23/06/2012

Hari Minggu


Cuti hujung minggu yang membosankan datang lagi. tersangat bosan. dari semalam lagi dok sibuk pikir nak buat apa. orang-orang yang dalam rumah ni kebanyakkan dah lama balik ke 'sarang' masing-masing. tinggal berapa kerat lagi yang tercongok dalam rumah. sayang nak tinggal ipba kot. yelaa sangat kan. bukan tak nak balik ok! tapi tak ada rezeki.

Perkara yang terlintas dalam pikiran, tak lain tak bukan hanyalah tido sepanjang 2 hari. macam beruang yang berhibernasi tu. tapi macam selalu la kan, tido banyak-banyak mesti pening, mata bengkak, badan jadi lesu. seriously, letih macam kerja kontrak. what to do??no choice.

Semalam, budak-budak 1.3 bertungkus lumus buat bookmark untuk lecturer sempena assembly next week. at least adanya diorang ni kurang sikit la rasa bosan. ada orang yang boleh diajak berborak. actually, aku kesian kat diorang sbb kena buat kerja tiga empat kali. yela kan, dah buat bookmark yang belambak time cuti, kena buat lagi sekali untuk pensyarah. benda yang aku suka pasal diorang, diorang ni jenis tak banyak bunyi even aku tau yang diorang ada banyak benda yang tak puas hati. aku senang kawan dengan orang-orang jenis ni. tapi, mesti ada yang cakap buat bookmark ni macam makan kacang sebab senang. tapi tu semua muhung belaka. kalau buat sendiri, baru tau betapa rumitnya even nak siapkan satu! SATU!! aku sekadar membantu apa yang patot. tak sampai hati tengok orang lain terkontang kanting buat kerja sedangkan kita duduk sambil goyang kaki.

Aku tak paham kadang-kadang dengan manusia yang 'jual ikan' dan tak pernah nak 'consider' orang lain. ikot kepala sendiri. boley hidup untuk menyusahkan orang lain. sebab tak nak bising-bising, macam ni la jadinya. diperlakukan sesuka hati. aku just nak cakap satu ja. SATU!! orang yang suka buat jahat dan aniaya orang lain ni tak kan selamat hidup sebab orang lain mendoakan kebinasaan dia. so, cepat atau lambat pembalasan tuhan tetap ada. jangan nak hebat sangat dengan apa yang ada sekarang. tuhan boleh ambik bila-bila.

Aku jugak rasa aku di pihak yang teraniaya. aku bukan jenis mudah nak maafkan orang lain. bergantung pada kesalahan yang dia dah buat pada aku. aku nak cakap yang aku tak kan maafkan atas apa yang orang dah buat pada aku. aku expect orang tu baik sangat sampai aku tak pernah nak berkira satu benda. tapi bila dah start tikam aku dari belakang, kawan sebantal boleh bertukar jadi musuh yang paling ketat. jangan salahkan aku kalau aku dah tak respect sbagai seorang kawan. betol apa yang mak aku selalu cakap, orang yang diam ni bahaya! kita tak tahu apa yang ada dalam hati dan pemikiran dia. yes, it's true. buktinya?? dah ada depan mata. aku menyesal sebab kenal manusia macam ni. ibarat orang tua-tua cakap, bagai melepaskan anjing yang tersepit. kita dah buat kebaikan pada dia, akhirnya kita yang digigit.

Hahaha. cukup dulu setakat ni, dari cerita weekend yang bosan macam nak gila sampai ke anjing jadi mangsa. selamat tido penduduk IPBA.

p/s:~ jom tido!! :p
thanks for visiting my site

22/06/2012

Membantu Bukan Merumitkan


terasa nak macam nak menangis bila diperlakukan sesuka hati oleh manusia yg ada kuasa.bukan pernah nak membantu,tapi lagi suka nak mengarah.dengan kata lain, tak membantu tapi merumitkan dan mengeruhkan keadaan. itu ini semua tak kena. bila dah ada kuasa yang diamanahkan tu just jalankan ikut suka hati tanpa pikir anak-anak buah di bawah. tak perlu la nak expect orang lain seluruhnya untuk tahu apa benda yang kena buat kalau orang-orang terdekat saja yang terima arahan. bila benda dah jadi last minit, baru masing-masing nak salahkan diri. ketua yang di atas tak kan nak tengok anak buah yang di bawah bertelagah??bercakaran sesama sendiri. penat sangat dah. penat. kalau pemimpin tak mampu nak jadi adil, memang susah segala benda nak bergerak. yang lagi sakit hati bila kroni-kroni sahaja yang terima faedah sedangkan hakikatnya orang lain yang bertungkus lumus. kuasa yang ada bukan nak tunjukkan diri kita ni hebat dan megah. sampai bila nak tunjuk hebat dengan kuasa? masuk kubur pun tak boleh nak masuk sendiri. ada juga yang tolong tanamkan.bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ketua kalau diri tak mampu nak jadi adil.


