25/09/2012

Hang Ni Kan


Bila aku ada benda nak habaq kat hang, bulih dak hang tolong bukak telinga hang luaih-luaih so dat aku tak payah nak ulang 5,6 kali. Penat tau dak duk cakap benda hat sama selalu. Kalau memang qeja aku untuk cakap benda yang sama dan dibayaq gaji untuk baziaqkan ayaq liuq aku tak pa la. Ni aku dok berletiaq sampai berbuih mulut pun hang still buat dono. Aku sequpa bercakap dengan tunggui kayu.

Aku taktau apa masalah hang sampai hang susah sangat nak paham apa yang aku cakap? Aku rasa aku dah cakap dalam bahasa ibunda kita, BM siap. Hang tak payah nak gadoh p caqi kamuih hat tebai-tebai nak translate setiap butir perkataan yang keluaq daqi mulut aku. Aku penat sebenaqnya nak bagi hang paham. Hang bukan tak ngaji sekolah. Awat payah ka kalau aku nak hang paham sat 2 minit apa yang nak aku habaq ni? Ka hang memang pesyen laguni. Saja nak tengok aku berletiaq sampai terkoyak mulut. Hang syok la kan bulih buat lagu tu?Aku sabaq ja. Kalau aku pesyen duk bergadoh dengan oqang memang bukan muka hang aku tak mau tengok, nama hang pun aku haram sebut depan aku. Aku kejam? Hang lagi kejam kot. Hang duk nampak hang ja yang betoi sebab tu hang tak nampak pun kalau kasut hang terpijak taik kucing. Awat, nak kata taik tu aku yang p celet kat hang pulak? Nak kata taik tu aku yang pijak bila semua orang dah kata bau tu daqi hang?

Payah la kalau hang ingat hang ja yang betoi. Beb, kita ni duk tumpang ja ataih bumi Tuhan. Tu sabit DIA mau jugak hang tumpang tang ni, kalau DIA tak mau bagi hang duk sini mana hang nak pi? Sembang bukan main, padahai takdak la 'good' mana pun. At least aku hat jahat ni mmg dah konfem-konfem jahat even nak buat baik teqa mana pun orang duk pandang buruk gak.

Malaih dah haih nak sembang tang ni. Hang tak suka? Toksah baca.

p/s:~ 1st time aku qasa puaih.


thanks for visiting my site

22/09/2012

Sudah terlambat


regret * T_T


Pelbagai manusia mempunyai pelbagai persepsi tentang sesuatu perkara. Ada yg terlalu kritikal berfikir dan ada yg berfikir tapi malas nak kritikal. Ada kawan yg bertanya, "Awak tak stress k dengan kerja yg datang sekaligus dan nak d'siapkan dalam masa yg singkat"? Of kos aku takkan jawab "tak stress langsung" sambil garu-garu kepala yg tak gatal. Dia cakap lagi. Bla...bla..bla..bla... Fine lah malam ni giliran dia jer yg bercakap. Keja aku mmg untuk diam pun kan. "Kenapa muka awak tak nampak stress pun"? Dua kali soalan yg lebih kurang sama konsep diajukan. Perlu k aku cakap kat satu Malaysia yg 'pelajar bernama  'Nur Shuhada binti Abdul Manap yg memegang kad pengenalan bernombor 91022402**** sedang mengalami stress yg melampau'. Perlu k? perlu? Aishh. kalau ikutkan hati nak jer aku pakai tag yg gantung kat leher tu. "TOLONG JAUHI MAMALIA INI, DIA SEDANG STRESS SEKARANG".

Kalau nak diceritakan betapa stressnya hidup aku rasa aku dah karang buku dah sekarang ni. Nak tunjuk kita stress memang boleh. Buat muka serabut serabai. Pastu tanya orang lain sana sini hang stress k dak wey? Aku rasa dengan keadaan kita yg serabai tu even orang lain yg tak stress pun tumpang stress. Sebab tu aku malas nk tunjuk aku stress buat keja dan memikirkan benda-benda yg bakal aku tempuhi selagi aku belum offically graduate. Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah merungut tak larat. Tapi takkan nak keep repeating the same word 7,8 kali. Orang lain bosan tau tak. At least orang lain mampu dengar untuk kali pertama dan kedua. Lepas tu, lantak pi la kat hang, macam hang sorang yg stress.

