jap! Kau ada kaki ke? Konpius gak aku. Lantak la kau ada kaki ke tak ada ke. Ada aku kisah?

Bosan aku dengan kau! Dah lama aku sabar. Rasa tahap sabar aku dah negatif zero. Lepas satu, satu kau buat. Kalau pikir aku ni pesakit tanjung rambutan dah lama aku.....Ey, geram aku!Pasal kau, tak pasal-pasal nama aku rosak. Kau ada pikir pasal tu? Eh, lupa pulak aku yang kau tak ada otak. Kau tahu tak bahan pornografi tu apa? Yang kau nak guna nama aku, pastu g sebar merata tempat tu buat apa? Bangang betol la kau ni. Aku ingat bila aku dah lama dengan kau, kau tu berubah. Tapi kau tu memang suka benda-benda lucah. Serius la, aku ni perempuan. Apa yang orang lain akan cakap kalau kau guna nama kau pastu kau pegi sebar aset-aset yang ada pada bini kau, girlfriends kau, mak kau, kakak kau, adik kau, nenek kau, jirau kau, jiran sebelah kampung kau dan kawan sekolah tadika kau, apa kau tak rasa malu k? Wey, kau lahir zaman apa?

Aku sedih la macam ni. Kau tahu tak time aku tulis entri ni, hidung aku dah merah-merah dah tahan sebak nak menangis. Maruah aku dah tercalar. Kau boleh beli ganti k maruah aku kat kedai tujuh sebelas tu? JAWAB!!

Aku dah fed up dengan kau. Aku dah bagi peluang lama dah suruh kau berubah, tapi kau tetap BINGAI!!dah la Mark Zuckerberg. Aku nak clash dengan kau, Mark Zuckerberg malam ni jugak.Itu pun selagi kau tak hentikan kerja jahanam kau tu g sebar bahan-bahan lucah kat facebook kawan-kawan aku atas nama aku! AKU BENCI KAU!!!Dah la, abis tenaga aku jer maki kau. Go to hell la 'mat salleh'. Korang yang belum kena, tunggu masa la giliran korang pulak. Aku nak tunggu & gelak ja. Okbai~


thanks for visiting my site

18/12/2011

Congratulations



بارك اللة لكما و بارك عليكما و جمع بينكم فى خير

Mabruk.Congrats on fullfilling half of your deen.

I am very happy for both yourself and your wife I pray that Allah always keeps you both happy and that you find comfort in one another. May Allah bless you with children who would be comfort for your eyes and may Allah gives you a grace to lead to righteousness,gives you both happiness of this world and hereafter. Amin

InsyaAllah, I will make du'a that your marriage is a happy one


"And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your (hearts). Verily in that are Signs for those who reflect" (30: 21)
thanks for visiting my site

17/12/2011

'Lanun Tingkap'


Hai makcik-makcik cantik dan pakcik-pakcik:93: yang macho tapi tak berapa nak macho. Ayam itik:71: kat kampung sihat?
Actually, belum pernah dalam hidup aku selama 2* tahun, orang mintak ajar pasal selok-belok komputer + laptopmonitor Yela aku bukan pandai sangat tapi kalau nak cakap bodoh langsung tu tak la pasal benda-benda macam ni.
Disebabkan sorang kawan aku ngadu dah penat nak bawak cik lappie ( laptop) g kedai kes windows tak genuine :119: so dengan murah hatinya aku nak ajar cara nak genuinekan semula windows. Dah belambak orang buat tutorial sal ni. If korang tak berapa nak yakin dengan aku, korang boleh g tengok tutorial orang lain ya.Tapi tak apalah, disebabkan ni permintaan kawan aku yang cantik :98: lagi glamour tu so aku try penuhi permintaan dia berbekalkan sedikit ilmu yg ada
Mudah nak detect either windows kita ni genuine or tak if kita akan hadapi masalah seperti ni:
1. *Gambar pada dekstop ( wallpaper desktop) tiba-tiba hilang.
2. *Tertulis perkataan yg sgt annoying :134: ‘This copy of Windows is not genuine’ kat sebelah bawah (kanan) desktop.


Kalau ada semua seperti diatas, sila tunggu dan lihat kemusnahan :49: windows & segala macam lagi benda yang TAK AKAN ANDA BAYANGKAN!hahaha
Relaks. Relaks. Kita boleh atasi semuanya.
First sekali sila dapatkan software ni (removeWAT 226). Kat mana nak dapat? Ok, sila :99: di sini :54:
Ok, bila da siap download, sila run removeWAT ni as ‘admin’ n then dia akan kuar macam pic kat bawah ni. Just :99: pada perkataan Remove Wat.
Tunggu sehingga dia abis buat kerja. Bila dah siap dia akan mintak kita restartkan semula lappie. So, just restartkan.
Once dah siap restart sila tengok balik dekat desktop korang if ada lagi or tak perkataan annoying tadi. If tak ada, windows korang dah genuine. Yeayy!!!Copcop! Jangan suka lagi, ada cikit lagi step yg korang kena buat.
Pergi ke programme and select computer monitor Then right :99: pada computer and pilih properties. Sila semak activation number. If kat properties tu dah tak ada activation number yg banyak-banyak, meaning to say windows korang dah genuine


Then, sila pergi ke control panel and select windows update.
Pilih ‘change setting’and ubah setting supaya lappie korang tak terima sebarang update lagi Bila dah tukar setting then save. Jangan terima or update pape lagi ya!!



Jangan risau, even korang tak update pun files korang memang dah latest if korang guna Windows 7.
So, jangan susah-susah hati ya! Korang boleh check either windows korang still ada lagi or tak pop up comment yg sruh kita resolue windows yg tak ori tu. If tak ada, Alhamdulillah, windows korang dah ori!
Tadaaa!Dah siap~
Kan tak payah nak buang duit g format lagi. Ala, orang kat kedai tu still guna windows yg pirates jugak if korang bayar mahal-mahal untuk format sekalipun.Benda ni still akan berulang if Windows Activation Technologies (WAT) tak di’remove.
Fungsi removeWAT ni untuk membuang WAT daripada OS (Operating System) tapi ia masih mengekalkan status ‘genuine’ Windows 7 tau. Perlu diingatkan bahawa sangat mustahak :119: untuk kita pastikan windows ni ori supaya masalah-masalah lain tak muncul selain untuk elakkan windows dari di blacklist . Haishh, main blacklist2 ni yang tak tahan kan? nyusahkan orang btol la!!
Hope, apa yang den ajar ni sedikit sebanyak membantu. :)
p/s :- Kalau sesiapa nak buat duit, korang boleh tolong ‘tulenkan’ windows kawan-kawan korang then cas la mahal-mahal ckit. Yg penting hold diorang punya lappie 3,4 hari baru diorang percaya! :10:

thanks for visiting my site

16/12/2011

'ShoutMix' Berbayar Berkuatkuasa Januari 2012


:6:tacing ya amat bila anything yg ada atas dunia ni semua kena guna duit:x: Apa kau mengarut ni? Dah lama :93: orang atas dunia ni tau yang hidup kalau tak ada duit memang dijamin mati kering:49: Yela, nak makan kena bayar, nak beli :55: baju, rumah :53: even nak :27: kawin pun lagilah kena guna duit. Yang tak menahannya, masuk toilet yang 'hell' pun ada aci tunggu nak kutip cukai. Tapi kalau benda yang common ni aku memang tak kisah sangat sebab tu keperluan. Yang geramnya bila something yang tak dikategorikan sebagai 'keperluan' pun still nak gak kuar duit memang panas hati :face66:laa.

Bagi pandangan aku yang jahil lagi kurang pandai ni, aku tak rasa berblogging ni satu keperluan except orang yang ber'bisnes' melalui blog. So, bila dah bukan 'keperluan' memang tak patut la kalau nak kuarkan duit. Cakap soal kuarkan duit ni, kaki-kaki :95: :96:blogger mungkin dah sedia maklum yang widget 'ShoutMix' bukan lagi free berkuatkuasa JANUARI 2012. Like seriously :face14: Yes, i'm serious. No wonder la dekat 'ShoutMix' aku dah terjojol word 'important :118: note'. Rupanya nak bagitahu aku, 'kau jangan harap boleh guna benda ni free lagi tahun depan!!' Okokok. Aku paham, kau nak aku bayar kan kalau still nak guna benda alah ni lagi? Sorry banyak-banyak la der,dari kau cekik duit aku untuk benda tak pekdah ni,baik aku sedekahkan duit aku kat anak yatim. Dapat gak pahala. :face69:

