29/08/2012

Berkorban Apa Sahaja




Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia



tumpah airmata bila terbaca kisah tentang pengorbanan seorang suami
yang sanggup bersusah payah menjaga isteri yang terlantar sakit
tanpa pernah merungut walau sedikit.


hari ini sukar untuk kita bertemu dengan lelaki seperti itu,
pengorbanan bukan dibuat atas dasar terpaksa
tapi
semuanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati
dan sayang yang tak pernah berkurang buat si isteri
meskipun tiada kudrat untuk si isteri menguruskan diri sendiri
apatah lagi untuk menjaga makan pakai suami

besar sungguh pengorbanan itu
dan terlalu sukar untuk dibalas

=(

aku sedar kini
kalau aku pikir aku banyak lakukan pengorbanan
yang sebesar kuman itu
takkan mampu tandingi pengorbanan orang lain
yang dah berkorban lagi besar dari aku
setakat mana nak cakap kita dah lakukan pengorbanan 
kalau kita sendiri selalu mencanang apa yang telah kita korbankan

masing-masing orang lakukan pengorbanan berbeza antara satu dengan yang lain
ada yang berkorban duit ringgit
ada yang berkorban masa
dan ada pula yang berkorban tenaga.
apa pun pengorbanan yang dah dibuat andai tanpa keikhlasan
itu bukan namanya pengorbanan
tapi kerja yang sia-sia.
jika niat kita hanya inginkan orang lain
memuji dan sanjung diri kita
baik lupakan saja.
jika kita bercita-cita nak nampak
'mulia'
pada pandangan manusia
itu bukan caranya.