Kadang-kadang tak tidur malam pikir pasal esaimen, micro teaching, paling hebat sem depan dah start praktikum. Aku belum bersedia nak praktikum. Jujur! Sumpah tak tipu. Dengar cerita dari akak senior pasal lecturer yg macam-macam pe'el tu, lagi tambah takut. Rasa macam nak berhenti pun ada. Budak2 TESL ni, lecturer suka sgt expect yg over2. Pastu bila tak dapat nak achieve level yg diorang letak tu mula la nak mengamuk-ngamuk. Nak marah-marah student. Nak buang student la. :(

Paling latest contoh Cambridge Test baru-baru ni. Aku tak tau apa yg diorang tu dok mengarut pasai test ni. Expect kami dapat buat dengan hebat dan megahnya la kan. Jangan mimpi. Dengan connection internet yg super duper lembab tu, memang tak boleh buat apa satu. Memang tak logik seratus lebih student nk online dalam masa yg sama. Konfem2 la connection tu jadi slow. Tu belum tengok soalan lagi. Aku yg menunggu 2 jam sebelum dapat buat test rasa kecut perut melihat pada muka sorang-sorang yg sugul keluar dari bilik test. Jawapan yg simple dari diorang, 'test yg tersangat susah'. Sampai ada yg tak sempat nak habiskan pun ada. Mana sempat dengan soalan yg berlambak then expect suruh habiskan dalam masa 30 minit. Tak tau la nak cakap apa. Tu belum cerita soalan listening lagi. Apa mat salleh tu duk mencarut pun aku tak tau. Dah la accent dia amboi nyah kalah native speaker, pastu cakap merapu lagi banyak dari isi. Bagi peluang dengar 2 kali jer pun. Aku berani cakap ramai yg kena datang untuk remedial class nanti. Aku salah sorang. :(

Lecturer oh lecturer. Kami ni local student bukan obesi mari! Plis la jgn expect kami ni macam budak-budak yg pergi obesi tu. Education sana jauh sangat beza dari education sini. Tengok silibus TESL sini dengan TESL kat sana la. Sini satu sem 4 subjek major. Sana satu sem 1 subjek major. Mau kata apa lagi bai?? Aku kadang-kadang fed up dengan semua benda ni. Nak kejar yg tu, nak kejar yg ni. Sampai satu tahap rasa nak bakar semua buku-buku BI. Koyak semua esaimen major. Penat macam ni bila belajar dalam tekanan. Tekanan dari lecturer tu yg paling tak tahan. Aku sanggup tahan lagi kalau tak tidur malam semata-mata nak buat esaimen. Tapi bila lecturer sendiri sesama diorang pun tak setuju angin, so macam mana? Then nak lepas marah pada kami. Bertahanlah Nur Shuhada. Lagi 2 tahun lagi. :(

Kenapa aku rasa makin lama aku belajar aku makin rasa 'zero'. Kawan-kawan pun ada cakap benda yg sama. Kami seolah-olah tak dak perasaan nak belajar. Sebab tu boleh tengok kehadiran k kuliah sgt buruk lately. Yg tak boleh blahnya, borang hijau dah dilelong sana sini. Itu belum termasuk borang salah laku. Alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi mengumpul borang salah laku yg sangat digeruni tu. Bangun pagi dengan rasa seribu keterpaksaan bersiap-siap k kuliah. Balik buat esaimen, buat tutorial then bangun esoknya ulang benda yg sama. Belajar 5 tahun setengah sebagai ckgu BI sangat HELL. Teringat kata sorang kawan baru-baru ni, "Kalau tahu macam ni gayanya, lagi baik ambik medic sama jugak belajar 5 tahun setengah. Kena praktkal dgn mayat lagi baik at least mayat tu ikut jer apa yg kta nk buat pada dia. Tak banyak songeh" Entah la, kalau nak cakap menyesal. Memang dari second sem foundation aku dah rasa menyesal. Sebab aku tak minat langsung jadi ckgu ni. Tapi sbb pikir mak ngn abah aku nak sangat anak perempuan tunggal dia jadi cikgu. Banyak masa dengan keluarga katanya. So, aku nak kata apa lagi?

