27/01/2012

My Promise To You




 photo by athirah wahidah


Tears you try so hard to hide, 
You hold it all inside, 
Pretend it doesn't matter...


Why you keep it to yourself?
When you got someone else, 
You know can make it better...


You try to be so strong, 
But I always know when something's wrong
See you when your feeling down...


Hey, wasn't it you who'd always be there for me?
Don't forget what we've been through together...


Hey, isn't it true, 
We promised to always be best friends forever...


Words, that you don't need to say, 
The sad that's on your face, 
Isn't hard to see through, 
I've been there once or twice, 
It's you that made things right, 
My turn to be there for you...


When the rain comes down,
I'll be there, 
I will always be around, 
Just wanna be the one to catch you when you fall,
Forever i'll be there for you...


:)


p/s:~ i'll be your shoulder to cry on (^_^*)



thanks for visiting my site

25/01/2012

Permaisuri Hatiku




~♥~♥~♥~♥~




Ya Allah,jadikanlah aku seorang isteri yang solehah untuknya dunia hingga akhirat..Amin


p/s :~ ♥

thanks for visiting my site

24/01/2012

Kiamat & Mahsyar


ihsan google

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan ( Surah Ar-Rahman ayat 26-27 ) 

Alam luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yg menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yg kembang akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yg segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajal pun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yg sentiasa berlaku di sekeliling kita. 


supernova, the death of a planet
Situasi demikian merupakan satu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah. Iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yg dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada satu detik yg dinamakan kiamat. Tiada satupun yg terkecuali selain yg kekal hanya Allah yang Maha Pencipta yg menetapkan tarikh akhir segala ciptaanNya. 

Bumi walaupun kelihatan begitu gagah dengan bebatu pejal serta gunung-ganang terhujam kukuh ke dasar bumi, namun ia bukanlah satu jaminan untuk selamanya ia berdiri teguh. Akhirnya, gunung-ganang yg hebat itu pasti jua tunduk dengan kedatangan saat yg Maha Dasyat iaitu, kiamat. Kiamat bererti musnahnya seluruh sistem alam yg diciptakan oleh Allah SWT yg selama ini berjalan mengikut ketentuanNya. Tidak suatu pun pertembungan berlaku kepada semua objek yg beredar di angkasa raya sebelum tibanya saat itu. Lihatlah betapa agung kuasa Allah, belum pernah di laporkan dalam mana-mana akhbar mahupun media elektronik yg lain tentang perlanggaran planet dengan sebarang objek di angkasa nun jauh di sana pada detik ini. Namun, jika Allah menyatakan 'kunfayakun' maka sekelip mata sahaja segala benda yg tidak terjangkau dek kewarasan akal manusia bakal terjadi.

Langit yg terlalu jauh dari jangkauan tatapan manusia, yg tidak diketahui apakah jenis logam yg membuatkan kepejalannya begitu kukuh, malah tidak pernah terbayang oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya. Namun Kiamat akan mengakhiri semua kekebalan dan kepejalan serta kekerasan si peneduh bumi yg sekian lama berbakti pada kita.

Firman Allah di dalam surah Al-Infithar ayat 1-4 yg bermaksud :

“Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan( berombak raksasa) meluap dan apabila kuburan-kuburan terbongkar” 

FirmanNya lagi dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 yang bermaksud :

“Apabila bumi digoncangkan dgn goncangan (yg dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yg dikandungi)nya, dan manusia bertanya : “ Mengapa bumi (jadi begini) ?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan (yg demikian itu) padanya” 

Kiamat tidak dapat  dibayangkan dgn apa pun jua, kerana manusia tidak ada pengalaman sebelumnya walaupun bumi ini pernah dihancurkan dan diterbalikkan buminya seperti yg berlaku kepada bumi yg dihuni oleh kaum Nabi Luth. Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki yg pernah menyaksikan kehancuran kedua kota itu oleh ledakan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu. Namun kesemuanya bukanlah bandingan kepada kiamat. 


mampukah kita bertahan dengan keadaan sebegini? :(


Di dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke 4 mengandungi perkara yg jauh dari pandangan manusia disebut sebagai “Rubu’al-Muhlikat”. Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang manusia yg telah dibangkitkan dari kubur-kubur mereka selepas tiupan ‘Sangkakala’ yg kedua. Kebangkitan manusia yg mati sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir selepas alam buana dikiamatkan dan dipertemukan semula sekalian roh dengan jasad yg baru.

Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti ia memerlukan satu hamparan bumi untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat manusia dihimpunkan itu sama dengan bumi yg ada sekarang? Maka dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke 4, Imam Al-Ghazali menghuraikan tentang satu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang. Keadaan buminya yg dapat dijadikan tempat berteduh di sebalik bayangnya atau lurah bergaung dan bergua yg boleh dijadikan tempat kediaman.

Pada dataran putih yg maha luas itulah manusia yg baru akan dibangkitkan dan semuanya akan dihalau ke sana seperti binatang ternakan yg dihalau keluar dari kandang.

Seluruh manusia dihimpunkan di bumi mahsyar yg rata itu, tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yg Maha Berkuasa telah memadamkan pelita matahari, dan menjadikan dataran mahsyar itu gelap gelita. Ketika itulah manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam suasana hingar bingar dan gelap pekat. Tiba-tiba langit yg berada di atas kepala mereka retak dan kemudiannya menjadi pecah berderai. Kehancuran langit itu berjalan kira-kira lima ratus tahun mengikut kiraan akhirat. MasyaAllah. Sukar digambarkan nasib kita semua ketika itu. :(

Tak terbayang rasanya betapa dasyat kehidupan manusia di dataran mahsyar yg mendengar setiap masa bunyi langit yg pecah berderai. Jika ukuran bunyi suara langit yg pecah diandaikan seperti suatu logam yg nipis dan lembut tentulah bunyinya tidak sekuat mana.

Namun, jika sebaliknya logam yg nipis dan lembut itu diganti dengan langit yg keluasannya tidak dapat diukur dengan sebarang jenis ukuran manusia sama ada ukuran metrik atau lainnya, termasuk juga ketebalannya tentulah tidak ada walau satu pun telinga manusia yg sanggup menahan bunyi yg gegak gempita tersebut. :(

Dan kemudiannya, setelah langit hancur berderai, pecahan dan rekahan langit itu tiba-tiba menjadi cair seperti besi yg dibakar di dalam relau yg menjadi cair dek kepanasan yg terlalu dasyat. Jika kita melihat lahar gunung berapi mengalir di lereng gunung pada waktu malam dengan warna merah menyala,tentunya kita akan merasa gerun. Apatah lagi bila mana langit yg keluasannya hanya Allah saja yg mengetahui lalu menjadi cair seperti lahar, dan kemudian cecair yg merah menyala itu mengalir kedataran bumi yg dipenuhi manusia yg sedang dihimpunkan. Terlalu sulit bagi kita sebagai manusia untuk membayangkan betapa dasyat dan cemasnya situasi ketika itu. Jika kita berjalan di atas tar yg panas pada waktu tengah hari tanpa memakai alas kaki, tentunya habis tapak kaki kita melecur, tetapi cuba bayangkan jika kita berjalan di atas lahar pula adakah tahap melecur kita mampu diungkapkan dengan kata-kata? Ya Allah, terlalu peritnya keadaan di masyar ketika itu. :(

Ke manakah kita semua akan lari untuk menyelamatkan diri? Jika dahulu di dunia, kita masih boleh berlari ke sana sini tatkala malapetaka Allah singgah di tempat kaki kita berpijak. Tapi, di sana kelak masih adakah tempat untuk kita bersembunyi? Nasib kita tiada yg tahu melainkan DIA Yang Maha Berkuasa. Lalu untuk apa kita mendabik dada dengan apa yg kita ada hari ini? Sebanyak mana bekal yg di bawa, seperti itulah juga keadaan kita di masyar. Pada hari itu, insan yg paling kita sayang pun tidak dapat menyelamatkan kita. Masing-masing terlalu gusar dan bimbang dengan diri sendiri hingga tidak sempat menoleh ke kanan dan ke kiri melihat keadaan orang lain. Bagi yg meraung, akan terus meraung kerana tiada ihsan mahupun simpati dapat dihulurkan. Bagi yg menangis akan terus menangis kerana tiada tangan yg sudi mengesat air mata keperitan yg mengalir.

