19/10/2013

Single. Bertunang. Berkahwin








single.. bertunang dan berkahwin..


Single
“Ah! bosan tol single,hp xde org text,hp baling ke laut je r!!”

Bertunang
“Ah! nak kawen belum cukup modal!!”

Berkahwin
“Mana dengan bil-bil, mana dengan makan hari-hari, belanja transport anak-anak pula!!!”



Bila kita renung semula, setiap apa yang berlaku dengan kita semuanya ada sebab yang tersembunyi dan kita tidak ketahui. Mungkin orang yang berkahwin sekarang merasakan mereka inginkan kehidupan yang single. Tapi orang yang bertunang pula tak sabar nak kahwin.

Namun pernah ke tidak kita berfikir kenapa setiap hubungan itu ada halangannya masing-masing?? Kenapa kita? mengapa kita?

Sebab Allah nak uji sejauhmana kita bersabar, jadi seorang yang ikhlas. Hanya Allah yang tahu sama ada kita sudah bersedia atau tidak!

Tapi sejujurnya Allah sangat tidak menyukai hambanya yang memilih untuk sentiasa berseorangan “single”.




Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

surah ar Rum ayat 21
 
Pasangan Bertunang

Ingin saya ingatkan di sini Allah mencipta kita berpasangan terpulang pada kita untuk memperbetulkan bagaimana. Bagi pasangan yang bertunang belajar untuk saling menerima dan memahami.

Konteks lebih tepat bukan hanya menerima dan memahami pasangan sahaja tetapi juga keluarga pasangan. Walaupun hakikatnya sukar tetapi belajar untuk memahami dan saling menghormati itu penting.


Bagi lelaki, jangan hanya inginkan perempuan memahami keluarga lelaki tetapi menjadi satu kewajiban lelaki untuk memahami keluarga perempuan juga.

Bukan apa, jadi bakal suami ini kita perlu tunjukkan keikhlasan dan tanda kita menghormati keluarga perempuan agar ibubapa perempuan lebih berkeyakinan kita mampu untuk menjaga dan mendidik anak mereka.

Begitu juga dengan perempuan, JANGAN bila sudah mempunyai keluarga yang baru keluarga yang membesarkan dan mendidik kita dari kecil ditinggalkan. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun.




Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

surah an nisaaayat 36


Pasangan Berkahwin

Bagi yang telah berkahwin, apa sekalipun ujian dan cubaan Allah berikan bersabarlah dan ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup ini tidak sempurna dan yang sempurna hanya Allah.

Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. In sha Allah keluarga sakinah itu datang dari diri kita sejauhmana kita mengkehendakinya sejauh itu kita perlu berusaha kepada-Nya.

****

Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah…

Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan



****

sumber :3 fasa


p/s :- setiap fasa ada cabaran dan halangan masing-masing :)







thanks for visiting my site

Ulat Sagu


pic taken from k.yana's fb sila jamu selera.. *gelinya mak oiii




Alhamdulillah. hari ni kelas PSK dgn jayanya dah dibubarkan. aceh, kemain bubar. lecturer dah buat ulangkaji n dah bagi topik yg kena revise nanti. buat kali pertamanya telah berjaya skip dari kelas material n resources. rasa jahat gila bila dah ponteng gini. at least lega jugk even dapat buat jahat tapi ari ni beruntang sbb dapat duit. masa g menjemput lecturer k wedding, dr. azita bermurah hati bagi duit sbg pengganti diri yg mungkin tak dapat nak g nanti. alhamdulillah rezeki.

masa tengah scroll down fb after berjaya 'chen' dari kelas, kak yana my senior dgn hepinya letak gambar ulat sagu yg gemuk gila bapak ni kat fb dia. alamak, cm tak berani nak pandang lama-lama. kak yana dgn slumber hebatnya dapat main n sentuh-sentuh ulat ni. kalau aku mau nanges guling-guling. tengok pun dh rasa merayap jer kat badan, tu belum sentuh or nk makan lagi. haiii napelah ulat ko menggelikan sgt??

kak yana bergurau nak bagi adiah wedding nanti. i was like. hohohohoiii. terima kasih kak yana. rasa nak jerit kuat-kuat cakap TIDAKKKK!!tobat serius geli satu badan. heran nape ada yg boleh makan makhluk Allah yg sekor ni. kebal betol tahap kegelian diorang ni. sesape yg nak cuba tu boleh try rojer or kontek sape-sape yg ada kat sarawak tu. kalau aku bagi free pun aku akan senyum sambil garu-garu perot. sumpah GELI!!


