18/10/2013

Diary 18 Oktober 2013


today almost dah 2 bulan selepas check up kali 3. migrain datang balik dan paling teruk mata lebam macam org sakit. around dahi timbul urat-urat hijau berselirat. muka bengkak kiri kanan macam org sakit benguk. Ya Allah, sakitnya double bahkan triple dari biasa. bukak diary. tengok catatan terakhir sebelum sakit ni menyerang lagi. trend hampir sama. simptom yang sama. aku menulis sesuatu sebagai rekod. semalam hampir separuh ubat yang berbaki ditelan. perut kosong menambahkan lagi sakit. itu perkara biasa bila hari raya begini banyak lagi belum buka. susah nak cari makanan.

rumate dah berkali-kali ajak makan. tapi yg bersisa dan masih ada hanya semangkuk mee segera yang terpaksa dikongsi bertiga. tak apelah aku menolak. masih boleh tahan. cuma yg tak dapat nak tahan, sakit di kepala yg maha dasyat. sukar nak lelap mata walaupun dah banyak ubat ditelan. terasa cecair hangat mengalir. payah nak bangun walaupun sekadar nak capai kain untuk mengesat yang berada di hujung katil. begini kiranya kalau sakit yg teramat datang. nak bergerak pun susah. mula terbayang ibu di kampung. sedih rasa. kalau sakit begini di kampung pasti ada yg menjaga. bukan mahu menyusahkan tapi tak mampu dan berdaya nak lakukan sendiri. cuma harap belas ihsan ibu merawat dan menyuapkan makanan.

sekarang dah hampir 22 jam berlalu. tapi masih terasa kesan sakit tu. dah call doktor yg incharge mintak nasihat. dia mintak segera mendapatkan rawatan.bawak catatan sebelum-sebelum ni. di hujung kata, dia sempat berpesan kalau dan ubat yg paling kuat pun tak dapat nak meredakan sakit, mahu atau tidak terpaksa makan ubat setiap hari untuk seumur hidup. aku dah jangka apa yg dia akan cakap.

banyak perkara yang difikir. mula membayangkan sesuatu yang buruk. risau, bimbang, takut bercampur. entahlah sampai bila keadaan akan begini. bagaimana masa depan nanti? tak kan selamanya bergantung pada ihsan orang lain? pasti, orang sekeliling merasa terbeban. cukuplah selama ni dah terlalu banyak menyusahkan orang lain. mulai detik ini, segalanya aku tanggung sendiri.

redha dengan apa yg dah berlaku. malas nk toleh ke belakang lagi. cukuplah. apa pun jadi hidup perlu diteruskan. tak guna nak menangis, merintih. susahkan diri sendiri semata-mata. orang lain gembira mana kita tahu.

berpinar-pinar mata. terasa lagi sakit tu even dah tidur hampir 3 jam. sambung lagi nanti.

coretan 18 oktober 2013: *diary*

p/s:- gejala dan punca yg sama....hurm :(




thanks for visiting my site

1 Orang Comel/Kacak Berkata: