20/04/2012

Rasa Itu



:,(


Memang SAKIT ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain.ia hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih.akan tetapi PERCAYALAH, hal itu adalah sesuatu yang TERBAIK dari ALLAH kerana sudah jelas segala kehidupan,PILIHAN ditentukan oleh yang MAHA KUASA bukan kita..

Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita.namun MENANGISLAH saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan  KEINDAHAN pula bakal menyusul kelak.percayalah pada KebesaranNya,bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya.bahagia BUKAN berada di hujung jalan, tetapi di sepanjang perjalanan yang nun jauh di sana perlabuhannya.

Seringkali rasa KECEWA itu hadir.mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah.

p/s :~rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi.
thanks for visiting my site

11/04/2012

Love is...




Love is...

laugh always when together with you ♥

thanks for visiting my site

09/04/2012

Berikan Ku Secebis Nasihat




Dah lama akak tak bagi nasihat. Rindukan semua kata-kata yang keluar dari mulut akak.Alhamdulillah,berkesempatan berdua dengan akak petang tadi.Banyak benda akak cakap hari ni.

Akak cakap,kalau kita buat something, kita bukan harap manusia untuk hargai apa yang kita buat sbb siapa sangat manusia kalau nak dibandingkan dengan Allah.akak cakap lagi,kadang-kadang kita rasa tiada orang yang faham apa yang tersimpan di lubuk hati kita sedangkan kita dah banyak kali korbankan kepentingan diri semata-mata nak bahagiakan orang lain.semakin kita harap manusia untuk faham apa yang kita rasa, semakin kita rasa kecewa dengan balasan yang kita dapat.hakikatnya, kita bingung memikirkan kenapa dan bagaimana semua tu terjadi.kita start rasa putus asa, kecewa, sedih dan sebagainya.

kita lupa, Allah sengaja beri ujian yang terlalu kecil itu sekadar untuk menduga sejauh mana rasa ikhlasnya kita membantu dan membahagiakan orang lain. tapi pernah kita fikir kenapa kita dibalas or dilayan dengan buruk setelah kita membantu atau membahagiakan orang lain walaupun di akhirnya kita yang terpaksa menanggung keperitan?sebabnya kita tak ikhlas lakukan sesuatu perkara atau kebaikan kerana DIA iaitu Allah. kita mungkin harap orang akan cakap 'terima kasih' atau balas kebaikan kita dengan sebesar-besar hadiah. kita silap. kalau itu yang kita pinta dari manusia, kita akan kecewa.
suatu ketika, pernah tak kita rasa kita terlalu ego dan pentingkan diri sendiri sehingga kita 'neglect'kan orang-orang 'lain' yang lagi perlukan perhatian dan kebaikan kita dari manusia yang selalu berdampingan dengan kita.

akak menambah lagi.sia-sia kita memikirkan hal orang yang tak pernah pedulikan apa yang kita rasa. dia bukan siapa-siapa. alihkan kepedulian kita pada yang lebih peduli dan tak pernah tinggalkan kita sedetik walau kita ditimpa kesusahan iaitu, DIA YANG ESA. cerita pentingkan diri sendiri hingga lupa pengorbanan orang lain bukan cerita baru bagi akak. dah banyak akak tengok dari segala macam ragam manusia. berdoalah semoga diberi kekuatan melalui liku-liku kehidupan yang masih panjang dengan diberi kekuatan semoga mampu berdiri teguh andai hati dilukai dan tiada insan yang menghargai segala apa yang telah kita lakukan. Allah terlalu menghargai setiap hambaNya walaupun hambaNya tak pernah menghargai apa yang DIA dah beri..

terima kasih atas secebis nasihatmu akak.

p/s:~ Ya Allah,andai aku lalai dari mengingatiMU,kirimkan kepadaku seseorang yang mampu mengingatkan ku setiap saat dan ketika agar tiap titusan air mata yang gugur ini bukan kerana manusia tapi hanya kerana mengharapkan keredhaanMU.
thanks for visiting my site