:(

p/s:~ tolonglah membantu,bukan luak pun tenaga tu. jangan merumitkan sebab makin rumit sesuatu kerja makin lambat nak selesai. :(
thanks for visiting my site

13/06/2012

Does She Really Exist??


:)


p/s:~ ohhh man,it would be nice to have a *crazy* girl like that..am I the one??hihihi (^^)*V
thanks for visiting my site

12/06/2012

Apa Erti Bahagia Pada Anda??


 (^^)*

Ketika kehidupan memberi kita seribu tekanan untuk menangis,tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tetap tersenyum dan menikmati setiap detik waktu untuk mengakhiri kelelahan dengan keikhlasan dan kesabaran.

Kerana indahnya hidup bukan diukur pada SEBERAPA BANYAK ORANG  MENGENALI KITA atau SEBERAPA BANYAK HARTA YANG KITA MILIKI...

Tetapi seberapa banyak ORANG BAHAGIA mengenali kita.













p/s:~ Hakikatnya bahagia tu adalah ketenangan,bila hati mengingati tuhan :)

thanks for visiting my site

Ketabahanmu Ku Sanjung Tinggi



semoga Allah merahmati hidupmu ♥


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu





Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran





Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahagia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti





Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…


Ummi, Mama, Ibu, Mak..apa pun gelaran untukmu kau tetap ratu di hatiku ♥





p/s:~Meskipun beribu keperitan telah kau lalui,namun tiada tandingan ketabahanmu
thanks for visiting my site

Bila Lelaki Yang Tak Baik Untuk Perempuan Yang Baik


Entri yang agak panjang*sekadar berkongsi sebuah kisah benar*


 


Lelaki mungkin fitrah mereka sukakan benda yang cantik dan indah dipandang. Andai mungkin tiada wanita yang 'cantik' di mata mereka,barangkali menderita la si wanita yang kurang cantik di ceruk-ceruk dapur menerima cacian dan makian orang kampung sebab tak kahwin-kahwin bila umur dah lebih 30 an.

Intro tak ada kaitan dengan topik!

Aku tak nak cakap benda ni actually.Tapi makin lama aku tak tahan tengok gelagat si lelaki yang tak tahu dek untung dan tak sedar diri. Aku ingat nak jer pegi k mydin belikan cermin besar bapak, suruh dia suluh muka dia either cukup kacak or tak. Kalau cermin sebesar bapak tu tak mampu nak sedarkan  yang dia tu tak la kacak mana pun atau bahasa pasarnya tak hensem tapi bajet hensem, aku boleh bawak dia pegi jumpa anak sedara sepupu aku untuk sahkan dia tu hensem or tak. Tahu sebab apa? Sebab,budak-budak kecik tak pandai nak menipu. Apa keluar dari mulut mereka tu la HAKIKAT. Hakikat yang mungkin aku selalu dengar dari mulut dia," ala,konon nak kata dia macho sangat la tu padahal muka cam taik lembu." Ok,fine. Better aku lupakan cadangan kedua aku tu, sebab tak nak si lelaki ni sentap sampai kena heart attack.

Aku still ingat lagi, time aku foundation 2009. Si lelaki ni hanya berbekalkan beberapa butir air liur dengan muka yang bajet-bajet hensem dan belagak macam famous amous, dia test market kat sorang budak batch aku. Yup, kami naif sangat time tu. Bodoh dan terlalu lurus hinggakan bendul marah sebab kami lagi lurus dari dia. Minggu 'mengawan' bermula. Fine, minggu mengawan tu tak perlu aku elaborate macam mana. Kalau nak tahu tunggu time kucing nak mengawan. Sila ikot ke mana kucing jantan pergi. Back to dis guy. Dulu aku tak ada lah tak suka sangat sebab aku just kenal dia for the sake of dia antara fesi yang selalu tunjuk muka kat group LDK aku. Yes, sebab most of the girl dalam group aku comel-comel belaka kecuali *nur shuhada. Lantak la time tu aku tak ambik port sangat sbb dah rasa macam hell for 1 week. Aku just pikir diri aku yang kerdil ni. Tak dapat nak imagine life aku for five and half years.




Finally, minggu mengawan dan 'suffer' telah tamat dengan jayanya. Dan kejayaan terbesar dalam minggu tersebut, guy ni mengikat ikatan dengan budak batch aku yg aku story dari awal tadi. Tak tahu sajak A. Samad Said or Usman Awang yang dia guna sampaikan dia telah berjaya menawan hati si perempuan tadi.
 
