30/03/2012

Malang Tak Berbau


11.22 pagi


tak tahu nak describe my feeling hari ini.'shock' n sedih yg teramat.smpai skrg still rasa lagi feeling tu. masyaAllah, ujian datang tak ada manusia yg dapat duga.

7.43 pagi, got messege dari en.sangkunang dia excident.ya Allah,terduduk aku once baca mesej yg 10 minit kemudian bwu disentuh. baru subuh tadi dia text aku kejut solat subuh.sekelip mata benda ni jadi. tergamam.terkaku.air mata on d spot mengalir.sebak sgt-sgt.terasa berat di kepala bertambah-tambah.

"Ya Allah selamatkanlah dia.harap tak ada apa-apa yg buruk.aku tak ada kudrat nak g bantu dia wktu dia sangat-sangat perlukan someone saat ni.tolong jagakan dia untukku Ya Allah." tu saja doa yg mampu aku ucapkan.terketar-ketar bibir tahan sebak. u_u

rumate cakap excident ni masuk radio.lagi laa tambah risau aku.dah la call berkali-kali tak dapat.alhamdulillah,last try bawu dapat cakap.although dia cakap dia tak ada apa-apa but firasat aku still cakap at least mst ada luka kat mana-mana jugak. he mybe hiding something from me.mungkin taknak aku risau.

aku still tak dapat nak nk kawal emosi although he's keep repeating the same sentence' b tak ada pape, jz kereta jer teruk' but i'm still not satisfied with it.actually it was very hard to accept this thing.ni kali ketiga orang yg rapat dngn aku excident.yg paling latest,minggu sebelum aku balik IPBA,adik excident.bulan lepas,housemate excident.i was like.......ya Allah,berturut-turut kes excident ni.aku dah tersangat fobia.kaki jadi cramp tak ley nak gerak.jam dah dekat pukul 8 lebih tapi aku still tak b'siap lagi nak ke kelas.mmg separuh 'nyawa' aku hilang.rasa macam tak berpijak tanah.just yg mampu aku buat,terus text one of my classmate cakap aku tak g kelas 1st pagi ni. otak tak ley nak digest apa-apa.terkaku kat penjuru bilik. :(

rumate dari tadi tak mampu nak cakap apa-apa.jz mampu pndang aku dengan muka simpati.dia faham,aku tengah tenangkan hati yg berkecamuk.setengah jam duduk berteleku tanpa buat apa-apa selain berdoa dan menangis.mcm tak adil sebenarnya menangis.sengaja mcm mintak bnda tak elok jadi.but then,what else can i do at that time? :(

lega sgt rasa bila dapat lepas rasa sedih yg terbuku bila menangis sepuas-puasnya.8.50 pagi ada kelas PSK.mmg kena pegi jugak kelas walaupun dengan mata yg bengkak n hidung yg merah.sampai kat dewan kuliah,aku tak sanggup duduk depan untuk b'tentang mata dengan lecturer. takut ada soalan yg tak diundang.dah la sepanjang perjalanan k dwan kuliah,yg berselisih masing-masing tanya kenapa dengan aku hari ini??diam.aku tak dapat nak cakap apa-apa sekadar beri senyuman yg kelat. :(

lama jugak menunggu kawan-kawan yg lain datang.hari jumaat memang masa singkat.kelas tak sampai 1 jam.banyak masa terbuang.lecturer dah mula marah-marah n tinggikan suara,gaya lepas marah pada kteorg yg datang awal ni.ya Allah, aku mmg tak boleh tahan sebak kalau orang cakap dengan nada yg kasar-kasar or tinggikan suara.tiba-tiba air mata rasa mengalir.hurm,baru rasa nak lupakan kejap insiden yg jadi kat en.sangkunang,lecturer pulak spoilkan mood.saja triggerkan mood sedih aku lagi.sakit n sesak dah rasa dada ni dek tahan sendu. kepala rasa berat dengan tak tido hampir semalaman.lecturer makin tinggikan suara.membebel bukan-bukan.hambur kemarahan.rasa nak jer aku lari keluar,serabut teramat bila ada kes hangin pagi-pagi cm ni.ya Allah,kalau tahu mcm ni,lagi baik aku stay kat bilik jer dari terpaksa kena terima lecturer yg suka hati lepas geram kat orang lain.i cannot bear with this stuation.plz mam.i'm begging you. T_T
nasib baik kelas habis pukul 10 pagi .kalau tak tak tahu la berapa kali lagi aku kena menangis sebab benda-benda cm ni.

