31/05/2012

Sehebat PERANCANG


:,)











p/s:~Engkaulah sehebat PERANCANG
thanks for visiting my site

20/05/2012

Gila Facebook


nate berok!!s***..haish,rasa nak sepak orang jer pepagi ni.time-time ni laa nak cari pasal.mengong tahap lembu bogel tengah jalan sambil mengunyah rumput dengan rasa tak bersalah. *haih,syok pulak sumpah seranah pepagi ni*

aku jadi cm pelik dengan manusia yg terlalu taksub dengan facebook sampai everything nak letak dalam tu.pepagi buta dah mesej suruh update data tu data ni kat group fb.what the hell??berapa juta kali langsung nak suruh buat benda yg sama??asal aku balik rumah jer,ada la tu.ni kira nasib baik laa mak bapak aku kaya boleh beli laptop letak satu kat rumah,ni kalau tak nak suruh aku berkejar pegi cc then cakap kak akak cc tu "akak tolong reservekan tempat ni untuk saya sbb saya akan datang sini every 2 hours untuk update maklumat pelajar"~yela kan,keje aku memang untuk menghadap facebook 24 jam!sakit betol laa korang.aku malas gila nak online fb time balik rumah macam ni,sbb dah nekad tak nak bukak fb sampai aku balik k maktab semula.aku sanggup tinggalkan cik compaq kesayangan kat sana dengan harapan hidup aku tak akan terganggu dengan kewujudan fb.tapi tengok laa apa yang dah jadi??pegi mati laa dengan semua idea berteknologi moden korang tu.tunggu aku balik esok lusa aku buat.sekian terima kasih!



jangan kacau nate berok nak fb!!!


p/s:~dah nak sangat kan group bagai then paksa-paksa suruh update bagai kat situ.aku nak buat group KAMI PELAJAR IPBA BENCI VAMPIRE~tolong update segala maklumat pasal vampire every 2 minutes~ahakss!
thanks for visiting my site

19/05/2012

Habis highlighter tuu!!


beli 10 batang pun tak cukup (^^)*V


3 paper lagi untuk di gomo.chaiyok!!chaiyok!!Teaching Reading and Vocabulary,Songs and Poetry For Young Learners and last but not least Pend.Sivik dan Kewarganegaraan.eumm,lmbat sangat laa kan bila nak last2 paper ni.

cer tengok pic yg kat atas tu,rasa macam nak ronyok tak buku yg dah di*highlight menjadi ikan kembung yang disalut kunyit yang tunggu masa untuk dicampak dalam kuali panas untuk digoreng?kehkehkeh.jangan nak tipu laa kalau tak rasa cuak nak exam sampai abis satu buku kau highlight kan nyah!keje-keje bingai ni selalu jer kot aku buat and aku beat orang lain pun akan buat jgk bila dah rasa everything dalam buku tu semua PENTIM!!bukan penting ok~

buku yg selalu dahagakan highlighter aku dulu konfem-konfem buku rujukan SEJARAH.mmg bersejarah laa buku tu sampai aku boleh ceritakan kat anak cucu aku nanti,macam ni laa mama yg gorgeous @ nenek yg hot (tak nak kalah*) belajar.tapi mmg legend laa belajar macam ni.mudah each word terserap masuk otak (fahaman bingai aku)*.hahaha.ckgu selalu tanya macam mana aku belajar sejarah sampai all d time konfem A dalam tangan (tak nak kalah lagi tu*),aku jz tunjuk buku sejarah yg jadi peneman aku time tido mahupun berjaga.amek kau nyah!terbeliak mata.next time,sila minta tips dari orang lain.not from me ok cikgu!!(*tolong contoh pelajar paling cemerlang dalam dunia ni*pliz..pliz..plizzzz*)~kalau orang lain cakap diorang belajar separuh mati nak hafal-hafal,aku bukan jenis saiko nak buat benda gila macam tu except aku kalerkan semua page dalam buku~hihihi..mana lagi ideal belajar cara saiko macam tu or belajar cara nak bankrupkan mak bapak macam aku??tepuk dada tengok kocek,cukup tak duit nak beli highlighter manyak-manyak!!gelak guling2 10 kali non stop :P

ok,back to business.jom sambung study!!