sungguh buat si suami 
hanya syurga yang
selayaknya untuk anda.
meskipun si isteri tak mampu nak ucap terima kasih
namun jauh di sudut hatinya
anda adalah insan yang mulia
di matanya.
='(
~~~~~~~ ♥  ♥  ♥ ~~~~~~







Edisi Suami Mithali : Kain sutera untuk isteri






SEREMBAN – “Jika tahun lalu saya menyambut Aidilfitri dengan linangan air mata, tapi kali ini saya akan menjadikan sambutan hari raya saya dan isteri sebagai yang paling meriah dalam kehidupan kami berdua,” kata Abil Fikri Ahmad, 44.

Abil berkata, Jun tahun lalu sememangnya amat menguji dirinya apabila isterinya, Fauziah Muhamad, 38, yang dikahwini
sejak tiga tahun lalu disahkan lumpuh, selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi selepas diserang penyakit asma.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk menenangkan diri kerana sukar menerima kenyataan itu.

“Saya memang cukup tertekan ketika itu dan sambutan Ramadan dan Syawal tahun lalu saya raikan dengan rasa tertekan dan sedih.

“Tapi tempoh saya bersedih dan menangis sudah berlalu kerana dalam fikiran saya sekarang hanya mahu pastikan segala keperluan Fauziah disediakan secukupnya dan sempurna sekalipun dia kini hanya mampu terlantar di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Puteh, Rasah, dekat sini.

Oleh kerana nasib menimpa isterinya, Abil mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa dengan sebaik mungkin kerana percaya inilah ujian anugerah daripada ALLAH yang menguji keagungan cintanya kepada isteri.

Kembali tabah, bersemangat

Menurut Abil, setelah setahun berlalu, dia kini tabah dan semakin bersemangat untuk menjaga isterinya dan berharap keajaiban akan muncul suatu hari nanti.

“Saya rindukan isteri yang dulu sebagai tempat bermanja, penghibur dan peneman hidup saya dari kesunyian tetapi kini dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap lagi.

“Setiap hari celik sahaja mata, saya akan perhatikan Fauziah dengan harapan dia akan sembuh, tapi saya percaya semuanya ketentuan ALLAH,” katanya.

Ketika ini, Abil hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta bantuan ahli keluarga selain pernah menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Baitulmal.

“Bantuan yang diterima saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan isteri yang mencecah RM2,500 sebulan termasuk beberapa keperluan harian lain seperti bil elektrik dan air.

“Bagi mengurangkan beban tanggungan kos sara hidup dan ansuran pinjaman rumah, saya terpaksa menjual rumah baru dibeli di Kuala Lumpur.

Sutera kesukaan Fauziah

Sementara itu, untuk persia-pan Syawal kali ini, katanya, dia telah membelikan tiga helai kain sutera dan dua selendang untuk Fauziah.

Kata Abil, semasa sihatnya sememangnya setiap kali Syawal pilihan baju raya isterinya ialah baju kurung kain sutera.

“Kalau dulu saya tidak tahu pun jenis kain sutera ini kerana biasanya dia akan pilih sendiri dan saya hanya memberi pandangan sama ada pilihannya cantik atau tidak.

“Tapi sekarang saya perlu ambil tahu kerana ia kesukaan Fauziah dan kain tersebut saya akan pakaikannya ketika Syawal tahun ini,” katanya yang gembira menyambut Syawal bersama Fauziah,

Malah, katanya, bukan sahaja rumah dihias cantik, malah bilik isterinya juga dikemas rapi.

Abil berkata, walaupun isterinya tidak mampu bergerak, namun daripada sinar matanya seakan-akan memahami pengorbanan suami yang sanggup bersama ketika susah mahupun senang.

“Nikmat dunianya telah hilang. Jadi, saya sebagai suami akan pastikan dia dijaga paling terbaik. Tipu kalau saya kata tidak susah menjaga orang sakit, tapi bagi saya ini adalah amanah ALLAH.

“Ini Syawal kali kedua Fauziah terlantar, besar harapan dan doa saya agar Syawal tahun depan ada sinar baru buat kami berdua,” katanya.

Paling menarik setiap hari Abil akan mengambil masa mengemas kini laman blog yang mula dibuatnya sejak awal tahun lalu dengan harapan jika Fauziah pulih, dia sendiri akan membaca bagaimana kesusahan dan ketabahan seorang suami menjaga isterinya.

SACRIFICE  IS GIVING UP SOMETHING GOOD FOR SOMETHING BETTER
p/s:~untuk mama dan awk ♥  jugak yg dah banyak berkorban..semoga syurga menjadi tempat kalian di akhirat kelak ♥  terima kasih..terima kasih..terima kasih

thanks for visiting my site

I'm tired of being nice


:')


I get fed up with being too nice, at times. People tends to take it for granted when I’m nice. Then, when I do something that seems like it’s something I wouldn’t do or if I said “no” to whatever they wanted, they’ll see me as a bitch. They’ll see me as an asshole, the bad person. I’m just like, really? So, I can’t say no or just stop being nice for once? I mean, you can’t expect me to be nice all the time. It’s something I do naturally, but I do notice. I notice the people who takes advantages of me being nice. It’s frustrating. Being nice all the time just gets exhausting because people take advantage of that and in all honesty, I see these people who just uses you to get what they want or they just fuck you over. They end up just leaving you after you do something that seems “mean”. I just feel like right now, I’m tired of being nice to people. I admit, I’m a bitch sometimes only because I notice those who keeps using me or so. Then again, people just change, so you can’t expect them to be the person you imagined them to be. It’s just the way it is. Sometimes, being nice isn’t always the answer to everything. It’s just tiring.




p/s:~i'm tired of being the good girl..
thanks for visiting my site

21/08/2012

Selamat Hari Raya