Actually aku nak cakap sal 'ShouMix' tapi dah jauh sangat menyimpangnya. 'ShoutMix' ni sebenarnya widget atau aplikasi chatting PERCUMA yang selalunya digunapakai pada blog atau website. Fungsinya sama macam chatbox yang lain iaitu membolehkan kita berinteraksi:24: dengan orang lain secara mudah. Kebiasaannya, para blogger atau mana-mana admin website akan memasang aplikasi ini bertujuan untuk mengenal pasti para pengunjung yang bertandang ke blog atau website mereka. Para pengunjung boleh meninggalkan apa-apa komen atau pesanan secara langsung dengan adanya aplikasi seperti ini. Seperti kebanyakkan ruang chatting yang lain, risiko 'ShouMix' anda di 'spam' :30:adalah sangat TINGGI. Justeru, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati:x:*skema gila ayat aku!!:f:*hohoho

Mengikut satu artikel yang aku baca, syarikat yang mengelola widget 'ShoutMix' ni milik anak tempatan yang telah mengalami kerugian thumbsdown yang tinggi akibat memberi perkhidmatan secara percuma kepada blog dan website. Ala, 'ShoutMix' ni 'made' in Malaysia. Oleh sebab itulah, mereka terpaksa berfikir berkali-kali dan akhirnya membuat keputusan untuk mencilok sedikit duit rakyat Malaysia yang diakui sangat kaya raya iaitu dengan mengenakan bayaran untuk setiap widget yang disumbat ke dalam blog dan website mulai Januari 2012 :face75: *tudiaa,punah ayat aku:134:*hahahaha~

Yang paling senang nak paham, bila dah rugi takkan nak bagi free lagi ya tak? So, kenalah bayar kalau still nak guna widget ni. Sebab tu, aku dah tukar widget tu dan gantikan dengan Cbox yg memang sah-sah free. Tapi aku kurang pasti, Cbox ni made in mana. So sesiapa yg rajin boleh tolong carikan maklumat sal Cbox pulak ya:10:

So, for those yg rasa nak tukar widget tu boleh sign up kat sini :54: InsyaAllah, kalau ada masa nanti aku ajar cm mana nak tukar background dan segala macam features yang ada kat Cbox tu supaya lebih cool dan menarik.

p/s :- Orang lain dah lama guna Cbox, aku ja yang baru kenal 'Cbox' tu apa :131:
thanks for visiting my site

15/12/2011

Doaku Hari Ini


Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad,

Kasih yang tidak berbelah bahagi al-khalil Ibrahim,

Sifat pengasihani Siti Khadijah,

rindu sesetia Rabiatul Adawiyah,

Sabar secekal Fatimah,

Yakin sesuci Asiah,

Iman seteguh Sumayyah,

Jiwa sekental Bilal bin Rabah..

♥ ♥ ♥

Sometimes the thing that happen to u in this life, make u stronger person for tomorrow

♥ ♥ ♥

Never take someone for granted,

Hold every person close to your heart,

Bcoz u might wake up one day,

And realize that you’ve lost diamond

While you were too busy collecting stones..

♥ ♥ ♥

Never regret anything because

At one time it was exactly what you wanted..

thanks for visiting my site

10/12/2011

Indahnya Harga Sebuah Kemaafan



~ ♥~ ♥~ ♥~ ♥~ ♥~

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. "

Surah Ali Imran: Ayat 134

 ~♥~


p/s:~ sebak + sweet ssgt 'part ending'..alhamdulillah mesej yang baik~ thumbs up!! UKHWAHFILLAH :)



thanks for visiting my site

05/12/2011

Isteri Saya Hilang





 Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot."

" Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey kalau macam tu kita cari KERETA encik dahulu sebelum mencari ISTERI encik,"
kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Pengajaran: Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayang? Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda.





p/s:~ Mengenali untuk MENYAYANGI, bukan untuk mencari BENCI :)

sumber : Solusi (isu no. 38)
thanks for visiting my site