08/04/2012

Mrs.Bear and Mr.Octopus


rindu en.tunang and Mr.Octopus :(

thanks for visiting my site

05/04/2012

Bersyukurlah



DIAlah yang paling setia untuk kita




~✿ Ketika kamu MELIHAT betapa indahnya KISAH ORANG LAIN, sesungguhnya kamu mampu membuat KISAHMU LEBIH INDAH dari siapa pun..Allah sudah MEMBERI segalanya, tetapi ramai insan yang TIDAK PANDAI MEGHARGAI apa yang telah diberikan..kerana manusia selalunya ZALIM pada DIRI SENDIRI.. ~

 

:: BERSYUKURLAH, Allah tidak pernah tinggalkan kita ::


 p/s : ALLAH, DIA selamanya ada..untuk saya, awak, mereka, dan kita..♥♥



thanks for visiting my site

04/04/2012

Cerita Hati







ku terima ini sebagai satu ujian dariMU,Ya Allah





✿~ SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
✿~ SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
✿~ SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..




Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri untuk terus bertahan dalam mengharungi seribu satu KEPERITAN..




p/s :~♥ :: BELAJAR untuk TABAH ::



thanks for visiting my site

Zaman Muda Belia


time tgh rindu-rindu kat mama,abah and family baru terasa nak belek-belek folder picture kat laptop ni.alamak cm anak derhaka laa pulak kan.ish tak patot!time *homesick* baru nak ingat asal usul.. :p

belek punya belek jumpa la gmba zaman muda belia dulu.zaman yg tak ada kedut-kedut kat muka.18 tahun beb.sekarang?kau jgn cerita la nyah,muka mak ni mmg berkedut berlapis-lapis dah.tak tau nak sembunyi kedut-kedut ni kat mana.aduhai.kalau muka maintain tegang dan muda macam umur 18 tahun dulu kan heaven.haishh,nak kena makan jamu mak dara ni,tak pun cari tongkat ali.eh tongkat ali??pun bolehhh!hahaha~

korang ada muka tegang cm ni??haha *TESL NIGHT 2009*



zaman belum rasa nak cucuk botox!pun boley~




see..muda kan?jauh benor dgn umur skrng..nak balik semula time umur 18 tahun.. :(

p/s:~shuhhhhh~pegi main jejauh kau wahai kedutan!
thanks for visiting my site

03/04/2012

Sakit


Hujan rahmat menitis lagi.alhamdulillah,rahmat Allah yg tak pernah putus-putus.cuaca sekeliling masih lagi gelap.matahari tak kelihatan.berbungkus lagi barangkali.suhu yg sejuk dan dingin mengundang rasa kurang enak.terasa sengal-sengal di pergelangan kaki hingga ke paras lutut.Allahuakbar,sejuk-sejuk macam ni mmg *catalyst* penambah kesakitan yg sedia ada.istighfar banyak-banyak kali.tetiba teringat sesuatu.selimut,cadar dan sarung bantal yg dibasuh dan direndam Downy Passion malam tadi masih tergantung di luar.belum diangkat.terburu-buru keluar dgn kesakitan yg makin menyengat di kaki.angin sejuk menyapa muka sejurus pintu dibuka.wangi sgt-sgt.bau yg melekat pada selimut,cadar dan sarung bantal sgt mengujakan.ni kalau dapat sambung tido dgn selimut yg wangi cm ni mau tak bangun sampai isyak gamaknya.kehkehkeh.tiba-tiba.aduhai kaki,kau buat hal lagi laa.baru nak feeling baring-baring atas katil sambil berselimut dgn ditemani aroma Downy yg superb tu,kau pulak jeles dgn aku.tak kasi can langsung aku nak feeling miling ni.

hampeh~

memandangkan selimut,cadar dan sarung bantal yg masih malu-malu nak kering tu,nak taknak terpaksa gantungkan semula kat ampaian berkaki yg ada di hall.hope tak ada yg buat dajal g gantungkan baju-baju basah diowg kat sini.kalau tak haabis basaaah laa.