maaf zahir..batin takdak! haha ^^) V peace



p/s:~ boleh sengeh lagi,pd hal nak nangis dapat duit raya sikit~ DRAMA QUEEN :D
thanks for visiting my site

20/08/2012

Cemburu


speechless*


p/s :~ tipu lah kalau kita tak rasa cemburu bila orang yg kita sayang selalu mention pasal perempuan lain depan kita.. =.=
thanks for visiting my site

17/08/2012

Selamat Hari Lahir Untuk Dia


17 Ogos 1986 - 17 Ogos 2012


happy birthday b ♥


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Muhammad Syafiq..
Allah selamatkan kamu  ♥
`Selamat Hari Lahir`

Salam sayang yg teristimewa buat dia 'Muhammad Syafiq', genap usia yg ke 26 pada 17 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadhan 1433 Hijrah. Terima kasih buatMu, Ya Allah kerana masih memanjangkan usianya serta mengizinkannya bernafas di bumi Mu ini hingga ke saat dan detik ini. Penghargaan yg selayaknya buat bonda tersayang kerana melahirkan ke dunia tanpa bantuan doktor pakar mahupun alatan moden yg canggih. Kerana Allah Maha Berkuasa, DIA sentiasa bersama hambaNya tika senang mahupun susah. Tidak lupa juga didikan yg sempurna dari ayahanda tercinta hingga berjaya mengikut jejak langkah beliau menjadi seorang pendidik yg terbaik. Alhamdulillah. ♥

Tiada kata-kata yg mampu diucapkan melainkan doa yg tidak putus-putus buatnya semoga dengan bertambah usia ini, maka bertambah jualah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Harapan cuma satu, semoga Allah melapangkan segala urusan hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Lindungilah dia dari segala kejahatan dan fitnah manusia. Jauhkan dari segala malapetaka mahupun kecelakaan yg tidak disangka-sangka. Engkaulah pemelihara kami, Ya Allah.

part tacing dah abis * :)

b, maaf sebab tak ada sebarang preparation, hadiah, kek mahupun sekeping kad. kekangan masa barangkali yg menjadi punca (*alasan) hahaha. btw, dah dekat nak raya ni, so Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin atas segala kekurangan, kekhilafan yg sengaja atau tak disengajakan. Semoga b dan family berbahagia di hari lebaran nanti. ^^)*

 saeil chuka hamnida  ♥ 
saeil chuka hamnida ♥
2 words  ♥ Love You ♥



p/s :~ paling penting semoga sayang Nur Shuhada selalu dan selamanya ye  ♥
thanks for visiting my site

15/08/2012

Stop Pointing Fingers at Others


The best way to HURT a person is not

to HURT a person..


Make them feel like sh#*...

Then show them they're not sh#*....

being quite says a lot..

p/s:~counting other people's sins does not make you a saint



thanks for visiting my site

13/08/2012

I Love You


hurm :(


p/s:~ laki sokmo gitu..nak romantik ckit pun tak ley..hurm  =.=
thanks for visiting my site

12/08/2012

SBE fasa terakhir


sakit tekak. sakit tekak. ehem! eheeem! ha ni sebab makan eskrem mahal mr.s belanja laa. sebab kononnya beriya nak beratur panjang-panjang hanya untuk 1 scoop batman robin kan.punahh! ambik kau nyah 3 scoop besar bapak kau dapat, menggelupur carik air kosong sbb batman robin mula beraksi dalam tekak. sumpah! tak mau dah buat kelaku huduh macam tu. fine la 1 scoop pun dah mampu nak riak lepas ni! hahaha.

pegi sekolah hari ni. 1st day sbe untuk fasa last. anak murid yang comel-comel tanya kenapa cicer batuk-batuk? sian cicer. whatever lah cicer pun cicer la. malu nak jawab "ticer ni tekak org kmpung, makan jer eskrem baskin robin terus sakit tekak & batuk-batuk." hewhewhew. nak bercakap dengan cikgu-cikgi yg lain pun 1sttime  rasa sopan gila. jaga pertuturan kunun. padahal tekak gatal nak mam*** cm nak masuk tangan garu-garu sambil mata usha-usha pintu bilik guru takot kantoi!whatever lah.

macam org gila duk sekolah besar istana tapi tak tau nak buat apa. rasa ckgu paling loser kat sekolah. yg paling best lepak kat bilik guru laki. most of them pangkat ayah-ayah. baik sangat. shuhada tu. shuhada ni. kerap sangat nama disebut. ramai sangat nak suruh dengar tips dan nasihat. sakit leher duk pusing merata penjuru, banyak sangat mulut nak bercakap. tak tau nak dengar yg mana satu. hanya mampu angguk dan senyum. memang betol la, cikgu laki ni best sebab tak cerewet. *nasib baik cikgu psk laki,senang keje* :)

bilik guru pompuan dok kalut dengan kuih raya, baju raya, kerepek dll. lepak kejap situ. cakap itu ini then blah. tak ley masuk dengan geng cik joyah & cik tipah. lagipun tak ada urusan dengan mereka. yg best bilik guru sini, laki dengan pompuan duk asing-asing. fuhh! lega cikgu laki tak payah nak dengar gosip & ketupat geng bas sekolah eh silap geng cik joyah & cik tipah. :)

sebab bosan macam nak mam lepas masuk kelas, lepak kat library. wey, panas nak mam jgk sini. harapkan kipas ligat duk pusing tapi peluh bercerau-cerau gak. whatever la rasa nak pinjam kipas kat kedai amjal jer. rasa rimas plus nak marah sebab panas mcm dalam oven terubat dengan adanya wifi super laju gila. online pakai fon, berdesup jer. tengok video kat youtube lansung tak buffer. hebat gila! rasa excited sebab 1st time guna wifi yang super hebat. hahaha. sebab budak-budak da stat exam esok, apa lagi bawak laptop then online sampai bengkak jari. kalau jari tangan sakit boleh guna jari kaki! aassikk, seronok bangat :p

dah la ye, takot bosan lak duk merapu banyak sangat. korang yg pegi sbe tu mesti tak best kan sebab. sebab. sebab. hahaha. pikir la sendiri!

btw, sayang SKSN beri much!muahh muahh gitu..shhhhhh!cikgu library yg garang mcm singa dok jeling tu~behave. behave



p/s :~ esok nak download movie..yeeehaa :)
thanks for visiting my site

07/08/2012

Antara Kawan dan Kekasih


~~~ANTARA KAWAN DAN KEKASIH~~~

Antara kawan dan kekasih yang mana satu harus ku pilih. KAWAN pengubat kesepian, KEKASIH penyembuh kelukaan. Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus aku dahulukan, KAWAN tempat mengadu, KEKASIH tempat bermadu. Antara KAWAN dan KEKASIH keduanya tidak boleh disisihkan, KAWAN menghulurkan bantuan, KEKASIH memberiku sokongan. Antara KAWAN dan KEKASIH keduanya ku harapkan, KAWAN sekuntum senyuman, KEKASIH sepenuh perhatian... Antara KAWAN dan KEKASIH, bilakah akan aku temui KAWAN sejujur kata, KEKASIH setulus setia. Andai KAWAN itu KEKASIHKU, andai KEKASIH itu KAWANKU, akan aku hadihakan sedalam lautan, setinggi kayangan, kasih sayang yang tiada persimpangan. :')

p/s:~yg mana harus ku pilih??
thanks for visiting my site

05/08/2012

Rahmat Allah Yang Sering Dilupakan


rahmat vs musibah

 TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


p/s:~kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

#sumber :~musafir senja
thanks for visiting my site

04/08/2012

Perempuan


:')

p/s:~ kadang-kadang menangis..hati sayu..tapi mulut still cakap-cakap n tergelak-gelak..orang lain jadi confius,sedih ke tak sebenarnya dia ni..alhamdulillah,bersyukur dengan sifat ni..org tgk kita tak susah ati... :')
thanks for visiting my site

03/08/2012

Bezanya Kita dan Mereka


T____________T


~ Air mata dan darah saudara seakidah mengalir dan menitis lagi~

 
Benarlah, selamanya 'mereka' sesekali tidak akan redha kepada kita, sehingga kita menuruti kehendak dan agama 'mereka'. Sesungguhnya doa itu adalah senjata umat Islam. Mari sama-sama kita doakan saudara di Rohingya, Palestin, Syria, Bosnia, Yaman dan walau di mana berada..



 Doa Qunut Nazilah






Engkaulah sehebat-hebat kuasa, Ya Allah..




p/s :~ kita di Malaysia, tak habis-habis dengan isu-isu 'mengarut' sehingga kita lupa apa yang terjadi sebenarnya pada saudara seakidah..allahuakbar :(
thanks for visiting my site