kejadian yg menimpa en.sangkunang hari ini betol-betol buat aku rasa paralysed hampir separuh badan. i can't imagine my life without him.he really means to me.i just realized how much i love him and really need him after this tremendous incident.my mum pernah cakap yg aku tersangat kurang appreciate segala kebaikan yg dia dah buat selama ni.mungkin sbb tu sampai skng aku still rasa bersalah n sedih dengan apa yg dah jadi pada dia hari ni. :((


"betol la apa yg selalu orang cakapkan.kita tak akan tahu n sedar betapa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita sampailah sesuatu yg buruk jadi pada dia.kita hanya akan sedar betapa bernilainya dia pada kita bila dia dah tak ada dengan kita suatu masa nanti.tapi masa tu,segalanya dah terlambat.kita tak sempat pun nak cakap apa-apa walaupun sekadar ucapan terima kasih sbb dia dah pergi tinggalkan kita buat selamanya."
untuk insan yg teristimewa

en.sangkunang,mungkin selama ni sy nampak kurang yakin n bersungguh dengan awak. tapi lepas lihat segala kejujuran awak n kesungguhan awk yg nakkan hubungan ini diikat dengan ikatan yg 'halal',sy sgt bersyukur sbb Allah ketemukan sy dengan orang sebaik awak.terima kasih ya Allah untuk anugerah ni.terima kasih jugak untuk segala pengorbanan awak.untuk kesekian kalinya,terima kasih sangat-sangat.jujur dari hati saya, saya sayangkan awak.tak dapat imagine hidup ni kalau tanpa awak.

en.sangkunang,semoga awak tabah n redha dengan segala ujian dari Allah. DIA sayangkan awak,sbb tu DIA uji awak.ada hikmah yg tersirat walaupun perit untuk ditelan.semoga cepat sembuh n sihat.doa sentiasa sy sentiasa mengiringi awak.

p/s :~ hargai sebelum terlambat.tak sanggup dah terima news pasal excident lagi lepas ni.trauma :(
thanks for visiting my site

24/03/2012

Susu Terakhir Buat Si Kecil


Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…


♥~♥~

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.


Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.


Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

p/s:~besarnya pengorbanan seorang ibu,tika ajal datang menjemput masih lagi memikirkan perihal si anak.

iman, mama harap mama dapat contohi *ibu* dalam kisah ni

credit to : himpunan cerita sedih

thanks for visiting my site

23/03/2012

Kerana Pepatah


ello gurls gediks yg suka tunjuk aset and boys yg desperate gila*.kenapa terasa?ouchh.ada aku kisah?haha.actually aku nak cakap pasal satu pepatah yg aku rasa sangat sesuai untuk gurls yg suka buat-buat marah padahal suka bila ada boys yg *wajib* kawen bt tak senonoh kt diorang.apa jeling-jeling?korang tak puas hati?ok what,spe makan wasabi dia la rasa pedas. penah dengar pepatah ni *bertepuk sebelah tangan tak berbunyi*?ahaa,dah dapat *kelu* pasal apa yg aku nak bebel kali ni?ok gud~1,2,3 action!