sejuk sangat lantai dalam rumah ni.kaki kiri cm dah tak ada perasaan dah.siap tunjuk muka annoying lagi sebab kena pksa berjalan walaupun sakit.diam la kau orang sebelah.marah si kiri pada si kanan yg terkekeh dari tadi.kau apa tahu?sejak injured dulu sampai sekarang si bongek ni bukan pernah serik.ada k patut dah tau aku ni wajib pencen,dipaksanya aku tunjuk-tunjuk skill hebat aku kat padang tu.ni kes kawen paksa kau tahu?ehh salah pulak,kerja paksa.marah benar kaki kiri aku ni.siap tunjuk segala urat hijau dan biru tanda protes.si kanan yg mendengar hanya tersenyum sinis,dan bermulalah adegan balah-membalah.ala,dasar 'local' mmg cm tu.brand lama kan?tengok aku ni,stady lagi beb.kuat lagi.tengok ni siap boleh melompat-lompat lagi.sindir si kanan.dua-dua ekor ni mmg pantang bertemu,ada jer benda nak gaduh.aku macam nak bunuh jer sekor-sekor.

geram gila!!

adeh,mak.sakit bebenor kaki ni.woi,korang boley stop gaduh tak?karang aku bagi penampor jangan tanya kenapa.sakit ni tau tak?ishh,saje jer cari pasal.time pagi-pagi ni la rasa sengal-sengal (bukan sengal yg bodoh tu)* sengal kaki.nak berjalan pun perghh.aku sakit ni,korang sedap-sedap berdebat ala parlimen depan aku.karang kalau aku beli kaki lain,aku campak korang dalam tong sampah baru padan muka.geram gila,once kena deal dengan benda annoying pepagi buta.korang nak gaduh sngat kan?gaduh la sampai puas.biar tambah sakit aku ni lagi.fine!sebal aku dengan sikap kaki-kaki aku ni.sebagai balasan aku tak nak letak minyak pape.biar diowg rasakan.padan muka! (actually padan muka aku laa sebab aku yg tanggung rasa sakit ni*) :( maaaamiiii tulun~

disebabkan misscommunication pepagi buta,agak lambat aku k DKA hari ni.yela,kawan cakap nak pegi saing-saing.alih-alih aku yg macam beruk tunggu pisang ni pulak kena tinggal.kalau tahu,awal-awal lagi aku dah blah!sadis betol kena *tipu* pepagi.disebabkan masa bergerak sangat pantas,maka berjalanlah aku k DKA dengan seribu satu rasa.sakit,kecewa,marah,geram dan sebagainya.jam dah menunjukkan pukul 8.gerimis masih menitis.seolah-olah menangisi cerita malang aku pagi ni.pun boleh.dari jauh aku dah mengucap berkali-kali.tingginya tangga.sabar la ye sayang.kita tak ada solution lain dah,macam mana pun kena jugak panjat tangga batu cave ni.sian kat kaki,kena pressure memanjang.maka dengan segala macam kesusahan terpaksa jugak aku gagahi demi ilmu yg sedang memanggil-manggil.beg yg berat dengan segala macam fail ditambah pulak dengan jalan yg licin,kaki pulak sakit,aduhai.terasa nak berjoget lambak.dah lewat tu satu hal.dah tak ada senior kat tangga ni lagi.semua junior-junior.yela isnin kan mass lecture.satu hari kena tadah telinga.konfem masing-masing datang awal sebab nak cop tempat paling belakang untuk tido dengan rasa tak bersalahnya sepanjang 4 jam pensyarah membebel secara berilmiah kat depan.fuh~tak ada full stop nyah!