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMUA~

p/s:~rasa megah giler exam dalam gym yg beralaskan red carpet walaupun rasa peluh menitik tik..tik..tik.. ( panas hoii dalam tu )! splendid~magnificient~superb~grand~





thanks for visiting my site

18/05/2012

Happy Belated and Advance Day


happy belated mother's day to my lovely mum and my mum-in-law,happy belated teacher's day to my sweet honey boney,my papa-in-law and also myself.*even lambat lagi nak jadi cikgu,tapi never mind nak jugak tumpang sekaki* kehkehkeh :)

happy advance final day to great red warriors and sime darby.esok final boh!main comel-comel.insyaAllah,kalau ada rezeki next-next time nak jgak g stdium.

to my hardcorefanatictheredmaniafan,take care b!next time nak ikot jugak kot mana pun. (^_^)*V


kemah molek my sweet honey boney !! :)






p/s:~GOMO KELATE GOMO!!nak jersi ngn headband tu jgk!!!nak!!nak!!*sambil hentak-hentak kaki* :D


thanks for visiting my site

15/05/2012

Bubble


bubble & omey :,(

yes.hari ni aku menangis!aku berjaya!!setelah berminggu-minggu simpan segala bekalan air mata dan berjanji hanya akan keluarkan jika benar-benar perlu.yup today i'm breaking my promise again!untuk hilangkan rasa sedih buat seketika, pepagi aku dah text en.sangkunang ajak lunch sekali n melantak eskrem.nasib baik dia sanggup temankan.

actually aku sedih bukan sbb homesick..tapi sbb rasa kehilangan.terasa satu kehilangan yang sangat dahsyat!seriously."BUBBLE HILANG".sugarglider kepunyaan rumate yg selalu teman aku time aku perlukan teman untuk stay up (study) hilang.semalam dia hilang lepas rumate bawak kuar beriadah.sepi bilik.sunyi.selalu kalau aku tinggal sorang-sorang msti dia akan bunyi,so that dia bagi tahu aku yg aku tak perlu sedih sbb dia ngn OMEY (his partner) ada untuk teman aku.baru semalam aku main-main dengan dia. jenguk-jenguk dia dari luar sangkar. terlentang sakan tidur lepas makan.actually bubble tak ada laa aktif sangat kalau bukan masa dia untuk beraktif.kalau time aku tutup lampu pukul 2-3 pagi barulah dengar gedegung gedegang dia berjoget dalam sangkar.tulah time aktif dia.mula-mula aku rasa macam susah jgk nak tidur sbb tak biasa dengan bunyi-bunyi bising, tapi sekarang lain.tak boleh nak tidur kalau tak dengar bunyi langgar-langgar sangkar dari si gemuk bubble ni.actually, we called them as 'anak-anak'. sweet kan??sepi sangat bilik once bila lampu dah ditutup in the middle of midnight.kosong.tak dengar lagi si bubble ni buat bising. :( kehilangan yg aku sangat tak expect!aku sangat-sangat sedih. macam mana lah rasa tuan punya badan yg hilang pet kesayangan. i can't imagine it!msti lagi meroyan dari aku. :(


main intai-intai dari sangkar

si gemuk bubble ni ada sejarah dengan aku.sampai sekarang kesan cakaran dia masih segar terpahat di peha aku.kenangan yg buat aku menitis air mata bila aku terpandang kesan ni. lately, sebelum dia hilang. aku perasan macam dia tengah menungkan something.aku study tak jauh dari sangkar dia so mmg perasan dia akan melekap pada dinding sangkar then statik untuk satu jangkamasa yg lama. muka dia betol-betol serius. kalau manusia,mmg berkerut-kerut dahi.dia macam tahu seolah-olah dia akan tinggalkan kami. :(