Aku tak kenal sangat perempuan tu actually even satu batch pun sebab dia kos lain sampailah satu hari kawan aku pun tunjuk si perempuan ni kat aku time kami selisih sebelah dia. First impression aku, perempuan ni baik. Sopan and ayu. Manis bila senyum. Maybe sebab tu la dis guy sungguh-sungguh mengayat dia. Barangkali sebab malas nak dengar sajak-sajak yang 270 kali diulang-ulang sejak dari zaman sekolah, sebab tu la si perempuan ni terima. Tahniah anda! Time tu satu jer dalam hati aku. Aku harap dis guy tak memainkan perempuan ni. Aku suka perempuan ni. Eh, aku bukan songsang tau! Tapi sebab perwatakan dia sangat menyejukkan mata sesiapa pun yang memandang.

Penyakit dalam hati aku masih macam dulu. Kot mana pun aku tetap tak suka lelaki tu. Ya, aku admit yang dia tak pernah buat jahat walau sekelumit dengan aku. Rasa bodoh sebab tak suka orang lain tanpa reason. Lantaklah kan, aku nak suka or tak pun bukannya aku tunjuk. Aku lagi prefer simpan dalam hati. Aku still rasa lelaki ni hmmm. One day, aku dengar cerita yang si lelaki dah pergi jumpa family si perempuan tadi. Time tu aku rasa, aku manusia paling jahat atas Malaya sebab semua bad things about dis guy totally wrong. Fine, aku silap time tu! Silap besar sebab judge orang ikot mata bukan mata hati. Dia dah berjaya membuktikan bukan sahaja pada aku tapi pada dunia barangkali yang dia lelaki yang sangat bertanggungjawab dan 'gentleman' sebab pegi jumpa mak ayah perempuan mintak restu. Pada satu sudut yang lain, penyakit aku masih ada. Aku tak suka jugak lelaki ni even image jahat dia dah makin menggabur dari pandangan aku. Cerita mereka yang manis tu meniti dari bibir ke bibir. Aku jeles time tu! Sumpah!! Aku selalu nampak foto-foto si lelaki di facebook bersama keluarga perempuan. Aku dah terbayang yang diorang akan tunang tak pun kahwin dalam masa yang singkat.



Tapi, itu cerita 2,3 purnama dan tahun yang lalu. Aku tahu status diorang. Diorang masih bersama. Tu pun melalui roomate aku. Dia baik dengan si perempuan ni. Mungkin kawan kepada kawan diorang barangkali. Back to dis guy. Last year image jahat lelaki tadi muncul semula. Tak silap telahan aku. Dia seperti yang aku fikirkan. Aku selalu nampak dia 'menggatal' di status-status awek cantik di facebook. Dia bukan sahaja menggatal di dunia maya tapi di dunia realiti juga. Banyak cerita dia aku dengar dengan awek-awek cantik yang lain. Itu pun dari roomate aku jugak. Aku tak suka cara lelaki ni sampailah aku buat keputusan untuk remove dia terus dari friendlist fb aku. Aku tak sanggup tengok ayat-ayat dia. Aku yang tak ada kaitan dengan dia terasa macam nak menangis baca komen-komen tu, tak tahu lah macam mana perempuan tadi rasa. Aku tak kisah kalau dia nak komen apa benda sekalipun kat fb tu, tu hak dia. Tapi pandai-pandailah pikir. Ada hati lain yang kena jaga. Even aku admit yang aku pun selalu jugak mengomen di status-status lelaki tapi at the same time aku selalu ingatkan diri aku yang ada hati someone yang perlu dijaga and ada limit nak bergurau senda. Kalau dia rasa sakit or cemburu dengan apa yang aku buat, benda yang juga aku akan rasa.

Sebelum balik cuti hari tu, aku berani bertanyakan perihal lelaki tadi dengan perempuan tadi pada roomate. Rupanya seperti diduga, selama ni hati perempuan tadi banyak terluka dan terhiris dengan perlakuan lelaki tadi. Tapi sebab tak nak kecoh-kecoh, dipendamkan sahaja rasa sakit yang tak tertanggung. Sampaikan setiap malam aku dengar, perempuan tadi menangis, mengadukan perihal mereka pada si kawan baik perempuan tadi. Oh, lelaki. mudah benar kau permainkan hati perempuan. Tak ingatkah kau saat kau menyusun ayat time nak tackle dia dulu. Dah dapat yang baik pun kau persiakan. Satu sudut, aku rasa lelaki ni cukup 'hebat' sampaikan dia tak pikir saat dia bertandang ke rumah keluarga perempuan minta restu.