cerita teladan


permulaannya begini.ada sorang pompuan mengadu kat pesbuk yg sorang jantan gila s*x *chat* dgn dia cakap nak ^%$RR$%%^ (pegang aset).once tgk print screen yg dia publish kt pesbuk and tgok profile picture si pompuan,i was like?!!just dua words kuar dari mulut aku *patot laa*.berpinau-pinau mata aku baca komen dia dgn jantan desperate tu.ahh,bagi aku sma jer korang dua ekor.tak ada point kau nak hangin ribut taufan kat pesbuk cakap kaum adam tak ada maruah!mana lagi tak ada maruah kalau nak compare kau letak profile picture tayang aset kau yg kau rasa pompuan lain tak ada,then print screen chat korang dgn penggunaan vulgar words and symbols tahap melampau sgala macam then letak kt pesbuk?kau tahu tak pompuan,satu malaya tgok profile picture kau and baca komen kau.diorang tak fokus pada apa yg jantan gatal tu cakap kat kau,tapi for those yg ada otak (ayat dr.lawrence) mcm aku,for sure aku fokus lagi pada ayat kau then start to make a comparison between your profile picture and the word *kaum adam tak ada maruah*.si pompuan yg hangin ciap maki hamun lelaki sambil menunjukkan simbol jari tengah.sejuta kali syg kalau pompuan cakap benda vulgar macam tu.mana nak dapat respect dari lelaki kalau each word yg kuar dari mulut siap ada simbol lucah bagai.malu sesangat.aku serious tak paham dgn dua makhluk ni.macam aku cakap tadi 2 kali 5,5 kali 2.


aku tak tengok kesalahan ni datang dari sebelah pihak.benda ni jadi melalut bukan-bukan sbb once jantan kemaruk tongkol kayu sedas ats kepala tu taip ayat-ayat gila dia,si pompuan pun *rajin* pulak g balas ayat maki hamun dia plus dgn simbol jari tengah yg buat aku guling-guling kepala 360 darjah.homaigod pompuan,aku nak nangis rasa,sampaikan jari tengah kau guna.kalau aku jadi mcm kau pompuan,dah lama aku offline chat tu once jantan tu cakap nak pegang kau punya aset.yg kau lemah sgt otak tu tak leh pikir buat hape?lagi kau balas,lagi tu laa si mangkuk tandas tu menjadi-jadi.mcm aku cakap tadi,solutionnya sangat mudah just OFFLINE.dats it!dats y aku tak pernah ONLINE chat kt pesbuk sebab kes beruk-beruk gatal & desperate mcm ni lah.nasihat aku,kalau tak nak kena 'harras' mcm ni,toksah gatal tangan g tekan button online kat penjuru kanan pesbuk tu.haishh,bnd simple pun still tak ley nak pikir.tak paham aku!




~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~

berbalik pada pepatah tadi,bertepuk sebelah tangan takkan bunyi actually on of my favourite quote yg aku rasa pompuan and lelaki sma-sma kena fikir maksudnya.somenthing yg tak elok tak akan jadi kalau tak ada yg respond.mana boleh nak salahkan lelaki sokmo.pompuan pun sma jugak terutama dalam bab berpakaian.kdg-kdg aku sedih tgk pompuan yg pakai baju adik.tak kesian k kat adik kat rumah tu?dia nak pakai apa kalau kita rembat baju dia.yg badan saiz s mybe ok lah pada pandangan masyarakat if nak pakai jugak baju adik (bukan pndangan aku ye!) but,how bout yg saiz XXL still nak jugak gaduh dgn adik sbb nak pakai baju dia.pikir la sendiri* seyes kalau aku selisih dgn owg cm ni,mmg aku tutup muka or buat-buat tak nampak.malu nak pandang.aku heran sesangat kalau tuan empunya diri still ley tawaf satu mid valley dgn pakaian yg tak molek langsung untuk dipakai bila ada mata-mata yg tertumpu pada part yg ahhh malas nk cakap.


penah tak kita yg pompuan ni pikir sejenak.kita tayang barang yg sepatutnya kita simpan untuk husband,tp once bila lelaki *asing* pandang and usha-usha kita,kita dah mula nak hangin meroyan satu badan.apa kes cm tu??aku lagi suka cakap dalam kes mcm ni,pompuan patot dipersalahkan.dah mmg lumrah lelaki akan tertarik pada bnda-bnda mcm tu,kita yg pompuan ni pandai-pandai lah.aku tak claim yg aku ni super duper bagus dlm bab berpakaian,tapi aku rasa sangat1000x tak selesa if pakai baju yg sama sendat dgn badan and berjuta mata usha-usha aku sampai aku rasa aku perlu pegi giant cari plastik sampah (kaler hitam) then sarung kat muka (*malu wey*).aku buat entri ni bukan sesaje nak cakap aku *TERBAIK* tapi sbb aku rasa aku bertanggungjawab cakap apa yg betol sebelum kaum adam start bukak mulut and cakap hal mcm ni.