eventhough aku tak berani sangat nak pegang bubble ni macam mama dia selalu buat, at least aku mst usap-usap kepala ,badan n gulung-gulungkan ekor dia yang super lembut tu.tu jer lah aku mampu buat.kuku dia tajam ya amat.tu belum tengok gigi parang dia lagi.lagi lah takut kalau aku bagi dia panjat-panjat badan aku.even bubble ni pernah super agressive dulu, tapi lepas hazel hilang dia terus jadi baik.seriously,karakter dia macam manusia.bila aku cerita masalah aku kat dia. mesti dia akan tengok muka aku lama-lama.cuba untuk paham apa yg aku cerita.tapi sayang,dia tak boleh nak bagi respond. :(

bubble,even kau dah pergi untuk cari kebebasan kau sendiri. aku harap aku akan jumpa kau lagi n sangat-sangat harap kau balik bawak hazel dgn anak-anak yg comel.  


omey


p/s:~peritnya sebuah kehilangan


thanks for visiting my site

07/05/2012

Study Week *Hell~


'writer' tuuu :p 





 *pura-pura hepi walau kena halau dari hostel* :)


thanks for visiting my site

05/05/2012

DIA YANG MENGETAHUI


Allahuakbar :(


bukan mudah menyakinkan hati dan menetapkan keputusan di saat kita di persimpangan.kita mungkin terasa diri kita telah berusaha sedaya upaya menangkis segala godaan dan halangan yang datang secara mengejut tanpa sebarang amaran namun,setara mana persiapan untuk diri menjadi pasrah dengan apa yang telah diputuskan tanpa menjenguk walau sekilas ke belakang.bila mana keputusan telah dibuat,tiada lagi jalan untuk kita berpaling ke belakang.berundur sama ertinya kita sengaja membiarkan diri menjadi lemah dan tidak kuat untuk menanggung sebarang risiko.ketakutan berdepan hari esok dan hari-hari seterusnya membakar satu persatu kekuatan diri secara senyap ibarat api yang sedang marak membakar di dalam ribuan sekam yang terkumpul.lemahkah aku dalam menerima ujian sebesar ini?atau hanya aku yang berseorangan mempertahankannya?aku bukanlah sekuat atau segagah yang disangka.kadang kala aku tewas juga.aku sendiri tidak mampu untuk berdiri di saat kekuatan dan kudrat yang tersisa hilang entah ke mana.perlukah aku terus meratap mengenangkan nasib atau menyalahkan takdir atas segala yang telah tertulis?hinanya diri andai takdir dipermainkan dan ketentuaan dariNya dipersoalkan.Dia Maha Tahu.

walau sekuat mana kita berusaha,andai Dia telah menetapkan bahawa di sini sahaja jalannya,tiada apa yang mampu merubahnya.begitu juga sebaliknya.aku menerima ini sebagai satu ujian walaupun aku tidak pernah menduganya.memang benar,apa-apa yang kita harapkan tak semua yang akan kita dapat.jalan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik itu terlalu berliku dan beronak hingga kita merasa tak mampu untuk teruskan perjalanan mencarinya kerana kita telah serik untuk dilukai lagi.menerima segala keputusan atas pilihan sendiri memerlukan persiapan yang secukupnya andai apa-apa yang berlaku kelak jauh tersasar dari apa yang kita harapkan.bila mana kita merasa tak kuat untuk bangkit menepisnya sedarlah bahawa Allah sentiasa ada bersama.berdoa dan terus berdoa kerana tiada yang lebih hebat melainkan kuasa dariNya.memang benar,kita sekadar merancang tapi Allah menentukan.tapi andai  tiada usaha yang mengiringi dan kita sekadar berserah,kita akan kecewa.Allah tak melihat sejauh mana kita pasrah dan meratap nasib semata-mata tapi Dia turut melihat sejauh mana kita berusaha untuk merubah yang buruk menjadi yang terbaik.tiada manusia yang boleh menilik masa depan.andai benar sudah pasti tarikh kematian turut diketahui dan hanya yang kelihatan cuma mereka-mereka yang menghitung detik-detik terakhir di atas tikar sejadah.


kalau suatu saat aku tak mampu untuk teruskan perjalanan ini dan mempertahankan apa yang aku miliki detik ini,maafkan aku. 


 
                                                                               

p/s:~kerna bukan niatku untuk melakukannya



thanks for visiting my site