Perempuan tadi banyak makan hati. Aku dah agak benda ni. Hati perempuan mana tak sakit tengok orang yang kita sayang menggatal di facebook, hangout bersuka ria dengan perempuan lain even kalau lelaki tadi bawak perempuan tadi pegi mana-mana event pun kawan-kawan dia jugak yang diberi perhatian. Perempuan ni rasa disisihkan. Sampaikan roomate aku cakap, si perempuan tadi rasa macam boneka yang diusung untuk dipamerkan pada kawan-kawan si lelaki dan dats it.Susah kalau jenis tak sedar yang diri tu bukan single lagi. Kalau nak hidup macam tu, better jangan ikat perempuan dengan sebarang relationship. Di pihak perempuan bersusah payah pertahankan kesetiaan tapi di pihak lelaki menghancurkan sebuah kepercayaan yang telah diberi. Kalau dah rasa nak having fun dengan kawan-kawan semata-mata better jangan diajak sekali. Lelaki, bukan semua yang perempuan perlu bagitahu. Pandai-pandai lah fikir. Bila dah jumpa mak ayah tu tolong lah serius, fikirkan masa depan. Bukan masa untuk bersuka-suka atau nak test either serasi or tak then tinggalkan macam tu jer. 



Aku rasa kesal dengan apa yang jadi pada perempuan tu. Dia cukup tabah dengan si lelaki tadi. Aku tersangat simpati dengan nasib dia. But what to do?? Aku tak tahu apa yang lelaki ni nak dalam hidup dia sebenarnya. Hurm. Aku just mampu perhatikan apa yang jadi dari jauh. Tapi satu aku nak cakap. Aku respect perempuan ni sebab walau apa pun lelaki tadi dah buat,dia masih mampu pertahankan hubungan diorang sampai mencecah lebih 2 tahun. Kalau selama lebih 2 tahun hati dia terasa merintih, aku pasti hati perempuan lain pun macam tu jugak termasuk aku. Kalau orang lain yang ikot emosi, memang nekad dah lama tinggalkan lelaki tadi. Personally, perempuan tadi tak layak untuk lelaki macam tu. She deserves the best love from someone who really knows the meaning of true love. Aku mampu berharap semoga lelaki tadi berubah. Sebab perempuan tadi dah cukup baik. Sayang kalau tak pandai menilai mana kaca mana permata. Aku harap sesangat yang lelaki tadi tak hancurkan kepercayaan keluarga perempuan tadi. Kalau sanggup datang rumah, mesti sanggup menjaga. Fikirkanlah baik-baik. Jangan mencari yang lebih baik bila dah dapat yang terbaik. Jangan menyesal di kemudian hari sebab sesalan tu tak mungkin dapat mencantumkan kembali sekeping hati yang telah hancur berkecai. Semoga cerita ni menjadi iktibar buat aku dan orang lain.




p/s:~ Mempertahankan sebuah hubungan lagi susah dari memulakannya.
thanks for visiting my site

10/06/2012

The Other Half of Me


We've been through a lot
Together, you and me,
But that confirms it even more
That we are meant to be.


Our love wouldn't be complete
If challenges didn't arise.
We know our love can last
And bounce back from our past.


You've always been there for me
Through thick and through thin.
I know if you're on my side
I will always win.


You complete me
In every single way.
Sometimes you finish things
I'm trying to say.


You are my other half.
The true love of my life.
I hope one of these days
For you to be my husband, and I your wife.



♥ ^^) 




p/s:~ At this point of time, I am nervously counting my days before the big day comes..InsyaAllah ♥

thanks for visiting my site

09/06/2012

Allah Is The Best Of Planners


Whichnever hurdle you're faced with, the tears, the number of setbacks and failures you reach,



 always remember that they may seem random or unfair to you, but they have been perfectly calculated by Allah (SWT) 


(T_T)
 









p/s:~There should be no doubt that everything that happens has been set up by Allah..HAVE FAITH AND BE STRONG :,)
thanks for visiting my site

08/06/2012

Only Girls Can Understand This


peroid pain really make us suffer :(




p/s:~in malay,we call it 'sengugut'
thanks for visiting my site

03/06/2012

We must go


From those around I hear a cry.a muffled sob,a hopeless sigh.I hear their footsteps leaving slow and then i know my soul must fly. A chilly wind begins to blow,within my soul from head to toe and then last breath escapes my lips.It's time to leave and I must go. So it is true but it's too late. They said each soul has its given date. When it must leave it's body's core and meet with it's eternal fate. Mark the words that I do say,who knows tomorrow could be your day,at last it comes to heaven or hell. Decide which now do not delay. Come on my brothers lets pray,decide which now do not delay.do not delay! I cannot see,my eyes are blind. Am I still me??or has my soul been led astray??and forced to pay a priceless fee. Alas to dust we all return,some shall rejoice while others burned,if only I knew, I knew that before. The line grew short and came my turn. And now as beneath the sod,they lay me with my record flawed. They cry not knowing I cry worse for they go home I face my God.



:(

thanks for visiting my site