Apalah nasibku di sana kelak?? :(
Renungilah dan berfikirlah sejenak tentang nasib kita di sana.

p/s:~ 2012 tahun yg digembar-gemburkan akan berlakunya kiamat. tiada satu jasad yg tahu kebenarannya melainkan Allah Yg Esa



thanks for visiting my site

23/01/2012

Teringin Nak Jumpa KETUA SAINTIS NEGARA


Otak Melayu :)


Bagi kaki shopping yg suka cuci mata sambil cuci poket sampai kering di Masjid Jamek, mesti ada di antara kita pernah terserempak dengan beliau. Dari gaya beliau, memang sah-sah nampak macam 'orang wayar putus' (gila), tapi disebalik jubah yg lusuh dan janggut yg serabut tu lah tersimpan anugerah yg paling bernilai. Anugerah otak yg superb! Siapa sangka beliau mempunyai otak yg begitu geliga dan aku sangat berharap dapat berjumpa dengan beliau satu hari nanti. Teringin benar rasanya nak tengok kehebatan beliau. Sepanjang 2 tahun 6 bulan aku di KL, belum pernah lagi aku terjumpa even terselisih dengan beliau. Heran jugak, time aku kat sana tak pulak beliau ni muncul. Lepas ni, mmg aim aku kalau ke Masjid Jamek bukan cari tudung, baju or beg tp aim aku adalah 'Ketua Saintis Negara'.  :)


apa benda yg dok bincang tu??


Beliau dah 8 tahun berkecimpung dengan dunia 'saintis jalanan' yg menjadikan kawasan sekitar Masjid Jamek  dan Sogo sebagai lokasi penyampaian ilmu. Sepanjang 8 tahun tu lah, segala ilmu matematik dan sains diperturunkan kepada sesiapa yg berminat. Wah, hebat!! 8 tahun tuu. Boleh duduk sebaris dengan pakar-pakar sains dan matematik antarabangsa ni! Beliau dah lama femes. Mungkin kita saja yg tak tahu dan tak pernah ambik tahu. Sebab apa? Sebab beliau bukan seorang artis, selebriti mahupun tokoh akademik yg terpampang wajah dan kejayaan mereka di sana sini. Kita silap! Sangat silap sebenarnya. Insan superb sebeginilah perlu diketengahkan bukan dijadikan bahan cemuhan atau cacian mulut longkang manusia yg cetek ilmu. Beliau bukan mahu difemeskan hanya untuk mencari publisiti murahan seperti sesetengah individu, tetapi apa yg beliau inginkan adalah untuk melahirkan lebih ramai tokoh pemikir Islam yg hebat. Subhanallah, terlalu murni cita-cita beliau. Semoga Allah membalas semua kebaikan dan apa juga usaha yg beliau laksanakan sepanjang 8 tahun.


Sekali tengok macam orang jual ubat!

Sedikit biodata ringkas tentang 'Ketua Saintis Negara'

Nama : Abdul Halim Bustaman

Umur : 55 thn (2008)
Pekerjaan asal : Bekas guru matematik

Pencapaian :-
- Ogos 1992 : membentangkan seminar wacana bertajuk pemikiran lateral, satu penilaian Kritis.
-1997 : Menjayakan seminar ketamadunan di UM
-Penghargaan dan pengiktirafan dalam dan luar negara
-Bertemu dan duduk berbincang mengenai kajian beliau dengan Profesor Douglas Osheroff, pemenang Anugerah Nobel dan pakar Fizik dari Universiti California

-Hasil kajian beliau telahpun diiktiraf oleh Pakar Otak Amerika Dr. Kenneth Weason
dan banyak lagi..
No. Telefon : 013-6655254 begin_of_the_skype_highlighting            013-6655254      

Jika masih tak percaya korang boleh baca kat sini sharinginfozberita harian online & muhammad kamal
p/s :~ don't judge a book by its cover :)

 




thanks for visiting my site

22/01/2012

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.


Alhamdulillah, entri kali ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi satu artikel yang sangat menarik. Bingkisan Saudara Hilal Asyraf kali ini sedikit sebanyak mampu membuka pemikiran dan ideologi sesetengah individu yang gemar membuat kesimpulan dan meletakkan sesuatu perkara pada sudut pandangan yang terlalu sempit dan gelap. Hakikatnya, ramai yang menjadi mangsa dek fahaman manusia. Justeru, aku sangat mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin berkongsi entri ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, InsyaAllah.


Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.


Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.



Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.



Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?



Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?



Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?



Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.



Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.



Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.



Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.



Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?



Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.



Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.

Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.

Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.

Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.

Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.



Apabila Cinta Silap Dipandang.




Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.



Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.



“Hish, kecik-kecik dah gatal!”



Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.



Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.



“Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”

“Hang budak lagi. Belajar dulu.”



Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.



Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.



“Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”

“Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”

-----------------------------------------------------------

Perbualan di atas ini adalah SMS

------------------------------------------------------------



Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.



“Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”

“Awak, apa bukti awak cintakan saya?”

“Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”

Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.



Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.



Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.



Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”



Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.




Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.



Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.

Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.



Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.



Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.



Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.


Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.



Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.



Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.

Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.



Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.



Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.

Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.

Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.

Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.



Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.


Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.

Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.


Cinta, rosak dalam tangan manusia yang tidak mendalaminya




credit to Hilal Asyraf 

p/s:~ memperbaiki pemikiran masyarakat


thanks for visiting my site

Cinta,Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,Kegembiraan


ada kekuatan di balik erti sebuah cinta

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah pelbagai macam benda-benda abstrak : ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi hingga hampir menenggelamkan pulau berkenaan. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri masing-masing.

CINTA sangat bingung kerana dia tidak dapat berenang dan tidak mempunya perahu. Dia hanya mampu berdiri di tepi pantai dan berusaha mencari pertolongan. Sementara itu, air semakin tinggi hingga membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian, CINTA terlihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa yang dijawab oleh KEKAYAAN,"Aduh, maaf CINTA! Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu, bimbang perahu ini akan tenggelam. Lagi pula, tidak ada tempat lagi untuk kau duduki dalam perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA. CINTA sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!" jerit CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia berjaya menemukan perahu sehingga tuli tidak mendengar jeritan CINTA. Air semakin tinggi hingga membasahi pinggang CINTA. CINTA mula panik. Tidak lama kemudian, KECANTIKAN pula melewati CINTA.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA.

"Wah,CINTA! Kamu basah dan kotor. Aku tidak bisa membawamu. Nanti kamu akan mengotori seluruh perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA teramat sedih mendengar jawapan tersebut dari KECANTIKAN. CINTA mulai menangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku? Mengapa semua melupakan aku??". Saat itu, KESEDIHAN melintasi CINTA dengan perahunya. Lalu CINTA merintih.

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu. Kasihanilah aku di sini."

"Maaf, CINTA. Aku sedang berdukacita dan aku ingin bersendirian." kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya meninggalkan CINTA.

CINTA putus asa. Dia merasakan air semakin meninggi dan bila-bila masa sahaja dia akan tenggelam. CINTA terus berharap andai dirinya dapat diselamatkan. Lalu dia berdoa kepada Tuhan.

"Oh,Tuhanku!Tolonglah aku. Apa jadinya DUNIA tanpa aku, tanpa CINTA?" berlinangan air mata CINTA sewaktu menuturkan bait-bait tersebut.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar satu suara. "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!". CINTA menoleh ke arah suara berkenaan dan melihat seorang tua berjanggut putih sedang mengayuh perahunya. CINTA terburu-buru naik ke perahu tersebut tatkala air hampir-hampir menenggelamkannya. Kemudian, di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itu, barulah CINTA sedar bahawa dia tidak sama sekali mengetahui siapakah gerangan orang tua yang baik hati yang telah menyelamatkannya dirinya. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau berkenaan tentang gerangan orang yang telah menyelamatkan dirinya.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU." jawab penduduk tua.  Lantas CINTA bertanya, " Tapi mengapa dia menyelamatkan aku? Aku tidak langsung mengenalinya bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan membantuku". Sambil tersenyum, penduduk tua itu menjawab.

"Hanya WAKTU lah yang tahu betapa nilainya sebuah CINTA itu.."



p/s :~ "Cinta itu menebal dan menipis sama seperti IMAN. Peliharalah IMANMU,pasti CINTAMU kelak akan terjaga." :)
thanks for visiting my site

10/01/2012

Posting


Ok, fine!! Dah pukul 1 lebih still tak boleh tido! Gud job baby! *menatang apa yg kau makan sampai tak boleh tido ni cik kak oii* (bajet cik joyah bebel) :)

Haishh, bosan betol. Mesti semua orang dah enak dibuai mimpi. En. Abg mesti dah mimpi sampai LONDON, bajet nak tengok sukan olimpik. Kahkahkahkah :p *nak jer aku g kejutkan semua orang* wey,BANGUN!BANGUN!BANGUN! dah azan subuh! hahahahaha~

Jengah facebook kejap, bajet nak tengok abg-abg senior dapat posting kat mana. Ok, mostly ramai gak yg dapat area KL/SELANGOR (*untung laa*). Alhamdulillah, penantian mereka dah berakhir. Selamat bertugas cikgu-cikgu semua!

Part aku? Oh, mannn!!tentulah aku akan mintak jauh dari semenanjung~ aku akan letak first choice aku di SABAH / SARAWAK. Sempoi kan? Belajar berdikari. Hahahaha. SABAH / SARAWAK, selamat menerima kedatanganku kelak! Pergh~naik bot g sekolah. Adventure gila!! *MELOMPAT-LOMPAT kegirangan*. Tak sabarnya nak posting. Masa, tolonglah berlari pantas cikit. Hurmm :(

En.abg, jaga diri molek ya! bye2 en.abg. En.abg kasi kan kalau sy nak g sana ?? (*ya,abg izinkan~jawapan yg ditunggu-tunggu*) Jangan berani cuci mata kalau sy tak ada. Kita akan bertemu setahun sekali (*tu pun cuti bulan 12*) :) *muka yakin*!!-------> cik joyah dah menangis bengkak-bengkak mata dah, anak dia dapat posting jauh-jauh. Hahahaha :p Get ready lagi beberapa tahun, prepare mind tu awal-awal supaya nanti tak sedih sangat once dapat tahu sy dapat tawaran ke SABAH / SARAWAK ( 2015 )  :)

SABAH / SARAWAK * i lap u laah :)

jom tido! 

p/s :~ sep baik mata dah tak larat nak bukak, kalau tak entah apa lagi yg aku nak mengarut! * :)

thanks for visiting my site

08/01/2012

U.P.S.E.T


Dalam hidup aku, aku susah nak marah orang lain. Even kadang-kadang orang tu dah buat aku sakit hati, kecewa, marah dan sebagainya. Aku pretend mcm tak ada apa-apa walaupun aku yang terluka. Tapi, once aku dah start tak mau ambik peduli apa pun pasal seseorang tu. ITU SANGAT BAHAYA!



thanks for visiting my site

05/01/2012

Suamiku Dayus????




Andai aku seorang suami yang ada isteri yang cantik dan body yang seksi..
Akan aku ketatkan peraturan berpakaian baginya bila keluar rumah..
Supaya tak ada mata-mata lelaki asing merenung gatal pada isteriku..
Body isteriku, keseksian isteriku..
Hanya untuk mata aku seorang...

Tapi..
Ada juga jenis suami yang tak kisah lelaki luar cuci mata melihat isterinya..

Adakah suami anda sebegitu ? Jangan biarkan suami anda menjadi lelaki yang DAYUS !



p/s :~ orang perempuan,tak sedih k kalau encik husband kesayangan dilabel dayus disebabkan anda?perghh..free2,bagi husband tanggung dosa.


credit to M.O

thanks for visiting my site

01/01/2012

Tahun Baru Tak Semua Yang Baru


tq en.abg for this card :) *syok sndiri* miahahaha!

Prapp!pergh, lega ya amat rasa. Terasa sendi dan segala urat yg berselirat di sepuluh jari kembali bertenaga. Ya, itulah habit aku. Habit huduh piang yg sebati sampai sekarang. Suka letupkan jari! Eleh, sapa kisah kalau dah memang aku suka 'letupakan' 10 jari ni? Ala, cik joyah sorang jer yg bising-bising. "Patah jari tu satgi sapa nak tolong aku kat dapur". Ceh, bukan nak simpati kalau jari aku patah, yg dia kisahkan tak ada orang yg tolong dia kat dapur. Kasar tangan ni cik joyah oiiii! Cik joyah cakap mak mertua tak kisah kalau tangan menantu kasar time sarung cincin. Kihkihkih. Yela tu, cik joyah dah start bersyarah. Cepat anak kapal sumbat telinga ngn kapal eh silap lak *kapas*~

Bab tangan jadi kasar mcm buruh binaan, tiba-tiba teringat sorang kawan yg baru bertunang bulan 12 lepas. Serious kelakar. Dah mcm kucing nak beranak aku nengok. Serba tak kena. "Cer try salam dgn sy, buat-buat mcm awk sarungkan cincin kat sy". Apa lagi orang dah offer, aku pun berlakon la jadi bakal mak mertua dia, "Ok jer, tak kasar pun!" Dalam hati aku berkata, "Memang mcm ni k orang nervous nak bertunang?". Garu-garu kepala yg tak gatal* "Ala, sy takut mak mertua sy cakap 'kasarnya tangan menantu aku'!". Nak guling-guling aku gelak once dengar ayat dia. " Hahaha. "Sy rasa tangan mak mertua awk lagi kasar dari tangan awk, so jgn risau tahap kekasaran tu tak akan jejas kualiti kertas pasir kat kedai!." Mengamuk kawan aku. Hahaha. Chill la, tangan kasar sebab BANYAK BUAT KERJA RUMAH. Tak payah nak kisah sgt. Esok lusa kalau kawin, pandai-pandai la beli kertas pasir gosokkan tangan yg kasar tu. Kehkehkeh. :p

Cerita pertunangan kawan aku menutup slot tahun 2011. Hari ni, dah 1 Januari 2012. Tahun baru ya kawan-kawan!. Pergh tahun baru la sangat kan? Kau cakap apa yg baru? Azam? Ceit, aku sekeh kepala kau laju-laju. Azam kau yg tahun lepas pun kau terketar-ketar nak capai cam orng sakit parkinson. Aim bukan main tinggi ya amat. Yela-yela aku tak nak azam apa-apa dah tahun ni. Just go with the flow. Puas hati? Nada merajuk. 

Actually, cakap pasal azam mmg ramai yg suka berazam bila tirai tahun baru dikuak. Tapi azam yg diazamkan tu konfem sampai separuh jalan tak pun tak tercapai langsung. But, what to do! Nengok ke orang lain yg pejam-pejam mata sambil berkumat kamit 'berazam' tak kan tak jeles ye tak? For those yg berjaya mencapai semua yg diazamkan, aku ucapkan tahniah! *berikan tepukan paling gemuruh*. Bukan senang kot nak capai, nak-nak bila kita dah letak satu target pada tahap yg paling tinggi. Orang tua-tua cakap, azam biar tinggi barulah usaha pun gigih. Ni azam ciput, mana nak ada usaha cm gajah. Pape pun terpulang la pada individu tu sendiri, kalau dia rasa mampu nak aimed tinggi-tinggi, just go on. Pedulikan apa yg orang lain cakap. Biasalah, mulut manusia mmg mcm longkang. Ada saja benda yg tak kena pada mata dia. Haihh, kalau hidup sekadar nak dengar kritikan yg tak membina dari manusia spesies mulut longkang, mmg tak ke mana lah hidup ni. 

Ada cerita yg tak enak di awal tahun ni. Macam biasa, aku kena balik IPBA. Kemas barang-barang (pindah blok lagi* tepuk dahi). Tinggalkan rumah. Berpisah dengan cik joyah kesayanganku. Berjauhan dari family. Tinggalkan bilik dan katil. Tinggalkan makanan yg sedap-sedap. Berpisah dari tidur siang yg memang heaven. Tak boleh bergaduh dengan adik lagi. Serious sangat berat hati nak tinggalkan semuanya. :( Mampukah aku teruskan kehidupan di IPBA lagi? Ouch sangat tacing. Lap air mata dengan kain  langsir kesayangan cik joyah.*opss!!  Kat mana aku nak merempat nanti kalau aku smpai kl awal? IPBA selalu buat aku tacing. T_T  Tak pernah nak consider aku dan mereka-mereka yg lain. Hukhukhuk. Aku dah abis adjust time dah so that tak kelam kabut. Tapi apa sudahnya? "Pelajar tidak dibenarkan masuk sebelum pukul 8 pagi." Terpaksalah aku bawak tempurung dan berbekalkan muka seposen g bersila atas jejambat depan amjal lagak seorang pengemis berkaliber sementara menunggu pukul 8. Hukhukhuk. Serious yg ni sedih! Nama jer tahun baru, tapi tak ada benda yg baru pun~ hurm :(

Dah la, tak mau pikir dah. Apa yg nak jadi lepas ni, aku redha jer la. Salah satu azam aku tahun baru ni, aku dah tak mau pikir benda yg remeh-temeh. Just believe in Allah,everything will be fine. Bergantung pada DIA yg paling berkuasa sepenuhnya. Kuasa manusia tak mampu lawan yg paling berkuasa. InsyaAllah, perbanyakkan doa semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Hope tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yg sebelumnya.

Sebelum anak cik joyah mengundur diri, seribu kemaafan dipohon andai sepanjang tahun 2011 terlalu banyak perkataan & perbuatan yg menyinggung dan mengguris hati mana-mana pihak sama ada sengaja atau pun tidak. Mohon dihalalkan semuanya. Semoga permulaan tahun 2012, menjadi titik tolak pada kita semua dalam menambah segala amal ibadah kepadaNya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Amin..

p/s :~ tak tahu nak buat entri apa sempena tahun baru,otak blank*hari terakhir di rumah! :(


thanks for visiting my site