di saat aku berjaya menghabiskan dakian tangga paling last,terasa macam someone ikot aku dari belakang.tak selesanya bila ada makhluk yg follow rapat gila dari belakang.ni kalau aku paling sikit ke belakang konfem akan tercium muka dia.tiba-tiba terasa macam tak boleh nak gerak.apa benda pulak yg tersangkut ni.aku dah stat bebel.nak cakap payung yg tersangkut memang tak logik sebab tak ada pokok pun kat tangga ni.alamak dah gelabah gila dah ni.aku try tarik beg dengan kuat,takot beg yg tersangkut.terasa ada tindak balas dari belakang.patut la makhluk yg ikot aku ni yg tarik.ishh,gila sungguh cari pasal dengan aku time-time aku separuh jelmaan singa betina ni.zapp,terus dia kat sebelah aku.hmm,patut la.no wonder aku rasa hari aku malang sangat.rupanya.....

cepat sungguh dia berjalan,dia dah kat sebelah aku.dekat gila.tangan dia dah terkena tangan aku yg sedang berpayung ni.aku tunjuk muka stern.tanda tak puas hati.dia dah terkekeh-kekeh gelak.kau pe hal?aku sakit kaki ni,baik kau pegi sebelum payung ni naik atas muka kau free-free.dia buat bodoh sebodoh-bodoh makhluk.terus ditarik payung aku,konon nak buat adegan romantik payung berdua la ni.payung sini sikit.tersengih-sengih macam kerang busuk dah aku tengok.nak makan pelempang ke pagi-pagi ni?dah la tangga ni licin,kalau jatuh macam mana?aku dah separuh nak jerit.tak tahan kena layan orang saiko macam ni.belajar mana nak lempang-lempang sekarang ni?dah pandai nak lempang orang dah eh sekarang?payungkan orang sikit.meh.aku tak sempat nak cakap apa lagi,payung aku dah condong sebelah.dia dah tarik.wey gila!jangan cari pasal.dah lewat ni.dah nak dekat pukul 8 lebih dah.mass lecture skng!!so kalau mass lecture?nak jer aku tumbuk muka dia sekuat hati.biar tercabut gusi ngn gigi.aku malas nk berbasa basi dengan kuda kayu macam tu.sakit hati sebenarnya bila aku pikirkan apa yg dia dah buat sebelum-sebelum ni.g jalan dulu monyet!sbb dia tau kalau aku hangin memang dasyat,so dengan muka jahat sbb dah berjaya kenakan aku pepagi ni,dia pun blah.kami berpecah.tuhan yg tau betapa leganya aku once dia dah berambus dari pandangan aku.aku bukan anti dia,tapi sbb perangai dia buat aku nak muntah kalau dia cuba buat-buat baik dengan aku even dgn orang lain sekalipun.aku mmg dah setkan dalam kepala yg aku tak suka dia.nasib lah kau nyah!

isnin yg malang~

kau tahu tak aku rasa hari isnin aku yg baru beberapa minit berlalu ni jd hampeh sbb aku terjumpa kau dan bercakap dengan kau monyet.kalau kau tahu betapa malangnya hari aku sbb kau,msti kau tak berani nak kuar bilik tunjuk muka.aku tak mintak banyak kat kau.aku jz harap kau jgn la spoilkan hari-hari mendatang aku dengan lawak yg kau rasa boleh menang maharaja lawak mega tu.actually aku nak cakap,makin kau buat perangai kau yg aku rasa down syndrome tu makin menyampah orang-orang sekeliling especially aku.

hurm,macam ni agaknya kalau lelaki yg kurang kasih sayang.hidup nak serabutkan orang-orang sekeliling jer keje.stop buat muka comel kau tu sbb tak comel mana pun walaupun ada la cikit comel* pun boley.aku nak jer ketuk kepala kau dengan payung polkadot aku next time kalau kau berani tunjuk muka kau depan aku.kalau kau nak tunjuk jugak muka kau tu boleh,but make sure dengan jarak 10000 meter dari aku.ada faham??

monyet!aku jumpa kau lagi mmg aku ketuk kau dengan pasu bunga ipba.

p/s:~sakit hati tak sama dengan sakit hati.okbai!













thanks for visiting my site