aku malu bila ada lelaki yg timbulkan soal mcm ni,mcm lah tak ada pompuan yg ambik berat hal mcm ni.aku tahu banyak benda lagi aku kena baiki terutama soal pakaian.dats y aku selalu ingatkan diri aku supaya aku tak cakap kosong and just pandai nasihat owg lain jer.entri ni pun aku tujukan kat batang hidung aku sendiri jugak.banyak benda lagi yg perlu aku baiki dats y jom sesama kita baiki mana yg terkurang.nak menjaga soal macam ni tak semudah kita bercakap.aku mmg tak deny bnd ni tersangat susah nak buat.tapi if rasa berat nak buat perubahan drastik,mulakan slow-slow pun dah cukup cun.aku harap satu hari nanti,pekedai-pekedai jual baju takkan jual baju saiz s pada customer yg bersaiz XL,XXL and XXXXXXX.??*dah macam cerita X-file la pulak kan~



teringat kata-kata sorang kawan (lelaki).."Lelaki tak akan pilih pompuan yg pakai baju seksi-seksi,yg tayang segala macam aset untuk dibuat isteri.kalau sekadar nak berseronok mungkin ya.tak ada point langsung kawen dgn jenis yg pakai tak cukup kain sbb awal-awal lagi dah kasi lelaki lain tengok aset diorang.patotnya segala harta or aset tu hak mutlak suami.even lelaki ni tak la baik mana pun tapi,dia akan cari pompuan yg pakai sopan-sopan untuk jadi isteri and ibu pada anak-anak dia nanti.lelaki tak rugi apa-apa."

p/s:~for kaum adam yg ada kakak or adik perempuan tu,tolong la ambik berat soal ni.jgn nak salahkan kaum hawa if kaum adam sendiri tak ada inisiatif nak belikan baju yg sopan-sopan pada mereka.sama2 fikirkan~

semoga kita sama-sama perbaiki diri :)
thanks for visiting my site

22/03/2012

Redhamu Jalan Bahagia Untukku










p/s :~semoga aku mampu menjadi seorang isteri yg solehah..amin
thanks for visiting my site

18/03/2012

SBE III


Rasa tak sedap badan bangun pagi tadi. panas macam nak demam.patotnya kalau bangun pagi then mandi msti terketar-ketar bibir sbb sejuk.ni tak, siap berkipas-kipas lagi.ni la kes bengong tahap tenuk,dah tau panas gege* jugak nak pakai songket k skolah. (sayang wey, mak aku beli songket tu tapi aku jarang pakai).mmg sah-sah la songket tu orang obersi jer pakai, aku yg kat malaysia ni gedik jugak nk pakai kan. *mmg padan muka hg*! heran jugak, kalau selalu time iron baju msti akan iron baju lebih in case esoknya pendirian tiba-tiba berubah tapi mood rajin g melepak kat mana entah semalam*.haishh~nak tak nak terpaksa la sahut seruan kementerian kesenian dan warisan<membudayakan songket ke sekolah> anak murid, besar nanti tolong la contohi cikgu yg semangat lebih macam ni! :p

Pukul 7 lebih bertolak dari rumah.aishh dah la badan panas,lagi panas bila kejutkan si adik yg susah gila nak bangun. simbah jugak air kat muka budak ni,lagi 5 minit hg tak bangun adik oii*!sepanjang perjalanan aku tak habis-habis belek jam kat tangan.dah pukul 7 suku,bayang sekolah pun tak nampak.si kawan dah 2,3 kali call tanya dah bertolak k belum. on the way*ayat yg sama aku cakap kat dia.sebab adik yg liat sangat nak bangun, mmg rushing aku k sekolah ari ni.drive kereta dah la macam *pelesit* laju kemain. yela,aku dok saiko dia cakap GB dah tngu aku depan gate sekolah.harharharhar!mengong punya kakak =.=V