p/s :~ one of my weaknesses adalah segala jenis makhluk yg bernama ULAT!!! eeeeeeee
thanks for visiting my site

18/10/2013

Diary 18 Oktober 2013


today almost dah 2 bulan selepas check up kali 3. migrain datang balik dan paling teruk mata lebam macam org sakit. around dahi timbul urat-urat hijau berselirat. muka bengkak kiri kanan macam org sakit benguk. Ya Allah, sakitnya double bahkan triple dari biasa. bukak diary. tengok catatan terakhir sebelum sakit ni menyerang lagi. trend hampir sama. simptom yang sama. aku menulis sesuatu sebagai rekod. semalam hampir separuh ubat yang berbaki ditelan. perut kosong menambahkan lagi sakit. itu perkara biasa bila hari raya begini banyak lagi belum buka. susah nak cari makanan.

rumate dah berkali-kali ajak makan. tapi yg bersisa dan masih ada hanya semangkuk mee segera yang terpaksa dikongsi bertiga. tak apelah aku menolak. masih boleh tahan. cuma yg tak dapat nak tahan, sakit di kepala yg maha dasyat. sukar nak lelap mata walaupun dah banyak ubat ditelan. terasa cecair hangat mengalir. payah nak bangun walaupun sekadar nak capai kain untuk mengesat yang berada di hujung katil. begini kiranya kalau sakit yg teramat datang. nak bergerak pun susah. mula terbayang ibu di kampung. sedih rasa. kalau sakit begini di kampung pasti ada yg menjaga. bukan mahu menyusahkan tapi tak mampu dan berdaya nak lakukan sendiri. cuma harap belas ihsan ibu merawat dan menyuapkan makanan.

sekarang dah hampir 22 jam berlalu. tapi masih terasa kesan sakit tu. dah call doktor yg incharge mintak nasihat. dia mintak segera mendapatkan rawatan.bawak catatan sebelum-sebelum ni. di hujung kata, dia sempat berpesan kalau dan ubat yg paling kuat pun tak dapat nak meredakan sakit, mahu atau tidak terpaksa makan ubat setiap hari untuk seumur hidup. aku dah jangka apa yg dia akan cakap.

banyak perkara yang difikir. mula membayangkan sesuatu yang buruk. risau, bimbang, takut bercampur. entahlah sampai bila keadaan akan begini. bagaimana masa depan nanti? tak kan selamanya bergantung pada ihsan orang lain? pasti, orang sekeliling merasa terbeban. cukuplah selama ni dah terlalu banyak menyusahkan orang lain. mulai detik ini, segalanya aku tanggung sendiri.

redha dengan apa yg dah berlaku. malas nk toleh ke belakang lagi. cukuplah. apa pun jadi hidup perlu diteruskan. tak guna nak menangis, merintih. susahkan diri sendiri semata-mata. orang lain gembira mana kita tahu.

berpinar-pinar mata. terasa lagi sakit tu even dah tidur hampir 3 jam. sambung lagi nanti.

coretan 18 oktober 2013: *diary*

p/s:- gejala dan punca yg sama....hurm :(




thanks for visiting my site

17/10/2013

Beats Around The Bush



Satu petang, si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu.

Bagi si suami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita.

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan.

Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya :-

 1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.

2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.

3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah :-

 1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.

2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.

3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula :-

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

sumber : bahasa terbalik


p/s :- when a girl says she's ok, it doesn't necessarily mean she is, and it usually means she just doesn't want to talk about it..
thanks for visiting my site

15/10/2013

A.M.A.N.I.





Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati
 
 
 p/s :~ sweetnya bila dah jadi husband n wife :) heeeeee *senyum lebar-lebar

thanks for visiting my site

14/10/2013

Not All The R.U.L.E.S. Meant To Be B.R.O.K.E.N.




:- do you know why the marriage ring is placed at the fourth finger from the thumb of your hand?

:- because its the only finger that has a vein which is directly connected to our heart :)


p/s :- being happy doesn't mean everthing is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections~
thanks for visiting my site

13/10/2013

Counting days







Bila dah lama sangat tak ambik kisah sal blog ni, sampai dah ingat-ingat lupa nama blog sendiri. Teruk sangat dah tahap pelupa ni. Kalau makin dibiarkan ni, mau setaraf dengan pesakit Alzheimer tu agaknya.

Bila dah lama tak tengok ni blog ni, mula la jadi macam rusa masuk kampung. Macam dah jakun tengok blog sendiri dan perangai yang tak ubah-ubah sejak dulu tu datang balik. Dah gatal n terasa nak tukar itu ini. Bila pikir dengan akal waras, sumpah rasa sayang dengan ‘environment’ blog ni yg sangat pinky minky ni. Tapi yg paling sayang kat header atas tu ‘forever’ dgn ada gambar katun laki tengah payungkan katun pompuan. Caption n picture kat header tu sgtbermaknapada aku. After dah pikir 4 juta 8 ratus  4 belas kali, maka dengan rasminya, blog ni kekal sebegini sampai aku dah ada anak nanti. Cuma nanti akan ada picture aku with husband  yg tengah dukung anak kami yg super cute lagi comel gila dgn caption yg tak boleh blah ‘ my life as young mummy with my happy family’. Sweet kan? Hihihi  

Actually long journey lagi b4 nak sampai ke tahap tu. Aku just doakan n harapkan yg baik-baik. Tak nak pikir benda yg tak sepatutnya. Beribu kali bakal husband pesan, thinking positive n harapkan yg baik-baik dlm hidup berumahtangga nanti.

Cepat sgt masa berlalu, lagi sebulan lebih aku akan tinggalkn tittle ‘bujang’. Macam-macam feeling rasa. Kadang-kadang penat tampar muka 3 4 kali ingatkn mimpi lagi. Rupanya memang betul lagi sebulan lebih aku akan jadi wife atau dalam bahasa Melayunya disebut ‘isteri’. Macam solehah jer bunyinya kan? Yup, actually tu mmg target aku, i want to be a ‘solehah wife’ kepada en.suami walaupun tau aku nak kejar tittle tu, bnyak sgt bnda kena ubah n baiki



Berat keputusan yg aku buat sebenarnya bila aku masih dgn title ‘student’ n i’m only 22 years old. Tipu kalau aku cakap aku sendiri tak yakin at first yg aku ni betol-betol k mampu nak pikul tanggungjawab ni? Komitmen aku akan terbahagi 2 secara automatiknya bila secara sahnya bergelar isteri. Tapi aku yakin aku bukan seorang yg berjuang nanti. Aku tahu akan ada dia yg sentiasa menemani saat susah dan senang. Walau pun mungkin akan ambil masa terlalu lama ataupun mungkin sekejap nak adapt dgn dunia baru yg akan aku tapi nak tak nak bila aku dah nekad, aku akan hadap jugak. Ramai kawan tanya apa perasaan bila dah dekat nak kawen ni. Aku pun pening jugk nk jawab sbb perasaan tu macam-macam dh sekarang. Hepi ofkos la sbb kita akn hidup bsama dgn org yg kita syg. Bimbang tu yg bnyk skrng takut apa yg dirancang tak menjadi tapi aku tetap doakan yg baik-baik. Amin..

Apa pun selagi kudrat masih tersisa, bila aku dah pikul amanah ni kelak, aku berjanji aku akan berusaha sebaik mungkin menjadi seorang isteri yg paling terbaik untuk seorang suami yg dah susah payah banting tulang mencari rezeki untuk keluarga. Aku telah siap sedia untuk dibimbing supaya aku jadi lebih baik dari sebelum ni. Aku yakin n sangat percaya yg perkahwinan akan menjadikan kita seorang yg terbaik. Aku berdoa semoga segala sesuatu dipermudahkan n kekalkan ikatan ni sampai aku tutup mata. Amin...

Teringat pada satu nasihat yg sangat-sangat berguna pada diri ni :-




Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
A school where you will never graduate. 
A school without a break or a free period. 
A school where no one is allowed to drop out. 
A school which you will have to attend every day of your life. 
A school where there is no sick leave or holidays. 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
Its your choice today:” build it or break it”.

p/s :~  don't marry a man unless you would be proud to have a son exactly like him :)

thanks for visiting my site