Pernah sekali dulu aku cakap penat dah nak belajar. Aku sendiri sanggup k putrajaya dengan kawan semata-mata mintak nak tukar kos. Tapi tak pernah dapat n takkan dapat. Belajar benda yg tak minat sangat terseksa. Tapi balik2 aku jugak kena marah. Diorang cakap kalau nak harap kerja lain mmg payah nak dapat. Nak2 kena menganggur 2,3 tahun dulu. Tu pun tak konfem lagi dapat or tak kerja lepas tu. Berat hati aku nak tinggalkan matriks dulu. Bia la even orang cakap payah nk survive kalau kat matriks. Tapi at least benda tu benda yg kita suka dan minat. Takkan jadi masalah. Dah separuh jalan aku dah lalui. Walau macam mana berat pun aku terpaksa jugak habiskan. :(

Beratnya rasa jalan yg aku lalui. Masa depan di hadapan bergolak antara rasa tanggungjawab dan keterpaksaan. Aduhai, bukan niat di hati nak mengeluh dengan apa yg Allah dah tetapkan. Tapi aku cuma meluahkan apa yg terbuku selama hampir 3 tahun setengah aku simpan. Aku tak mintak aku dapat balik apa yg aku nak dalam hidup selama ni, tapi  aku berharap cuma satu. Satu saja. Walau sesulit manapun perjalanan di masa depan, permudahkanlah segalanya untukku. Supaya aku tahu aku masih ada Engkau Ya Allah untuk terus berharap dan bergantung. :(

Kadang-kadang kita terpaksa lakukan perkara yg kita benci, kerana kebencian itu adalah kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Meski kita menagis kerana lelah namun kita tak mungkin ingin melihat tangisan itu daripada mereka yg terlalu kita kasihi.


p/s:~ when I tried to recall back, I’ve made a lot of mistakes, took too many wrong paths, I regretted but I can never go back :(


thanks for visiting my site

20/09/2012

InsyaAllah


 :)






p/s:~ masih bertatih untuk menjadi yang terbaik..insyaAllah akan berusaha dan mencuba sebaik mungkin.. Ya Allah, bantulah aku untuk berubah.. :')

thanks for visiting my site

16/09/2012

Aku Redha Andai Itu Takdirnya




Hari ni genap 1 tahun 2 bulan 2 hari aku menjalani suka duka bersama dia. Tak terlewat untuk aku ucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam hati aku. Mengubati semua duka yang pernah ditinggalkan oleh insan yang tak pernah menghargai sebuah kesetiaan. Selama bersamanya aku banyak belajar tentang cinta, pengorbanan, keikhlasan dan kejujuran. Dia ketemui ketika hati dibaluti dengan segala rasa yang bercampur baur antara kecewa, dendam dan kebahagiaan. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk aku melabuhkan rasa ini pada insan yang terbaik pernah ku kenal. Sejujurnya, aku terlalu takut untuk meniti hari mendatang kerana bimbang sejarah lalu berulang kembali.

Seingat aku, sudah beberapa kali aku ajukan soalan yang sama pada mama tentang hala tuju hubungan ini. Aku tak pasti ke mana destinasinya atau ianya akan berhenti hanya di pertengahan jalan. Tapi andai itu yang tertulis, aku akur walaupun aku tak rela sebenarnya.

Benar kata mereka, mempertahankan sebuah hubungan terlalu sukar dari memulakannya. Aku akui benar sekali bait-bait kalimah itu dan aku melaluinya kini. Pelbagai cabaran perlu dan harus aku lalui. Aku bertekad di saat aku tanamkan niat bahawa dialah yang akan menjadi pembimbingku kelak, aku akan berusaha untuk mempertahankan hubungan ini walau apa juga cabaran yang menjengah. Aku memilihnya untuk menjadi suami bukan menjadi kekasih yang mudah melafazkan janji dan kemudiannya pergi meninggalkan aku untuk perempuan lain.

