30/11/2012

Ke Makam Bonda


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

 
Nukilan: Usman Awang


 
 
p/s:~al fatihah :(

thanks for visiting my site

29/11/2012

Ijab Qabul Mujahadah dan Suami 29 November 2012


Mujahadah & Ahmad Zulhilmi


alhamdulillah..semoga berbahagia hingga ke Jannah..tahniah sahabat :)

selamat menempuh alam rumahtangga yang menjanjikan seribu satu kisahnya yg tersendiri :)



p/s:~jadilah isteri yang solehah yg sentiasa memberi kebahagiaan kepada suami. *xsabar nk tgu my turn pulak :p hihi






thanks for visiting my site

Dugaan Dalam 'Membina Masjid'








 Ya Allah moga Engkau ampunkan segala kekhilafan yang telah aku lakukan.tiada daya diri ini menadah tangan memohon keampunan melainkan dengan izinMu Ya Allah.akulah hambaMu yang lalai dan ingkar yang sering melakukan kesalahan tanpa putus-putus.moga masih ada rahmat dan hidayahMu buatku Ya Allah.

Di saat aku bersujud menyerahkan segala takdirku padaMu,Kau kirimkan khabar gembira untukku.segala teka-teki dan jawapan yang ku cari selama ini telah Kau bentangkan di depan mataku.ku temui sebuah jawapan di balik secebis pengharapan.ku temuinya dalam sujudku yang panjang.air mata menitis tanda kesyukuran.belum pernah ku rasakan keyakinan seteguh ini.insyaAllah telah ku tetapkan itulah pilihanku.

BersaksikanMu Ya Allah,walau badai datang melanda.walau terpaksa aku harungi seribu kepayahan.tetap akan ku pertahankan apa yang aku miliki.bila mana aku berjanji dan Engkau menjadi saksiku Ya Allah,akan ku kotakan apa yang telah aku janjikan.aku akan tetap bersamanya hingga nafas ku yang terakhir.

Segala kesusahan dan kesedihan rela aku kongsi bersama.tak ingin aku lihat dia terus kesepian membilang detik-detik hari mendatang keseorangan.tak ingin lagi aku lihat ada air jernih mengalir di pipinya.kerana itu sudah cukup membuatkan hati ini merintih.biarpun apa juga halangan bakal mendatang kelak,tak rela aku tinggalkan dia keseorangan terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut.sedaya upaya aku akan cuba membahagiakannya hingga dia takkan pernah tahu erti kesedihan bila bersamaku nanti.

Ya Rabbul Izzati,tetapkan lah pendirian dan hati ini agar aku tidak berpaling dari pilihanku ini.pilihanMu ini adalah yang terbaik buatku.benar,tak akan ketemui diri seumpamanya andai beribu lagi insan dilahirkan ke dunia ini.kekurangannya adalah kelebihan untukku.kerana aku percaya tidak ada seorang manusia biasa yang dilahirkan dalam keadaan sempurna kecuali kekasihMU Ya Allah.akan ku baiki segala apa yang terkurang kerana hakikat hidup bersama adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Mulai detik ini Ya Allah,aku nekad.inilah takdirku yang telah Engkau pilihkan.akan aku pertahankannya walau nyawa menjadi ganti.tak akan ku biarkan dia berjuang berseorangan untuk mempertahankannya.akan aku setia berdiri di sisi menjadi penguat semangatnya.semoga Engkau permudahkan segala urusan kami Ya Allah.tabahkan hati kami dan berikanlah kami kesabaran dalam meniti hari-hari mendatang yang penuh berliku. berikanlah kami kebahagiaan yang kami cari-cari di dunia mahupun di akhirat sana.










p/s:~restu dan rahmatMu menjadi jalan kebahagiaan yang dicari-cari insan di dunia ini



thanks for visiting my site

28/11/2012


al fatihah..dah 6 hari ma pergi..hati begitu merindui ma..kalau dulu,ada juga tempat untuk mengadu..tapi kini,aku hilang tempat mengadu..ma seperti ibu kandungku sendiri..pernah aku menangis ketika menghubunginya suatu ketika dulu..mengadukan perihal nasib berada di perantauan dengan bebanan kerja dan masalah yang tak pernah sudah-sudah..kini,segala apa yg terjadi terpaksa ku simpan sendiri..untuk bercerita pada orang lain,tiada lagi sudi mendengar luahan dan isi hati ini.. :(

masih ku ingat kata-katanya sebelum aku mematikan talian..hati perempuan hanya perempuan yg paham..banyakkan bersabar andai ada perkara yg datang menguji..jadi mcm ma,luahkan pada Allah..DIA lebih paham perasaan kita (ma cakap dalam bahasa kelate..after translate).. :(

sebelum ma pergi,pernah ma pesan..kalau nak mengadu pada ma..kirim doa pada dia.. :(

allahuakbar..rindu sgt pada ma..

ma..banyak benda shu nak bagitahu ma..