Aku ternganga mulut bila naik tangga pejabat, nampak segerombolan budak lelaki (sebaya aku) siap berpakaian formal!sah ada lagi yg buat SBE sekali ngn aku kat sini.taknak taknak.baru bajet nak control skolah berduet dgn Mujahadah ( teman tapi mesra ) last-last ada lagi 7 orang guru pelatih yg lain buat SBE kat sini jugak. yg tak boleh belah, semua LELAKI a.k.a kaum muslimin. belum pun aku sempat  habiskan anak tangga paling atas,sorang dari 7 bersaudara tu tanya aku dari mana. then aku cakap *IPBA*. si yg tanya pntas menjawab, sebelah la kita. woiii jiran aku kot. budak-budak IB ( IPBM ).aku rasa nak cubit-cubit pipi yg dah tembam sejak cuti,sebab tak percaya gumana budak IB boleh pelanting sampai ke sini.belum sempat soalan tu keluar dari mulut aku,aku dah dengar salah sorang dari diowg bekas pelajar sekolah ni.ooooohhhhh,no wonder la sampai ke sini korang bt SBE.aku ni tak berapa suka bila ramai sangat budak laki bt sbe sekali.sbb diowg kaki riuh.tp tak apalah,seb baik korang kacak lagi bergaya so ada jugak modal nak cuci mata seminggu ni.hahaha.kawan aku siap pesan, jgn bagitau yg dia dah bertunang!hihihi~sama jer otak gatal dia ngn aku. ada kimia betol la kami ni. *mampus aku kalau en.future husband tau aku cuci mata kat sekolah* kehkehkeh~ :D

Actually,letih gila satu hari kat sekolah ari ni.taktaw sebab apa.rasa sangat-sangat penat.kepala rasa berat teramat.maybe sebab cuaca yg panas dan membahang jadi faktor badan aku mengalami proses dehydration yg melampau. balik rumah terus tertido dengan rasa tak bersalah. sedar-sedar dah pukul 4. kalau biar tu mmg subuh esok la aku bangun.haihh,baru sekerat hari kat sekolah tanpa buat sebarang aktiviti *jahat* pun dah penat.mesti cikgu-cikgu yg terpekik terlolong tiap-tiap hari double triple penat.konfem tido dengan baju yg ngajar pagi tadi*ok yg tu dah teruk sangat!* ZZZZZzZzzzzzzzzz.hope ari esok lebih baik dari tadi sebab dah ada keje baru yg menanti iaitu menjadi jurulatih untuk story telling + public speaking *jgn nak buat ayat skema la nyah*wink wink ^_^*.semoga Allah permudahkan urusan aku esok.amin

 effect  *haba* di muka dan di sekeliling kesan tindak balas kepanasan yg melampau :p


p/s:~baru rancang nak tido dalam library,tapi belum sampai seru nak bt keje *jahat* tu agaknya~kehkehkeh :p
thanks for visiting my site

16/03/2012

Rainbow al-Quran


Subhanallah,sangat teruja + jatuh cinta dgn Rainbow al-Quran. seriously nak sgt dapatkan senaskah,tapi tak tahu mana nak cari. actually bersebab kenapa orang mencantikkan quran yg sememangnya dah cantik ni. sebabnya nak suruh kita rajinkan diri baca walaupun satu muka surat. mmg nak pupuk budaya baca quran sgt susah kalau tak diajar + diasuh dari kecik. seriously aku pun kadang-kadang terskip dgn perkara yg sepatutnya jadi rutin lepas solat. sibuk! ya~alasan yg tak payah susah-susah nak pikir. teruk sgt rasa =( 

susah nak khatam even satu juzuk setahun. kalau dapat khatam pun bukan tiap tahun, mungkin 2 tahun sekali. Allahuakbar, macam tebal sgt nak abiskan padahal KAMUS OXFORD lagi tebal. hurm. belum lagi part nak selak tafsir + tengok makna. bila dah takot nak tido malam, mula la quran jgk yg diletak kat sebelah sebagai peneman. masyaAllah. for the sake of  'tak nak diganggu dgn benda yg tak nampak'. =.=' teruk sgt diri ni. ITULAH MANUSIA!


cantik sgt











part dalam   




cantik bukan untuk sekadar simpanan

sumber gambar : google

p/s:~mata sukakan yg berwarna.kalau dpt al-quran macam ni dah sah-sah rajin baca tiap-tiap waktu lps solat,kan? 
thanks for visiting my site