Andai masa boleh diundurkan ke belakang, tak ingin rasanya aku perhambakan diri dan kesetiaan pada seorang lelaki yang hanya memperlakukan aku tak ubah sebagai boneka. Boneka yang hanya disimpan di dalam kotak kaca. Nampak cantik tetapi tak punya perasaan. Andai disepak atau diterajang, hanya mampu melirik senyuman di bibir. Kesetiaan yang aku jaga selama hampir 2 tahun diperdagangkan dan dipersia begitu sahaja. Hati mana tak kecewa bila melihat kecurangan di depan mata, belum ditambah dengan cerita-cerita yang tak enak untuk didengar. Aku menderita bila mana ada yang berkata, aku hanya dijadikan tempat melepaskan kesunyian semata-mata. Aku terlalu takut untuk melawan. Aku takut untuk ditinggalkan. Kesalahan apa yang telah aku lakukan hingga aku menjadi mangsa insan bernama lelaki?? Segala duka dan luka di hati ku tanggung sendirian hingga satu saat aku rasakan memang begini nasib yang telah DIA aturkan untukku. Segala hinaan, tuduhan dan cacian yang dilemparkan padaku, aku hanya mampu bersabar. Hingga kini aku masih tak mampu memadamkan segala apa yang terjadi. Aku nekad andai tuduhannya itu menjadi ganjaran atas segala  kesetiaan dan kejujuranku selama ini, aku akan buktikan. Aku akan buktikan yang aku mampu menjadi lebih dasyat dari apa yang pernah dia bayangkan.

Aku khilaf. Aku terlalu menurut segala kata hati. Dendam dari kecurangan seorang lelaki terus membara hingga aku hilang pertimbangan. Aku berjanji yang aku akan buat mana-mana lelaki jatuh cinta dan aku akan tinggalkan mereka begitu sahaja. Aku sedar apa yang aku lakukan ini lambat laun akan memberi kemudaratan padaku sendiri. Biarlah andai itu yang dia nakkan dari tuduhannya padaku selama aku bersamanya. Aku puas. Aku telah buktikan pada diriku sendiri bahawa aku mampu jadi lebih 'jahat' dari apa yang telah dia lakukan padaku. Bersaksikan mata kepala aku sendiri aku melihat kesetiaan aku dipijak-pijak. Bila mana aku terbayangkan segala perbuatannya padaku, aku nekad dan aku mahu lelaki-lelaki tahu bagaimana sakitnya bila dipermainkan.

Namun, itu semua kisah silam yang telah aku kuburkan bila mana aku sedar bahawa bukan semua lelaki itu jahat. Sejak aku kenali dia, aku berazam untuk berubah dan aku harus kembali menjadi diriku yang dulu sebelum aku mengenali lelaki. Dengannya aku mulai belajar untuk berubah dan bertekad untuk tidak lagi mempermainkan hati lelaki. Aku bertemunya tika aku bermohon pada tuhan supaya menghadirkan aku seorang lelaki yang jujur dan ikhlas menerima apa juga kekurangan yang ada padaku. Aku mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi pembimbing aku dan anak-anakku kelak. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan dan Allah telah mentakdirkan aku bertemu dengan insan sebaik dia. Aku bersyukur. Terlalu bersyukur dengan pemberiaan yang terlalu berharga dan bernilai ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi tauladan padaku supaya aku sedar bahawa tuhan masih memberi kesempatan kepadaku untuk aku memberikan hati dan kesetiaanku ini pada insan yang selayaknya.

Masa depan yang mendatang adalah berharga buatku. Tak ingin lagi aku menoleh walau sekilas ke belakang untuk mengenang kembali apa yang telah berlaku. Dia amat berharga padaku kerana dialah masa depanku. Sekian lama aku mencari akhirnya aku temui butiran permata dibalik kilauan kaca yang hanya indah pada pandangan mata. Aku teramat bersyukur Ya Allah atas anugerah dan kurniaan ini. Namun, aku tak pasti apakah aku dapat memilikinya kelak atau tidak. Andai Allah mentakdirkan bahawa kisah bahagia aku ini hanya berakhir di pertengahan jalan, aku redha. Kerana mungkin itu sebagai balasan atau kifarah dosa-dosa ku sebelum ini. Namun, jujur aku katakan tak dapat ku bayangkan kehidupan ku andai tanpanya kelak.