:(


:(

al fatihah~


p/s:~missing u..al fatihah :(
thanks for visiting my site

27/11/2012

Sutera Kasih





Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
Di ribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada Yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
 
 
 
 
p/s:~ menemukan kerinduan syahdu pada Yang Maha Esa

thanks for visiting my site

26/11/2012

Kosong


al fatihah~SD :(

hati terasa kosong...

kosong...

kosong...

sesuatu yang berlaku aku yakin ada hikmahnya yang tersendiri.aku bersyukur kerana Allah telah membuka mata hati aku sebelum jauh aku melangkah.jujur aku katakan,aku menyesal dengan keputusan yang telah aku ambil sebelum ini.tapi,semuanya telah terlambat dan sukar untuk aku berpatah balik.

dari dulu aku dapat mengagak semua ini akan berlaku.cuma bezanya cepat atau lambat.kini semua telahan aku benar.hanya tinggal beberapa detik dan waktu sebelum keputusan yang sebenar akan ku ambil.

keputusan yang dibuat benar-benar mengecewakan aku.seolah-olah mengenepikan hati dan perasaan aku selama ini.keputusan yang dibuat hanya memikirkan kepentingan sebelah pihak semata-mata.lalu untuk apa aku terus berdiri di sisi?aku sedar kini,aku bukan siapa-siapa.aku hanya pendatang yang cuma singgah bertandang untuk satu jangkamasa yang seketika.janji yang suatu masa dahulu diukir kini hilang.aku sedih.aku kecewa.keadilan yang ku harapkan selama ini cuma mimpi dan anganan aku sahaja.benar,aku bukan siapa-siapa.aku sedar kini aku tiada hak untuk bersuara.tiada hak untuk berkata-kata.mungkin apabila aku mula berbicara,jari pasti menunding ke arah ku.menyalahkan aku kerana tidak mengerti apa yang terjadi.

sampai bila-bila pun,kesalahan hanya padaku..

ya..aku tidak memahami...

aku tidak peka...

aku tidak berperasaan..

T_T


p/s:~berikanlah secebis keadilan dalam membuat keputusan..supaya tidak akan ada mana-mana pihak yang akan terluka kelak



thanks for visiting my site

25/11/2012

Kata Lelaki


KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut...

Besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan...

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... Di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... Di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... Bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... Bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... Terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita...
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
 
 
p/s:~ memang lelaki sebegitu

thanks for visiting my site

23/11/2012

Rinduku Berkalung Doa Untukmu







Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan

dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145).




 Allahuakbar.terasa gelap dunia menerima perkhabaran insan yang ku anggap seperti ibu kandung sendiri telah pergi menemui Ilahi.belum sempat diri ini menumpang kasih apatah lagi untuk bermanja, beliau telah pergi.pergi untuk selamanya.tanggal 23 November 2012 bersamaan hari jumaat yang penuh barakah, Suhaini bt Daud telah meninggalkan kami seluruhnya sekaligus meninggalkan impak yang besar buat diri ini.kehilangannya tiada pengganti.Allah Maha Tahu akan segala apa yang telah terjadi. :(

Hati ini begitu terkilan apabila tidak dapat menunaikan janji untuk menjaga beliau sepanjang beliau sakit.mata ini tidak sanggup melihat akan setiap penderitaan yang ditanggung.walaupun berat untuk melepaskan dia pergi.kami harus akur.mungkin aku sebagai bakal menantu merasakan umpama batu yang jatuh menghempap,bayangkan anak-anak beliau,suami tersayang,sanak saudara yang lain pasti lebih lagi merasakan peritnya.belum sempat aku berbakti untuknya sebagai seorang menantu,dia terlebih dahulu meninggalkan diri ini.benar,aku merasakan kehilangan yang terlalu besar.allahuakbar. :( aku redha ya Allah :(


Dari Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda, "Allah Ta'ala berfirman: 'Tiada balasan yg lebih baik dari Syurga bagi hambaKu yg beriman yg mana dia kekal bersabar demiKu apabila aku ambil darinya insan paling dia sayang di antara penghuni dunia ini." [Riwayat Bukhari].


Menyingkap kembali detik-detik manis bersama arwah,airmata ini tumpah.kain-kain yang diberi untuk dibuat baju kurung menjadi hadiah terakhir beliau kepadaku.masih terasa hangatnya tangan beliau sewaktu membelai kepalaku ketika beliau masih dirawat di hospital.rupanya itulah sentuhan terakhir beliau yang pastinya aku tidak akan melupainya sehingga ke akhir hayat. :(

Ma, pertama kali shu pegang tangan ma ketika ma sakit dulu.shu dapat rasakan kasih sayang ma buat shu. masih terbayang di ingatan apabila shu mengelap badan ma,menyisir rambut rambut ma,bedakkan ma,picitkan badan ma.shu ingat lagi waktu shu letak kepala atas bahu ma, ma terus pegang kepala shu,usap-usap.seolah-olah ma tahu ma nak tinggalkan kami semua.masa shu nak balik kedah,ma tarik tangan shu tak nak lepas.ma cakap, nanti dtg lagi tengok ma kat sini.shu nangis ma waktu shu kucup dahi ma buat kali terakhir malam selasa lepas.allahuakbar.terlalu sedih untuk shu ungkapkan dengan kata-kata. :( ma,rupanya pertemuan kita minggu lepas merupakan pertemuan terakhir kita,ma.shu tak dapat jumpa ma lagi lepas ni :( ma, halalkan semua pemberian ma,kasih sayang ma pada shu selama ni.shu berjanji akan menjaga abe ngoh seperti amanat ma pada shu isnin lepas.shu janji ma,shu janji akan jaga dia macam mana ma jaga dia selama ni.amanah yang ma tinggalkan ni besar dan terlalu berharga buat shu.insyaAllah,shu tak akan melupakan semua nasihat ma.semoga Allah tempatkan roh ma dalam kalangan orang-orang yang beriman.terima kasih ma.terima kasih untuk segalanya. :( :(




Al-Fatihah   :(




Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah

segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang

dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)





p/s:~rindu ini sentiasa berkalung doa untukmu,ma :( :(
thanks for visiting my site