Aku tak putus-putus berdoa semoga hubungan ini berkekalan hingga nyawaku terpisah daripada jasad. Namun, apa daya aku untuk  menghalang segala apa juga keputusannya. Aku telah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Andai jodoh kami tak panjang. Aku gembira dan bersyukur kerana aku berkesempatan bersamanya walaupun untuk tempoh yang singkat. Kerana dia, aku berubah.

Terima kasih untuk semua pengorbanan dan kesetiaan selama lebih setahun kita bersama. Terlalu indah saat dan detik itu hingga aku sukar memadamkannya dari kotak fikiran. Ketahuilah hanya dirimu yang terakhir di hati ini.

Terima kasih. terima kasih. terima kasih.


"ANDAI ITU TAKDIRNYA, AKU PASRAH.."


Kekasih..
Aku gembira mengenalimu,
Aku selesa mendampingimu,
Aku ikhlas mencintaimu,
Aku bahagia menyayangimu..

Kekasih..
Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencintaimu,
Terima kasih kerana sering meluangkan masa disisiku, 
Terima kasih kerana sentiasa membahagiakan aku,
Terima kasih kerana memberi peluang kepadaku untuk aku menjadi kekasihmu..

Kekasih..
Aku ingin kau tahu hanya kau yang ku cinta detik ini,
Tiada yang lain hingga hembusan nafasku yang terakhir,
Aku akan sentiasa menyayangimu selamanya.
I LOVE YOU FOREVER

ikhlas untukmu insan yang paling istimewa Muhammad Syafiq


p/s:~ terlalu sukar mencari permata..andai kita menemuinya hargailah dia sebelum dia pergi dari hidup kita :)


thanks for visiting my site

11/09/2012

Let Me Tell You A Story



This is for the broken hearted. I know how you feel. Empty, betrayed, and no happiness whatsoever. You don't want to laugh, because you know it's not going to help, but you don't want to cry, because it will just make you feel worse. You feel like your heart is falling apart, but not only that, but you know soon your life is going to feel like it's falling apart too. You don't think it will ever end, and no matter what this person has done to you, it feels impossible to stop loving them. And everyone wonders why if they have hurt you so much, then why do you still love them. That's the confusing part, you don't know why, you just do, and the people who hurt you the most, and normally the ones you love the most. And then, after a few weeks, you finally feel a sense of relief, like you're getting happy again, but you know inside that you're just going into denial. And after a few more weeks, you're back to where you were an empty soul and teary eyes. You thought you got over them, but really, you just stopped showing it. And you can't help but to show it again. It leaves deep scars on your heart that are there forever. And no one understands how you feel, and how deep you are hurt, no matter who they are, because it hasn't happened to them And even if it has, every broken heart is different.





They don't know the true pain you feel and carry each and everyday now, so you learn that basically you are alone with all this. And the feeling starts to overwhelm you, and suddenly you just break down, right there, because you know you've had enough, the tears just instantly start flowing, and you're to the point where you don't care who see's. Because you've spent so many nights lying awake in bed, and so many days being haunted by the scars and fear of rejection. And in the midst of all these tears, you know that its not helping any, and it's not going to bring them back, if you ever even had them in the first place. After about a million tears have been cried, you finally pull yourself back together and keep going. Your throat starts to clench and your eyes burn with the tears you are trying to hold back. Everyone says, "It will be okay…” But you know it won't. And that’s the truth, it won’t. And you look back on all of the hurt you had from this, and you realize that people are horrible.

You're still hurt, but you've learned to hide it so that everyone thinks you are okay. So now every time you see this person, you know you still love them, and you feel a slight tingle in your heart yearning for them to love you, screaming out, but for some reason they don't hear it. And then you sit back and wonder how one person could have caused all of this...







p/s:~ when people around you have the same opinion*


thanks for visiting my site

07/09/2012

Ujian Hidup




 
 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)



Berat sungguh ujianMu kali ini. 
Tak tertanggung rasa untuk aku pikul semua ujian yang datang. 
Ingin diluahkan,tapi mulut tak terkata.
Ingin disimpan hati pula tak sanggup menanggung.

Allahurabbi..allahurabbi..allahurabbi

:'(



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Surah Ali Imran ayat 139)





p/s:~walau ujian hidup melanda, ku tabah menerima :(

thanks for visiting my site